Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, December 26, 2010

Review 265: Dialah di Hati by Nur Hazma


Memandangkan aku nak post Review Manisnya alunan rindu by Nur Hazma, novel barunya dgn Fajar Pakeer, so aku cari lah review novel2 dia yg lain yg pernah aku baca utk dikongsikan di sini :) utk baca review novel2 nur hazma a.k.a fatin nabila ni, boleh semak pada tags di sebelah kanan blog ini :)

Terbitan Tintarona
Dialah Di Hati by Nur Hazma
RM25.50
611 muka surat



"Mana mungkin aku jauh darimu... kerana hatiku ada padamu"


what can i say, errmm a pleasant book to read. agak stereotype tapi ada cara pendekatan yang tersendiri. Penceritaan watak mampu menarik minat pembaca membacanya. kisah cinta yg bermula dengan permusuhan kemudian bertukar menjadi percintaan, diselitkan dengan rencah salah faham dan cemburu, memang boleh membuat pembaca yg berminat dengan genre ni tak lepas buku ni selagi tak abis. I only take one day to finish this book.


Walau pun watak utama, si Laila tu ego tapi tak menjengkelkan sangat sbb dia tak menipu diri. cuma cuba mengelak. SErba sedikit ttg kisah ni. Laila anak yatim piatu yg dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Semasa di kolej dia sering berbalah dengan Adib Saufi yang sentiasa ditemuinya dlm keadaan yg menimbulkan kemarahan. Adib rasa maruah nya tercalar dan nekad nak buat Laila tunduk pada cintanya. tapi masa dlm proses memikat, dia yg terpikat. Bila rasa dah diluahkan
timbul pulak salah sangka hingga Laila bertindak menerima cadangan pertunangan dia dengan sepupunya demi utk membalas budi. Adib bukan seorang yg mudah putus asa kerana dia tahu hati Laila ada padanya...


sure fine whatever



terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:


Uniknya cinta. Hadirnya tanpa diundang. Datang tanpa dipaksa. Dalam diam kasih bersemi. Dalam resah hati terpaut. Gelisah mimpi menjadi titis-titis kerinduan.


Laila Syakirah dan Adib Saufi akur terhadap perasaan masing-masing.


Biarpun tanpa kata, hati sudah mula bersuara. Pada saat cinta mengharum, Laila Syakirah terluka. Adib Saufi hanya sekadar manis di bibir. Lalu, dia menjauhkan diri dari lelaki itu.


Dalam keterpaksaan, dia rela berkorban atas nama budi. Biarlah dia memendam perasaan, biarpun cinta tidak pernah pudar dari hati.


Adib Saufi tidak pernah jemu merebut semula piala cintanya. Sejauh mana Laila Syakirah lari, dia akan tetap menjejaki. Laila Syakirah tetap tegas dengan keputusannya. Hatinya sudah parah dengan tingkah Adib Saufi.

No comments:

Post a Comment