Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 19, 2007

Review 2: Pergilah Sepi by Fauziah Ashari




terbaca sbb kaksu pesan tolong beli sebab kat kulim dah abih stock.susah jugak nak dapat buku ni. thanks Diana sbb tolong belikan.sebelum pass to kak su, gue rasmi dulu lah! i like reading buku2 ygtak tebal macam nih.. tak meleret leret. senang nak paham.




.


kisah dua fiq yang menarik - Afiqah dgn Syafiq. takdir menemukanjodoh mereka dgn cara yg mengaib kan. Syafiq cuba menjadi suami yg baik tapiAfiqah tetap rasa teraniaya.. tapi lama kelamaan dia makin suka dgn keluargasuaminya. tapi dia ni keras hati sukar nak memaafkan syafiq.Citer ni sebenarnya simple tapi cara penulisan Fauziah Ashaari memang menarik walaupun ini novel pertamanya.This one is in my A List.


.


sure fine whatever


Rinn


.


sinopsis belakang buku:




.


Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiqdalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bilaterjadinya peristiwa yang mengaibkan.Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerimabegitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.




.


Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya.Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati,Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauhdari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka dihati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salahsangka? PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah dihati, kesepian terus berlalu pergi.




.


RM 12.00368 muka surat

1 comment: