Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, April 20, 2009

Pesta buku PWTC: Novel baru Creative dan alaf 21




Dua novel baru dari CESB
Terlanjur Mencintaimu Penulis: Aide SuradiTerbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd2009
"Cinta tidak semestinya bersatu"
----------------------
Masih Ada Cinta Penulis: Haslinda IsmailTerbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd2009
"Sang bayu sampaikan salam rinduku padanya"
-------------------





Dua novel baru dari Alaf 21
Sungguh Aku Cinta Penulis: Anis AyuniTerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd2009RM19.90512 mukasurat
"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"
sinopsis belakang buku:
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
------------------


Tajuk: Tiada Yang Kedua
Penulis: Sania Yasmin
Terbitan Alaf 21 sdn bhd
2009
"AKhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu"
----------------------
keempat empat buku ni sudah boleh dibeli di pesta buku antara bangsa kuala lumpur. Dengar2nya minggu depan buku baru dari Norzailina Nordin dan Buku terbaru dari Aleya Aneesa akan turut berada di Pesta Buku Antarabangsa kuala lumpur.
Jumpa di sana ya? penulis2nya pun ada di sana :)
sure fine whatever
rinn

No comments:

Post a Comment