Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Saidatul Saffaa. Show all posts
Showing posts with label Saidatul Saffaa. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Review 398: Quartet by Saidatul Saffaa



Quartet
Penulis Saidatul Saffaa
Editor: Harni Abu Khair
cetakan pertama April 2011
Terbitan Jemari Seni
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
471 mukasurat


Quartet. Empat lelaki yang mencuri hati Misa. Kenapa aku rasa seperti ada tiga sahaja? Bilal, Ustaz Mustaqim dan Irfan sahaja yang aku rasa cukup di'highlight'. Yang seorang lagi siapa ya? Aku terlepas pandang ke? Semasa mula nak menaip 'review' ni barulah aku teringat muka surat pertama yang Aina suruh tengok facebook dia tu. Fadhil.


Misa adalah gadis Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pertemuan pertama antara Bilal dan Misa menimbulkan rasa sakit hati buat Misa kerana baginya Bilal seorang yang tidak mengenang budi. Pertemuan berikutnya membuat Misa terpotong jari sendiri. Sakit hati sudah bercampur sakit jari. Blog menjadi pengaman antara mereka. Misa mula memahami situasi sebenar dan Bilal sebenarnya menepati ciri-ciri lelaki Islamik idaman. Lagipun ibunya teringin bermenantukan lelaki ala-ala Samy Yusuf yang bersuara merdu. Satu 'blog entry' oleh Bilal di harijadi Misa telah membuat Misa dibuai perasaan dan mula meletakkan harapan tinggi untuk hidup bersama Bilal. Sampai termimpi-mimpi. Tetapi di saat Bilal menghulurkan kad Walimatul Urus, Misa patah hati dan 'frust' sendiri. Kenapa? Rupa-rupanya Misa perasan sendiri. Tetapi Misa seperti menyalahkan Bilal yang tidak tahu apa-apa itu. Misa yang salah tafsir.


Ustaz Mustaqim pula merupakan tenaga pengajar di sekolah yang sama dengan Maksu Bib kesayangannya. Disebabkan terlalu taksub dengan watak Ustaz Din (novel Jaja & Din), Ustaz Mustaqim berjaya mencuri hati Misa. Misa jatuh hati tapi Ustaz Mustaqim tidak tahu. Di mata Misa, Ustaz Mustaqim adalah lelaki Islam yang sempurna. Misa amat kecewa apabila mendapati Ustaz tu merokok di khalayak ramai. Teguran Misa telah mencabar ego Ustaz Mustaqim dan terserlahlah sifat baran dalam dirinya. Misa patah hati dan 'frust' sendiri lagi.


Perkenalan dengan Irfan sudah lama bermula tetapi mereka hanya mesra di alam maya sebagai sahabat. Perubahan Misa dari tidak bertudung sehingga bertudung menjadikan Misa mula menyekat persahabatan dan pergaulannya dengan lelaki, termasuk Irfan. Kemesraan persahabatan dengan Irfan sudah mula mengusik hatinya. Misa tidak mahu tersalah tafsir lagi. Yer lah dah dua kali dia syok sendiri dan jadi minah perasan, takkan kali ini dia nak biarkan dirinya berada dalam situasi yang sama? Misa cuba mendapatkan kepastian mengenai perasaan sebenar Irfan melalui Wafaa. Irfan merasakan dia tidak cukup baik untuk wanita sebaik Misa. Dia meletakkan 4 tahun sebagai tempoh untuk memperbaiki diri tetapi belum cukup tempoh tu pun, Irfan sudah pergi mencari Misa :)


Aku tak faham sikit dengan sikap Misa yang seperti bencikan kemunculan Irfan. Adakah dia marah sebab Irfan minta dia tunggu 4 tahun tapi datang awal? Ada rasa macam Misa pulak mengada-ngada. heh heh. Tiba giliran Misa pula meletakkan tempoh sehingga dia menamatkan pengajian dan Irfan tidak menunggu lama selepas itu. Dia terus datang menuntut janji. :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis/alongside


Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.


Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang tanpa gelap malam.


Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya 'Yusuf' menolak cinta 'Zulaikha' walaupun jarinya terluka.


Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?


Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


Quartet
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Tuesday, June 15, 2010

Review 149: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
isbn: 978-967-5118-40-1
592 mukasurat
cetakan pertama 2010


Bertambah lagi satu koleksi tiga ceritera dalam simpanan aku :) aku suka set2 macam ni sbb ceritanya gerenti pendek dan tidak meleret. Aku mudah merasa puas hati dengan cerita2 pendek tambah pula bila tengok nama2 yg tertera kat kulit buku ni. Lagi lah membuat aku tersenyum lebar dan pasti ada hidangan kisah manis di dalamnya :)


Ceritera I
Damai by Saidatul Saffaa


Kisah ini seperti kombinasi pengembaraan, percintaan, dan sejarah dalam satu naskah yg interesting utk dibaca. Kalau aku dihidangkan dgn senaskah buku sejarah turki, sah2 aku tak baca. Saidatul SAffa menyulam kisah silam Turki dalam kisah pengembaraan Nas ke Turki. Nas tu nak siapkan tesis dia. Ketibaannya ke Turki menemukan dia dgn Sadiq. Pertemuan yg membuat hati kedua-duanya dicuri oleh satu sama lain. Pengetahuan Nas yg kurang tentang kehidupan masyarakat Turki membuatkan dia yg pd mulanya mula menerima Sadiq bertukar kepada cuba memadamkan api cinta yg mula menyala.


Di Turki ada dua jenis masyarakat Islam. Kalau keluarga yg mengamalkan Islam, mereka akan berpegang pada tali Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi ada satu lagi golongan Turki moden yg sudah bersalut solid kebaratan hingga nama sahaja Islam tapi hidup mereka langsung tidak Islam. Sadiq dlm golongan kedua.


Nas cuba mencari damai dengan mencari jalan keluar dari Istanbul. Maka tibalah dia di Konya. Di situ dia mencari arah diri. Dia takut pada dosa silam, pada perasaannya buat Sadiq. Namun dia gagal melarikan diri kerana Sadiq juga sedang mencari diri di situ. Sadiq menemui damai apabila bersama Nas dan dia sanggup berubah supaya dapat menjadi suami pilihan Nas.


Tak sangka pulak Sadiq tu sampai sanggup pasang plan baek punya dgn famili Nas :)

--------
Ceritera II
Yang Jauh di Pulau by Noor Suraya


Bagi yang mengikut kisah Piyah dan Piyan karya Noor Suraya secara online, tentulah tak sabar2 nak tau apa akhirnya kisah Piyah dan Piyan tu. So apa lagi, baca la dalam naskah ni :)


Cerita ini tentang Ainnul Suffiah Syuhada dan Sophan Sophian atau nama glamer masing2 Piyah dan Piyan :)) Piyah adalah gadis kota yang kaya raya yg dihantar oleh ibu bapanya ke rumah toknya di Pulau Langkawi supaya dapat dididik menjadi perempuan instead of menjadi peladang FarmVille FB yang berjaya.


Piyah seorg anak yg menurut kata dan segala tunjuk ajar tok diterimanya dgn baik. Kunjungan ke 'market' ikan telah menemukannya dgn Piyan yg membuat dia termimpi2. Perasaannya tidak hanya sebelah pihak rupa2nya, namun Busu, bestfriend Piyan, bertindak menjadi duri dalam daging membuat kemesraan Piyah dan Piyan tidak memekar. Tambahan pulak Piyah dah salah faham dgn status Piyan.


Salah faham itu berterusan hingga bertahun2. Piyan sangka Piyah menolak cintanya kerana dia penjual ikan, lalu dia sanggup membawa diri ke Scotland supaya bila pulang nanti dia akan bergelar pensyarah, baru lah layak nak sunting Piyah. Akhirnya, sebuah buku resipi terbitan Jemari Seni telah menjadi titik pertemuan mereka semula yang membawa ke pengakhiran yg indah :)


Jgn lupa 'tengok' special appearance 'Kak Nila' dan 'Kak Ajah' Jemari Seni dlm citer ni. hehe.. selalu tengok nama diorang dalam Buletin Jemari Seni jerrrr.

-----------
Ceritera III
Langit... Tetap Biru by Syud


Zahra dalam cerita ini sangat2 mengingatkan aku pada Nisa (Tas Merah Jambu). Sebab diorang ni jenis simpan perasaan kat si jejaka tapi tak luahkan perasaan. Tengok dari jauh saja, tapi bila jumpa, memang buat macam tak ada apa2.


Zahra tak pernah simpan harapan utk mendapat balasan cinta dari Fikri sbb dia tahu Fikri berkasih dengan Hana. Setelah bertahun2 membawa haluan masing2 dia bertemu semula dgn Hana, gadis manja yg ceria. Dia simpati dgn Fikri kerana Hana seperti sudah mulai bosan dgn sikap Fikri yg dikatakan mengongkong. Mungkin Hana tu jenis yg masih suka hidup bebas tanpa ikatan.


Zahra menjadi tidak menentu apabila suatu hari dia menerima emel dari Fikri yg bertanyakan tentang sebuah cerita online yg pernah dikarang Zahra suatu ketika dahulu kerana nama watak dalam cerita tu sejibik sejibun nama Fikri. Emel itu membawa communication diorang secara online tanpa Fikri ketahui yg Zahra adalah kawan Hana masa diorg belajar dulu. Dia percaya namanya hanya kebetulan dlm cerita itu.


Namun ketika menggoogle emel penulis cerita itu, rahsia Zahra sudah terbongkar dan Fikri rasa tertipu kerana kisah cintanya rupanya bukan kebetulan spt cerita yg Zahra.


Sejak identitinya terbongkar Zahra menjadi tidak selesa kerana semakin hari semakin kerap dia terserempak dengan Fikri. Peristiwa dia hampir2 melanggar Fikri gara2 mabuk pil karbon, membuat dia akhirnya bercakap dgn Fikri walaupun hanya sepatah dua. Fikri sendiri heran dgn diri sendiri sbb dia tak rasa nak marah pun. Sweet la cara Fikri nak tackle Zahra tu.


tak dapat nak pisahkan perkataan 'comel' dari setiap ending kisah2 Syud :) Haaa dengar2nya buku baru Syud akan kuar Julai ni :) kat pesta buku selangor boleh la beli.

also by Syud:
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi
Tentang... Dhiya
Untuk Awak Teja Aulia


sure fine whatever
Rinn


sinopsis/blurb

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
"Panas ke?"
Pakcik muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?


Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...


Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~Syuhada


"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!


Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu, Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

Saturday, January 2, 2010

Review 53 : Kemilau Mutiara Raudhah


Kemilau Mutiara Raudah
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118258
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
616 mukasurat


Aku pilih buku ni utk jadi peneman aku sepanjang perjalanan balik kampung kali ni. Jenis buku yg sekali buka memang tak bleh stop membacanya selagi tak abis. Gatai jer tangan nak singkap page yang last2 tu, tapi ku tahan Jebat! hehe...


Kisah perkahwinan atas aturan keluarga, ada suntikan Islamic yang menjadikan kisah ini ada tarikannya tersendiri utk membuat kita melekap dgn buku ini.


Kisah ini tentang Izzat (Jack), tentang Raudhah. Izzat jejaka yang tersasar dari jalan yg benar manakala Raudhah adalah gadis berdarah campuran yg dibesarkan dgn cukup ilmu agamanya dan cukup menjaga agamanya.


Izzat ditunangkan oleh ibunya dengan gadis yg ibunya bekenan sangat2 ketika Izzat masih belajar di luar negara. Satu percutian telah menemukannya dengan Raudhah di Jannatul Firdaus Resort. Jack sudah mahu menjadi Izzat. Dia nekad meminang Raudhah, rupa2nya dia terpinang tunang sendiri ;)


Demi masa depannya dan juga kebahagian dunia akhiratnya, Izzat bukanlah pilihan terbaik sebagai suami. Kisah silam Izzat dan salah faham telah membuat Raudhah memutuskan pertunangan dan kembali kepada keluarganya di luar negara, membawa rajuk di hati.


Selepas 2 tahun Tok Ayah memberitahu Raudhah dia sudah ketemu pasangan yg paling cocok buat Raudhah.Raudhah memberi jawapan positif setelah istikharah. Akad nikah yg berlangsung di Malaysia hanya ditatap melalui teleconference. Semudah itu saja dia sudah bergelar isteri org. Suaminya bakal datang utk majlis perkahwinan mereka di Edinburg. Dia excited la nak jumpa husband dia pestaim. Tapi dia menjadi gelisah apabila Izzat muncul semula dalam hidupnya setelah dia menjadi isteri org. Izzat juga semakin berani mendekatinya berbanding dahulu. Raudhah rimas. Rimas bertukar menjadi lemas setelah Raudhah tahu kebenaran mengenai siapa suaminya. Terus pengsan.


Kelakar la part Izzat tekejut masa dlm lift ada org mengaji tu. Aku ingat betul la ada org mengaji dalam lift Jannatul Firdaus Resort. Rakaman suara doa naik kenderaan dia kata mengaji? aduih.. haha.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki kerana cinta itu letaknya di hati seorg abdi.


Kerana pasir, terbentuknya mutiara
Kerana tanah, lahirnya manusia


Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan
Kembara hati dlm jiwa hamba
Kembara daripada hina kpd mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yg turun dari langit utk menyebarkan keindahannya.


Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza utk saling melengkapi, lantas nikmat
Tuhan yg mana lagi mahu didustakan?


sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorg pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.