Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Tuesday, June 16, 2009
Review 56: Nilai Cintamu by Eka Fahara
Ni adalah buku Eka Fahara yg pertama aku baca. Yam yg rekemen masa tu. Kira antara buku terawal aku baca sejak suka baca novel.
i dunno ni buku dia yang keberapa..
Masa mula2 dapat buku ni, i didn't expect much, sebab selalunya biler
dpt buku i will read dari mula sampai habis tak kira la citer dia
macam mana..
terus terang memang tak expect sangat la utk citer ni.. pada
permulaan
olahan cerita agak slow menceritakan ttg nana dan hisyam yg saling
memendam perasaan.. hisyam cuma berani meluahkan perasaan sebelum
berangkat ke luar negara utk sambung pelajaran. nana berjanji akan
tunggu hisyam.
i rasa citer titik permulaan citer ni makin best semasa hisyam di
perantauan dan start dari tula citer jadi interesting. hisyam sengaja
tak contact nana sepanjang dia berada di luar negara dgn alasan dia
tak nak distracted dari study sbb biler dengar suara nana jer dia dah
tak tentu arah. dia takut nanti kalau apa2 menimpa nana kang nanti
dia
tinggalkan pelajaran dan terus balik ke malaysia.
an interesting book to read. nice ending. I LIKE!
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya.
Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih
agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar
mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula
berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan
jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati
yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat
segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara
dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini.
Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.
Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia
membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan
cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama
dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun
dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri
tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.
Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika
ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan
senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang
penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.
RM 16.00
448 mukasurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment