Untuk Minggu ni Saya Nak Rekemen novel ni : MASIH ADA RINDU BY MIMIE AFINIE
Terbitan Alaf 21. Buku lama, rasanya agak susah dah nak dapat di pasaran. Tapi kalau jumpa kat mana2 tu rembat jer walaupun 2nd hand. Saya suka dgn cerita ini :)
.
"rasa rindu itu tetap hadir selagi niat setia masih tersisip di hati"
.
Kalau nak compare dengan Bisikan rindu, Masih Ada Rindu by mimie afinie ni jauh lebih best la. cuma saya tak puas hati cara watak hakim dibawa 'pergi'. Hakim jelas bahagia dengan Syafika. ibubapanya juga gembira dgn pilihannya. Kenapa hakim sengaja meninggalkan medicationnya (dia mengidap asma) kalau dia betul2 ingin terus bersama syafika? secara logicnya mesti lah dia akan lebih menitik beratkan kesihatannya supaya dia dapat hidup lebihlama dengan syafika. Hakim seolah-olah sengaja meninggalkan ubat2nya, alasan yg diberi kpd ibunya adalah dia terlalu gembira dengan syafika. yg lain2 semua best, cuma part tu saja la yg saya rasa mcm boleh dipersoalkan.
..
serba sedikit ttg kisah ni, syafika dan hakim berkahwin selepashakim grad. mak syafika tak merestui perkahwinan mereka dan dia tidak lagi dianggap sebagai anak oleh ibunya, walau bagaimanapun bapanya tetap mengambil berat tentang syafika. syafika amat bernasib baik kerana ibu dan bapa mertuanya sangat baik dan menjaganya seperti anak sendiri. dia sgt bahagia bersama hakim, tetapi hakim tiba2 diserang asma dan meninggal dunia. mula2 ingat ker Imran, sepupu syafika yang hensem tu yg akan dpt syafika, tapi dpt kat orang lain la pulak.
..
surely ni pon dalam favourite collection those yang suka novel. well this one is in my fav. list jugak
.
.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?
..
Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.
.
Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.
.
Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.
..
RM 17.00
448 mukasurat
isbn: 9831241673
cara nk dapatkan novel masih ada rindu...
ReplyDelete