Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, May 30, 2012

Review 679: Isteri Separuh Masa by Suri Ryana


Isteri Separuh Masa


Penulis: Suri Ryana

Editor: Jabatan Editorial KNE

Terbitan Kaki Novel

RM22.00

sabah Sarawak: RM25.00

551 muka surat




"Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi,

aku terus rela menjadi isterinya...

walaupun hanya isteri separuh masa"



Suri Ryana masih membawa nada yang sama seperti M.A.I.D, rentak dan manisnya masih sama. Bagi yang enjoy M.A.ID tentu sekali akan menyukai kisah manis ini. Medina Izwani membawa kita mlayar kisah hidupnya sebagaimahaiswi yng periang dan ceria. Nmun dia meyimpan kisah peribadi yang kelat untuk diceritakan. Segalanya disimpan rapi agar tidak terbongkar, namun kehadiran Nazrin Shah sebagai pensyarah di kuliahnya dan kehadiran nenek di rumah Nazri Syah membuat segala-galanya terbongkar sedikit demi sedikit.


Nazrin syah tidak dapat memaafkan Wani yang telah memburuk-burukkan kekasihnya, Zita, di mata keluarganya. Wani telah menyebarkan fitnah yang memusnahkan harapannya untuk hidup bersama kekasih pujaan hatinya itu. Sedikitpun dia tidak percaya dengan cerita Wani. Dia terlalu percayakan Zita.



Wani menjadi mangsa salah sangka. Namun keluarga Nazrin sentiasa menyokong Wani yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya sbg anak dan cucu dlm keluarga itu walaupun kenyataannya dia hanyalah anak angkat. Wani takkan mengencewakan harapan keluarga itu. Hinggakan terpaksa menikahi Nazrin Shah atas kehendak keluarga. Keluarga itu bimbang kisah lalu yang pernah tercetus dlm keluarga itu akan berulang semula gara-gara sikap Nazri. Wani dianggap sebagai penyelamat sekiranya menikahi Nazrin.


Sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/sinopsis:

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya ke luar negara.


Dapatkah anjiing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapantkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dngan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tuga sebagai seorg pelajar dan seorg isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambug pelajran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.



sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dgn Medina Izwai. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih jug a gagal


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorg mahasiswi. Hidupnya menjadi huru hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila tinggal sebumbung dgn lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?


Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa.. wlaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.


Tetapi sampai bila dia dapat bertahan dgn sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Kehadiran bunga-bunga orkid misteri beserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yg sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah Menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

No comments:

Post a Comment