Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, December 26, 2010

Review 259: Jiwa Merindu by Erin Zehana



Jiwa Merindu
Penulis: Erin Zehana
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
412 mukasurat


"Tanpa nafas cintamu, hidup ini bagai tiada jiwa"


Cerita ini mungkin mengajar pada pasangan2 di luar sana tentang padahnya apabila ikatan tidak direstui. Restu ibu dan bapa itu penting sebelum melayari hidup sbg suami isteri. Penulis menghamparkan kisah Luq dan Tasha yg mempunyai 3 time frame yg berbeza. Mereka berkasih ketika di kolej. Kemudian terpisah kerana salah faham dan gangguan pihak ketiga yg amat menggilai Luq iaitu Melissa. Mereka bertemu semula sbg jiran lalu terperangkap dalam satu lagi salah faham sehingga mereka terpaksa berkahwin. Salah faham yg sentiasa wujud memisahkan mereka sekali lagi dan kemudian menemukan mereka dlm penemuan ketiga yg menyedarkan bahawa cinta mereka terlalu kuat utk berpisah lagi.


Aku tiada masalah dlm menghayati kronologi cerita ini cuma ada masalah konsistensi dalam cerita. contoh ibu Luq tak suka bila Tasha dan luq ditangkap khalwat tapi dia yg memaksa diorang berkawin sedangkan dia tak suka kat tasha. Ibu Luq ni asalnya sangat menyenangi Tasha. Seorg gadis baik dan bersopan santun. Diorang ni rajin la tukar2 kuih dan amat mesra. Tetapi Kejadian Tasha dan Luq ditangkap khalwat, terus menukarkan kemesraan itu kepada kebencian. Tapi Ibu Luq memaksa Luq mengahwini Tasha, mungkin utk tutup malu. Sepanjang perkahwinan diorang memang ibu Luq tak suka kat Tasha. Aku rasa Tasha tu sebenarnya ada alibi yg amat kukuh utk menunjukkan bukti bahawa dia dgn Luq bukannya berkhalwat. Luq sebenarnya datang utk membantu Tasha yg menjerit kerana rumahnya dimasukki pencuri. malah ada disebut tentang pisau yg berlumuran darah. Tak mention pulak how the blood got there. Sepatutnya diorang buat report polis ja. Dah boleh patahkan tuduhan berkhalwat tu. Nampaknya jiran2 kat rumah Tasha tu pekak pulak bila Tasha menjerit minta tolong, Luq sorang jer yg dengar. Tapi bila ada lelaki tua yg kaya datang rumah dia, semua pakat dok mengata pulak. Mata yg tajam tapi telinga yg tumpul.


Luq dan Tasha tak berusaha menerangkan kisah sebenar sedangkan bila last2 cerita tu senang jer Angah tu citer kat ibu Luq dan ibu Luq menyesal kerana selama ni salah sangka dgn Tasha. Rasa mcm terlalu mudah pulak sedangkan Tasha tu dah penat2 sedih dan sakit hati dgn sikap ibu Luq yg lebih pentingkan kata2 pedas dari jiran2.


Lagi satu masa diceritakan Luq ni masa belum kawin, dia pujuk ibunya tinggal dengan dia di bandar, memandangkan dia anak bongsu dan belum berkahwin. dia tak nak ibunya kesunyian. Tapi lepas kawin dgn Tasya, dia nak pindah dok rumah lain dgn wife dia. Tinggai pulak mak dia sorang2 kat rumah tu. Ibu kita mana boleh buat macam tu... sbb Luq ni adalah karektor yg sgt menyayangi ibunya. Macam ada yg tidak konsisten di situ.


Watak Melissa cukup memberi suntikan menarik dlm cerita tetapi lama kelamaan kehilangan bisa. Ending utk Melissa buat saya rasa puas hati :) Di awal cerita Tasha seperti membiarkan saja ayahnya berkahwin dgn Melissa tanpa tentangan yg betul2. Rasanya byk keburukan Melissa yg dia boleh singkap tetapi dia membiarkan saja Melissa jadi ibu tiri dia.


Tasha ni sebenarnya anak org kaya, tetapi dia mahu berdikari membina hidup sendiri tanpa bantuan ayahnya. Perkahwinan dgn Luq dirahsiakan dari pengetahuan ayahnya. Selepas dpt tahu, ayahnya cuba memecah belahkan perkahwinan mereka kerana dia yakin Luq hanya mahu mengejar kekayaan Tasha. Kegagalan Luq memunculkan diri utk berjumpa Tasha dan ayahnya membuat Tasha putus harapan lalu memohon cerai. Lagipun mungkin dgn cara itu ibu Luq akan lebih gembira. Pertemuan semula lepas itu membuat mereka sedar yg cinta mereka tak pernah padam tambahan pula dgn kehadiran dua anak comel sbg penyeri menjadikan mereka kembali bersama and stronger. Dalam pertemuan semula selepas penceraian geram jugak aku dgn Luq n Tasha ni. Bila dah jumpa masing2 tak cerita pulak hal sebenar. Terasa penulis nak stretch cerita sikit dgn melengah-lengahkan revelations of kenapa Luq tak muncul pada hari yg dia berjanji akan berjumpa Tasha dan ayahnya. Buat kita tak sabar2 nak baca sampai habis. It's a good way to drive readers utk baca tanpa berenti, tapi mcm Ramlee Awang Murshid pernah kata lebih kurang camnih, jgn letak pembaca dlm isu yg sama dlm masa lebih seminit. Aku rasa pendapat tu betul kerana sbg pembaca, rasa ingin tahu tu jika terlalu dipanjang2kan akan jadi bosan. Tapi aku tak guna stop watch so tak tau la seminit ker tidak :)


Cerita sahabat Tasha yg menjadi mangsa dera tu agak menarik. Sad ending for her, tapi nasib baik la anak dia dpt kat Tasha.


Karya kedua penulis ni tak nampak pulak tahun ni... tahun depan kot? Semoga penulis terus aktif berkarya :)


sure fine whatever
rinn




sinopsis/novelcinta/blurb

Pertemuan semula dgn Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.


Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yg terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.


Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yg cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.


Melayari mahligai dari airmata, tiada restu keluarga, penuh dgn curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yg menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh2 mengharap cinta Natasha kembali bersemi utknya.

No comments:

Post a Comment