Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, May 3, 2010
Baru dari Jemari Seni & KarnaDya
Tajuk: Sweet sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.”Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!
----------
Tajuk: Salahkah Aku
Penulis: Aimee Nour
Terbitan KarnaDya Solutions
Sinopsis:
Maria mahu mencari ketenangan, lalu dia terbang ke kota London untuk bercuti. Sangkanya percutian kali ini boleh melapangkan pemikirannya yang kusut. Namun, semuanya bertukar haluan setelah Maria bertemu dengan seorang tukang tilik, Lady M di satu tempat ketika menemani rakan karibnya Nora. Percutiannya semakin rumit apabila Maria mulai jatuh hati dengan seorang lelaki misteri, Ammar yang muncul tiba-tiba.
Dirinya hanyut seketika di dalam igauan dunia tilikan yang diperkenalkan oleh Lady M dan pujukan mesra Ammar yang membuai emosi dan perasaannya. Namun, impiannya untuk mendapat percutian yang tenang dan damai terhalang apabila berlaku beberapa kejadian dan amaran yang mencurigakan. Nora pula seolah mahu menjauhkan diri daripadanya. setelah pulang ke Malaysia. Semuanya gara-gara Lady M dan Ammar yang mengundang misteri dan merubah segala-galanya.
Siapakah Lady M dan Ammar? Mengapakah semuanya berubah setelah mereka muncul di dalam hidupnya?
Ikutilah kisah Maria di dalam novel yang penuh tragis dan suspens yang merungkai erti persahabatan, kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment