Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, May 30, 2012

Review 677: Aduhai Cinta by Samsiah Mohd Nor

Aduhai Cinta



Penulis: Samsiah Mohd Nor

Terbitan Alaf 21 sdn bhd

RM21.00

sabah/sarawak: RM24.00

517 mukasurat

Editor: Norlizawati Yaakub





"Biar jauh terpisah, kau tetap dalam hatiku"





Samsiah mohd nor membawa kan kisah cinta yang berbeza. Suratan jodoh dan suratan cinta kelihatan tidak seiring. Ada jodoh tak semestinya ada cinta, ada cinta tak semestinya ada jodoh. Kesian Suri Abadi kerana terpilih untuk menjalani kisah cinta yang sebegini. Suri Abadi lebih mengikut kata hati berbanding akal. Sebagai isteri, dia sepatutnya menjaga hati suami dan tidak menyerahkan hatinya kepada orang lain. Tetapi cinta Fard Fahim terlalu luhur. Fard juga mangsa dalam kisah ini. Terperangkap dalam dilema cinta yang sukar untuk melepaskan diri, sehingga diri merana. Terasa Fard lebih mencintai Suri berbanding tahap cinta Suri terhadap Fard. Hermand pulak, sikapnya yg suka mungkir janji dan buat seolah-olah ia bukan kesalahan besar membuat aku memang tak suka kat dia nih.





Cover novel ini kelihatan seperti kisah ringan, tetapi bila membacanya, ia adalah kisah berat dan menyentuh perasaan.





serba sedikit tentang kisah ini (awas spoiler)





Suri Abadi menyangka di dunia ini, hanya Hermand yang berminat utk menjadi kekasihnya kerana baginya dia bukanlah seorang wanita yang menarik perhatian lelaki. Demi supaya tidak menjadi anak dara tua, dia setia pada Hermand, namun kehadiran Fard Fahim mengubah segala-galanya. Fard melihat dia dari sudut berbeza dan menghargainya lebih dari Hermand. Suri Abadi gembira dilamun cinta, namun apakan daya Fard sudah berpunya tapi dia tak berdaya menolak rasa cinta yang berbunga di jiwa.





Derita cinta bukan satu-satunya perkara yang menghempap bahu Suri Abadi. Statusnya sebagai anak juga samar-samar dalam keluarganya. membuatnya bertambah celaru. Siapakah dia yang sebenarnya. Di saat dia ditimpa persoalan dan keputusan, Fard Fahim entah ke mana. Walau apapun kedudukan Suri Abadi, Hermand dan keluarga ikhlas menerima Suri Abadi seadanya. Semua yang berada di sekelilingnya menolak dia ke arah Hermand yang menunggu dengan tangan terbuka dan hati yang ikhlas.





Bukan senang untuk menerima Hermand namun Suri yakin Hermand pilihan terbaik untuknya. Dia belajar menyulam bahagia. Jalan hidup mereka akhirnya bertemu semula dengan jalan hidup Fard Fahim. Sesiapa saja yang mengetahui apa yang sebenarnya dilalui Fard Fahim, tentu akan menangis simpati....





sure fine whatever

rinn









meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Aduhai cinta... apa ada padamu? Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yg kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.





Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yg memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harapan bersama lelaki itu.





Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin dgn Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya.





Sekali lagi cinta Suri Abadi dan Fard berputik. Sebagai isteri orang mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati. Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.





No comments:

Post a Comment