Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, December 9, 2009
Review 47: Yang Sebenarnya by Aisya Sofea
Yang Sebenarnya
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244746
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
"Aku seperti ombak yang berlari mengejar ilusimu..."
Untuk cerita yg phase nya tidak laju, boleh dikira saya tak stop langsung utk habiskan cerita ini. Jalan ceritanya slow and steady dan sentuhan Aisya Sofea yang ini bagi saya, ada tarikannya tersendiri walaupun kisahnya agak biasa.
Watak antagonis, Nuryn memberi kesan yg baik pada cerita ini dan bagi saya watak ini lebih memorable daripada jalan ceritanya. Watak ini mewarnai mood cerita dgn baik.
Kisah kali ini tentang Dhiya. Gadis bandar yg berpelajaran tinggi tapi mahu bekerja dengan ibu bapanya. Dari kerja di kedai makan dia beralih angin bekerja sendiri dgn membeli sebuah van buruk utk dijadikan van sekolah, membuatkan mak dia rasa mcm nak pitam. Sampai mak dia kata 'ntah apa la dia akan bawak balik lepas ni' - lebih kurang mcm tulah. korang tau lepas tu Dhiya bawak balik apa? Dia bawak balik FAUZAN! Baby yg comel. haha. Pening mak dia.
Aku tak dapat mengesan sebab konkrit mengapa kakchik kpd Dhiya tu nak kawin ngan duda kaya tu. Nak kata dia mata duitan tu tidak. Nak kata dia kesian kat anak2 duda tu, aku tak sure lah pulak sbb anak2 duda tu memang tak suka kakchik tu. Banyak kali jugak la kakchik tu lari dari rumah sbb tak tahan dgn sikap anak2 tiri dia yg memberi layanan buruk pada dia.
Dhiya seperti tak tetap pendirian plak part terima offer dari pak long dia utk bekerja di ofis. Memang dah lama pak long dia offer, tetapi selepas dia mula business hantar budak2 gi skolah baru dia decide utk terima tawaran pak long dia dan serahkan urusan mengangkut budak2 skolah kpd bapa dia.
Abg Eddie adalah sepupu Dhiya dan kakchik. Eddie ni ada perasaan pada kakchik tetapi kakchik pilih orang lain so Eddie membawa hati yg lara ke London. Ternyata London telah mendekatkan dirinya kepada Dhiya yg sering bertukar khabar berita dgn nya.
Bila pulang dari London Eddie bersemangat utk bekerja di pejabat ayahnya. Mungkin sebab ada Dhiya.
Dhiya ni nampaknya sangat berbakat utk kerja2 korporat dan dia berjaya menyelesaikan byk kemelut kewangan dalam syarikat Pak Long dia.
Kepulangan Eddie memeriahkan hidup Dhiya tapi Eddie tu kalau kerja dia sangat tegas dan suka marah2 especially kalau ia melibatkan Dhiya. Eh dia bukan marah orang, dia akan marah Dhiya tu kaw kaw punya dan akan terus-terusan menuduh Dhiya tanpa usul periksa. Kesian Dhiya.
Banyak kali Dhiya terasa hati dgn sikap Eddie bila di pejabat. Haaaa masa ni lah Nuryn muncul. Gadis yg pernah Eddie kenali ketika di London. Nuryn mengejar cinta Eddie dan berusaha mendekati Dhiya supaya dipilih sbg pengganti Dhiya yg hanya bekerja sementara di syarikat Pak long. Hajat Nuryn tercapai dgn sokongan penuh dari Dhiya yg berhasrat utk mendekatkan dua kasih yang berjauhan tu.
Nuryn mengesan kemesraan antara Dhiya dan Eddie dan berusaha menyingkirkan Dhiya dari hidup Eddie. Tapi kalau kiter tengok, bermula dari kedatangan Nuryn dlm syarikat Eddie yg menjadikan Dhiya dan Eddie lebih menyedari perasaan mereka antara satu sama lain. Lain yg Nuryn nak, lain pulak yg jadi.
Tak sangka Nuryn tu sanggup pura2 tunjuk sotong dlm laut kat Dhiya semata2 nak tolak Dhiya masuk laut. fuh... memang dia ni sah ada masalah mental. (Yg Dhiya tu sotong pun nak tengok! aduih.. mungkin sotong berenang tu menarik kot.) Dah tu si Nuryn tu terpa silap majlis pulak masa nak menghenti majlis akad nikah. haha.. aduih. Buat lawak betui makcik mental nih.
arr ada part yg ym or sms dlm novel ni yg saya tak dapat bezakan sama ada tu dlm bentuk dialog atau tidak. Macam tercampur jer. aku nak komen part ni pon tak reti. heh. aku bukan pakar bahasa.
Haaaa ada lagi satu, benda ni kecil tapi ia merupakan well known fact yg sepatutnya tak terlepas pandang. Apa suhu badan normal manusia? tak kira budak or orang dewasa? Setahu aku, suhu normal sekitar 37 darjah celsius, dan kalau mencapai 37.5 darjah celsius, baru dikira deman, kan? kan? tapi dlm citer ni, 35.5 darjah celsius kira demam. erk! walaupun Fauzan tu baby lagi, suhu badan sama jer tak kira baby or grown up. Kadang2 budak2 skolah pun ada baca jugak novel2 ni dan kadang2 fakta2 dalam buku cerita lebih mudah diingati daripada dalam buku teks, so perkara2 fakta macam ni perlu diambil berat jugak sbb kalau cerita fiksyen tahap mana pun, tak boleh diubah fakta ini melainkan jika lokasi nya kat planet or galaksi lain.
sure fine whatever
rinn
sinopsis /blurb
Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman emel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta utk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorg abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnnya mereka seringkali bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa lelaki itu seperti memusuhinya.
Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment