Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, December 21, 2011
Review 640: Takagi Sayang by Nor Erny Othman
Takagi Sayang by Nor Erny Othman
Terbitan Ghostwriter
cetakan pertama 2002
RM18.90
410 mukasurat
isbn: 983 9216-988
TErasa nak baca buku lama pulak.. tak der lah lama sangat, tahun 2002. Puas juga baca novel kecil ni. Sempat la kita gelak ketawa dan geram dengan kisah2 yg disulam dlm buku ini. Ia padat dan tidak meleret kisahnya. Antar sebab utama aku suka novel nipis :)
Aznil seperti tidak mahu menjaga hati dan perasaan Dian sepanjang tempoh pertunangan mereka. Mungkin sengaja nak menguji gadis muda itu. Tapi siapappun yg jadi Dian mesti akan berprasangka buruk dgn sikap Aznil yg sentiasa berpeleseran dgn gadis2 cantik. Dian menerima Aznil semata-mata kerana kehendak keluarga.
Tapi usikan-usikan dan gurauan Aznil tu lah yang memeriahkan kisah zaman pertunangan Dian-Aznil.
Dian menggunakan alasan Aznil berpelukan dgn seorg gadis di dlm sungai utk memutuskan pertunangan tapi instead perkahwinan mereka telah dipercepatkan. terlopong Dian dgn keputusan itu.
Beita Aznil kemalangan hingga meragut nyawanya membuatkan Dia seperti kehilangan jiwa. Ternyata dia sudah mula jath cinta pada Aznil. Nasib baik la berita tu palsu dan majlis mereka berlangsung dengan meriahnya.
Alam rumahtangga mereka sangat indah namun kehadiran teman baik Aznil, Izan telah mencuri peranan Dian dlm rumah tangga. Dian lebih banyak memendam dan merahsiakan rasa hati. Aznil pulak lebih pro dengan sahabatnya Izan manakala keluarganya juga kelihatan menyenangi Izan yg bijak mengambil hati dan geram jugak dgn sikap mereka yg seperti tak sensitif dgn situasi Dian. Izan tu memang jahat la.. pandai dia bermuka-muka sehingga membuat Dian kelihatan spt seorang yg bersalah dan kejam.
Watak Izan berjaya memancing rasa benci pembaca dan membuatkan kita geram.
Masa Aznil sakit, Izan menambil alih hampir 100% peranan dian sehingga membuat Dian yg tak sedar dia sedang mengandung, pergi membawa diri.
Aznil tak sanggup kehilangn Dian yg dicintainya dan Izan terpaksa pergi atas kehendak Aznil. Aznil cuba menjauh Izan dan menumpukan perhatian kepad isterinya.
Namun tidak lama selepas itu, Izan kembali dengan kisah duka bahawa dia telah dirogol dan sedang mengandung. Dia merayu simpati Aznil agar mengahwininya utk mnutup malu. Dia tahu Aznil sukar menolak kerana suatu masa dahulu di luar negara Izan pernah menyelamatkan nyawanya.
Setelah dirayu Izan, terkesan jugak di hati Dian walaupun dia tak suka, dia rela berkorban membenarkan Aznil menikahi Izan. Aznil tersepit dlm membuat keputusan. Nasib baik la Aznil ni panjang akal dan dia berjaya membongkar kisah sebenar di sebalik kandungan Izan.
Izan ni memang pandai kelentong tahap dewa lah. Memang nangis bila mengenangkan nasib Dian tu. huhu...
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Mahligai perkahwinan yg dibina penuh indah disulam pula kasih dan cinta.
Tetapi, kehadiran si dia yg pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilema. Si dia hadir meminta simpati setelah hamil akibat diperkosa. Si dia perlukan suami... demi menutupi onak diri yg sememang bukan kerelaannya. Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri. Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seorg yg pernah memberika nyawa padanya suatu ketika dahulu?
Siapakah yg akan mengerti dan menyebelahinya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment