Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, August 9, 2010
Review 187: Warna Hati by Meen Zulaikha
Warna Hati adalah karya kedua dari Meen Zulaikha :)
Warna Hati by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
500 mukasurat
RM19.90
"Secerah mentari segemilang pelangi begitulah hangatnya hati kita yang bertaut"
Menarik. Saya suka citer Meen Zulaikha dlm novel ini. Terasa fresh penyampaiannya walaupun isu2 yang disampaikan spt pernah dibaca. Saya rasa puas hati apabila membaca novel ini berbanding Kasih Yang Suci. Kisah wanita yang berusia awal 30-an yg lambat bertemu jodoh, menjadi bahan umpatan orang kampung, kisah isteri yang terabai layanan suami yang merahsiakan kelemahan diri membuatkan isterinya berprasangka, seorang lelaki yang sukakan orang sejenis cuba mencari isteri utk menutup kelemahan diri, seorang suami yang menyanggupi diri utk menikahi wanita yang dipujanya tetapi tidak pernah dianggap sbg suami.. semua itu adalah antara kisah2 yang disulamkan dalam novel ini. kedengarannya seperti banyak perkara yang disumbatkan dalam satu novel setebal 500 muka surat ini, tetapi saya rasa meen zulaikha bijak meletakkan setiap isu ini secara tersusun dan tidak bertindan kisah antara satu sama lain.
Scene speed dating tu macam penah tengok dalam movie lah.. citer aper ye? tak ingat lah pulak. Masa tu Zara memilih dengan mata bukannya dengan hati. Agak predictible tapi penyampaian cerita ini menjadikan jalan cerita interesting! Menarik cara Harith cuba memikat Zara setelah mengetahui Zara minat baca novel. Dia memilih tajuk2 novel yang menyatakan perasaan hatinya, dua buku pertama yang dihadiahkan kepada Zara adalah "Aku Cinta Padamu" dan "Kau Kekasihku" :) sweet! masa berselisih faham dan Zara merajuk, dihadiahkan novel Sepi Tanpa Cinta, Ke Mana Hatimu dan Masihkah Ada Kasih. :)
Kisah ini tentang Zara Lisa yang masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah melangkau 30-an. Adiknya seorang sudah berkahwin dan seorang lagi sudah bertunang. Dia semakin tertekan dgn kata2 sinis orang2 kampung. Ibunya resah memikirkan anak kesayangannya. Zara cuba mencari cinta dgn menyertai speed dating. Erman yg hensem giler segera menarik perhatiannya, manakala Harith mudah mesra dgnnya. Harith cuba warning Zara tentang sikap Erman namun Zara terlalu menurutkan hati sehinggalah Erman cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia mula menjauhkan diri. Dia selesa bersahabat dgn Harith yg disangkanya pemandu peribadi seorang datin dan seorg datuk.
Zara adalah sesuatu yang tak disangka hadir dalam hidup Harith. Dia membiarkan Zara menganggap dia hanya seorang pemandu. Namun itu tidak menghalang Zara utk terus selesa bersama Harith. Zara dipaksa bertunang dgn Jefri, Zara terpaksa akur namun apabila mengetahui rahsia besar Jefri, Jefri terpaksa menghantar rombongan memutuskan pertunangan.
Menarik juga scene2 romantis yang diselitkan Meen Zulaikha dalam novel ini :)
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.
Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.
Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.
Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri ter lerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yupp..novel ni lbih baek dr kasih yg suci..baca novel ni rasa tenang jer gn perwatakan zara...
ReplyDelete..tp bg kite,Kasih Yg Suci n Gerimis Rindu lg best dr novel nie ..Warna Hati cam boring je...hihiiii,slera lain2...
ReplyDelete