Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, July 15, 2009

Novel Baru alaf 21 & Fajar Pakeer



Tajuk: Dan Rindu Pun Bertamu
Penulis : Wijdan Syauqina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun 2009
"Saat cinta berbunga, hanya hati mampu bicara"

Perpisahan diukur hanya dengan jarak dan masa. Namun cinta, ia akan abadi walau berkurun-kurun lamanya. Umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Cinta Hendra dan Noraini berkecai gara-gara sikap mertua. Vila Nasution menjadi saksi leburnya impian mereka.

Muhammad Harris dan Nurul Azreen membesar dalam dua buah suasana yang berbeza. Seorang di Indonesia dan seorang lagi di Malaysia. Dek kerana cinta mereka tidak pernah lupa kasih sayang sesama saudara.

Suatu ketika, pesona gadis Melayu yang dimiliki oleh Nurul Azreen membuatkan cintanya diintai dalam rahsia. Seorang jejaka bernama Farid Zulkarnain dan Ervin, sahabat abangnya. Adakah lelaki Melayu sama punya pesona di hati Nurul Azreen? Atau bicara santun jejaka Jakarta yang mempesona hati si dara?
---------------------------------------
Tajuk: Iris Cinta
Penulis: Teja Irzara
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun 2009
"Sesukar mana hatiku hendak bersatu, begitulah payahnya ia hendak berpisah"

Suatu ketika, dia pernah mempersendakan cinta tapi juga pernah dia dipermainkan oleh cinta. Suatu ketika, dia pernah sungguh mencintai tapi juga dia pernah terhampa dek kerana cinta. Suatu ketika, dia pernah cuba mencinta tapi juga dia pernah terkecewa dengan cinta.

Kini, dia sungguh-sungguh mencintai satu manusia. Dia benar-benar percaya pada cintanya. Dia betul-betul berharap dihargai oleh cinta tapi dia hatinya hampir 'mati' kerana terlalu sakit dengan cinta yang satu itu.

Dapatkah dia pada cinta yang bahagia seperti impiannya? Setelah dia tinggalkan cinta lama untuk manusia yang berani mengaku hanya cinta pada dia. Bila manusia itu berani cuba mewujudkan curam curang di antara dua hati mereka yang baru saja hendak bersatu.

Dewi, sesungguhnya hanya engkau yang beria mencinta tapi di mana dewa yang layak mendapat cinta sejati itu? Belum jumpa? Atau tidak akan pernah ada?









Tajuk: Bila Ada Rindu
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-437-1
"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"

Sinopsis:
HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.

Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.

Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.

Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?
-------
Tajuk: Cinta Untuk Elyana
Harga: RM19.90
Penulis: Misya Darlina
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-439-5
"Kau hadir di sudut hatiku yang paling sepi"

Sinopsis: HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya. Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri. Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya. Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.
Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidup bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman?
--------------------------------
Tajuk: Ucapkan Kau Rindu
Penulis: Murni Aqila
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SBN: 978-983-124-444-9
"Akan kutunggu suaramu melafazkan itu untuk meredakan resah hati ini"
Sinopsis: HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama. Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri. Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?
----

No comments:

Post a Comment