Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, May 7, 2009

Novel Baru: Fajar Pakeer & Alaf 21




Masa untuk memburu novel baru? ha ni fajar pakeer akan menerbitkan 2 buah buku barunya tak lama lagi... dan buku terbaru alaf 21, Sanjungan Kasih sudah pun berada di pasaran. boleh ke website rasmi penerbit-penerbit ini utk mendapatkan maklumat lanjut :)

1. Galeri Cinta by Ainon Zaini
Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.


Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumah tangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.


Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.


Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?


----------

2. Cinta Datang Menyapa by Hanny Esandra


Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.


Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.


Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.


Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.


Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?


--------------
3. SANJUNGAN KASIH by Aimi Husna
Harga: RM18.00
Halaman: 452
Penerbit: Alaf 21 Sdn. bhd.

ANISA, gadis lepasan SPM tidak pernah menduga, kasih Harris yang disanjung selama ini rupa-rupanya dusta belaka. Jiwanya tertekan dan hatinya dihimpit ke kesalan. Demi cinta kecundang, Anisa nekad berhijrah ke bandar untuk mencari kerja dan ketenangan.

Kemunculan Hakimi mula mengundang rasa selesa di jiwa Anisa. Hakimi seorang yang cukup menitikberatkan pe lajaran dan masa depan. Baginya, usia muda tidak harus dipersiakan. Sejak itu, Anisa sedar bahawa cinta adalah penguat semangat dan bukannya pemusnah cita-cita.

Saat jiwa diselubungi kecewa, muncul seorang lelaki dengan sebuah harapan. Namun, Anisa tidak pasti sama ada mem buka pintu hati menyambut bunga-bunga cinta itu atau bersedia menghadapi risiko dirinya dilukai. Apakah dia sudah serik untuk bercinta lagi? Cuma Anisa yang ada jawapannya.


No comments:

Post a Comment