Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, May 28, 2009

Kompilasi Dengan Nama Cinta & Nur Kasih

cover baru


Akhirnya Dengan Nama Cinta dan Nur Kasih by Bikash Nur Idris bakal diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer dalam bentuk kompilasi :)






seronoknya!! sebab saya belum ada Nur Kasih dari penulis ni. Saya memang kumpul novel2nya. cuma nur kasih dan princess yang saya belum nampak, so ini adalah berita gembira buat saya. tak kisah la ada 2 copies of DNC :) saya suka jer hehe.





utk maklumat lanjut boleh terus ke website Fajar pakeer dan bikash nur idris.



Dengan Nama Cinta ~ Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu telah lama hilang daripada hati Sirna. Namun, bijaknya seorang Hasif, percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi?Ada waktu pula, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Begitulah hati Aiza apabila cinta lalu menyapa, Izam kembali semula meminta ruang yang sedia untuknya. Bolehkah ruang itu diberi?Dan, waktu lain pula, cinta tidak hanya boleh berdiam. Harus ada lafaz, harus ada ucap. Itulah mahu Haryani, daripada abang angkatnya sendiri. Dia sudah lelah melafaz, dia sudah penat mengucap. Kini, giliran Fitri. Mampukah lafaz dan ucap itu diberi?Nur Kasih ~ Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul.Benarkah begitu?





cover lama








No comments:

Post a Comment