Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, August 9, 2010
Review 186: Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha
Memandang kan nak layan buku Gerimis Rindu by Meen Zulaikha, ni aku postkan review karya pertamanya yg masih lagi laris di pasaran :)
Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM 19.90
572 mukasurat
"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"
Ramai jugak yang recommend buku ni kat saya.. kalau tengok dalam senarai top ten ni, buku ni antara yang teratas.. mesti ada something special kan? masa nak start baca buku ni saya dah terrrrrrrrrbaca sinopsis kat belakang buku.. laju pulak mata ku ni meniti baris2 di belakang buku hingga habis.. aduih.. silap banyak! terlalu banyak di reveal kan dalam sinopsis.. eh.. bukan. hampir semua yang 'mengejutkan' telah diceritakan dalam sinopsis so menjadikan saya tahu lah what to expect. well, tht's my fault, mengurangkan thrill masa membaca.
buku ni pasti akan memuaskan hati ramai pembaca2 setia buku2 cinta especially those yang looking forward to kisah2 cinta selepas kawin. si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela. seperti tengku syahran memburu cinta zahlia (bicara hati), seperti taufik menggoda salina (kau yang satu), seperti zafri merayu alia (pelayaran cinta), seperti syafiq sabar dgn kerenah Afiqah (pergilah sepi) dan banyak lagi la kisah2 yg seperti ini. kalau ikut dlm senarai saya ada 20 cerita yang termasuk dalam senarai "kisah cinta selepas kawin".
Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.
buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush*
Watak antagonis cuma si yvonne tapi tak cukup jahat .. tapi cukup utk membakar api cemburu Elena.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
sinopsis di website alaf 21:
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment