Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Buku 719: Antologi Jiwa Kacau - Himpunan Kisah Thriller

5 kisah thriller dari 5 penulis thriller berbakat besar. Eik? sorang jer lelaki? baki 4 lagi adalah penulis wanita!
Cover depan Jiwa Kacau.

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding. lebih 500 muka surat juga.

butiran penerbitan dan senarai tajuk dalam antologi Jiwa Kacau

Kisah pertama dalam Antologi ini adalah Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elee Mardiana

kisah kedua dalam Antologi Jiwa Kacau adalah Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai

Kisah ketiga adalah Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana
 

Kisah keempat dalam antologi ini adalah Buru Bayangan Rindu oleh Dhiya Zafira. Ada sedikit update mengenai Sid dan Ari dalam kisah ini :)

antologi ini ditutup dengan kisah Cinta berdarah oleh Salina Saleh.

Antologi ini ditamatkan di muka surat 552
 
Antologi Jiwa Kacau
Himpunan Kisah Thriller
 
Penulis-Penulis:
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
 
Editor: Syamel Yusoff
Terbitan Alaf 21
552 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
 
1. Tragedi di Lampu Isyarat by Elee Mardiana
Aku tak pasti sama ada aku penah baca karya beliau bersama Alaf 21, tapi aku penah baca Pak Mat Kang dalam satu kompilasi terbitan KarnaDya :) memang memorable kisah tu. Kisah yang unik dan melucukan. Masa baru aku tau Oshun Muhammad tu Elee Mardiana :)
Tragedi Di Lampu Isyarat menyerlahkan Elee Mardiana sbg pengalun rentak thriller yang baik. Walaupun tiada hantu, keseraman tetap menyusup di beberapa sudut cerita. Debaran dan mood thrill dibiarkan menyelubungi cerita dengan baik dan penuh tanda tanya. Tahniah buat penulis.
Tragedi di Lampu Isyarat membawa kita mengenali Rita dan dari Ritalah kita dibawa menelusuri jiwanya yang terisi dengan misteri Jo dan Jul. Pengaruh Jo dan Jul yang tidak pernah dikenalinya adalah sangat besar dalam hidupnya kini. Dia menyelami kisah mereka dan itu membuatkan dia meninggalkan kota New York dan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Bahasa asing yang sering diracaunya ketika tidur adalah bahasa Melayu dan nama tuhan yang sebut-sebutnya adalah nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jiwa dalam tubuhnya melepaskan rindu di Malaysia.
Mukhlis menjadi sasarannya untuk membongkar misteri kehilangan Jo. Perangkap hebat dipasang sehingga kita sendiri tidak terfikir cara ini yg digunakan Rita utk menbongkar rahsia. Rita tersalah umpan, namun 'pukat tundanya' mengena juga. Habis semua terjerat, dari ikan paling kecil sampai ikan paling besar. Patutlah ustaz ustazah siap bawak air zam-zam pun tak menjadi. SEdangkan diorang tu teror bab mistik2 ni :)

meRinnTis Blurb/sinopsis belakang buku:
Tragedi di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dgn surat Jul yg berada dlm dirinya. Jul meminta pertolongan Rita utk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
2. Menari Dalam Duka by Attokz Dikulgai
Membawa menelusuri kisah kehidupan taiko dadah. Ghazem, Arzam Domino dan Tria, anak-anak malang yang dipelihara Tuan D. Apabila meningkat dewasa mereka sudah biasa dengan urus niaga dunia gelap milik Tuan D. Ghazem dan Arzam semakin cekap dan disegani orang-orang Tuan D. Sikap tamak mula menguasai Ghazem sehingga sudah tidak mempedulikan sahabat baiknya Arzam. Arzam sanggup ditentang demi menjatuhkan Tuan D. Tria dan Arzam saling memendam perasaan namun perasaan mereka tidak direstui Tuan D yang turut menaruh hati pada Tria.
Arzam disabotaj ketika beroperasi. Dia dikhianati. Peristiwa itu membawa dia ke dlm sebuah keluarga kecil yang memberinya ketenangan. Dia mahu berubah namun ingata kepada Tria membuat dia mahu membawa gadis itu keluar dari dunia noda bersama-samanya.
Banyak jargon dunia pengedaran/penagihan dadah yang dikongsikan penulis dengan pembaca. Kematian Ghazeem yang sekadar disampaikan melalui Kayrol ala-ala sinopsis kepada Arzam buat ia kelihatan seperti terlalu mudah berakhir. Namun bila kita baca sampai ke perkataan 'tamat' dalam kisah ini, kita tahu ianya mungkin tidak tamat di situ sahaja. Kisah ini mengingatkan aku betapa berkobar-kobarnya aku nak baca 'Gapura' karya Zehan Ur Rakhie. Tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi buku tu. Mungkin kena pinjam dari sapa2 kot :)
sinopsis/meRinntis sinopsis belakang buku:
Arzam Domino terlibat dgn kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap., Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.
 

3. Dendam Bunga Dahlia by Lynn Dayana
Pembunuhan dan rancangan membunuh yang menjadi hiburan buat pendendam. Demi melunaskan rasa tak puas hati org yang dekat dengannya, dia mencari mereka satu persatu. Disebabkan ada perkataan bunga dahlia, aku ingat ker pembunuh tu perempuan (sebab terpengaruh dengan cerita Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim sebenarnya :) Kronologi cerita yang predictible untuk cerita ala-ala I know what u did last summer ni tetapi unsur debar dan thrillernya tetap ada untuk membuat kita tidak berenti selagi kisah pendek ini tidak berakhir.
 
meRinnTis Sinopsis/blurb belakang buku:
 
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yg lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorg pembunuh yg memburu mereka utk membalas dendam.
 
 
4. Buru Bayangan luka by Dhiya Zafira
 
Menggarap kisah seringkas ini pun Dhiya Zafira mampu menyampaikan kisah dengan sangat baik sekali. Watak Azalea mungkin kelihatan weng tetapi dia ada kekuatan tersendiri yang membuatkan ASP Adha Hijazi tertarik untuk mengambil tahu tentang kes pelik gadis itu. Dia mengaku menembak seseorang yg telah menceroboh biliknya tetapi apabila polis ke sana untuk menyiasat, mayat itu telah hilang. Later terbongkar kisah Azalea yang delusi dan pernah membunuh diri. Semua mungkin berkata 'patutlah' tetapi Adha masih ada kepercayaan pada Azalea yang kelihatannya seperti seorang yang sangat yakin. Keprihatinan Adha bakal membongkar sesuatu yang telah dirancangkan sejak 10 tahun yang lalu. Berjayakah dia menyelamatkan Azalea?
 
 
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
 
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kpd mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 thn, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yg percaya cerita yg disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
 
5. Cinta Berdarah by Salina Salleh
 
Memang jiwa kacau aku jadinya lepas baca kisah ni. Dialog-dialog yg aku rasa penuh dengan jeritan yang meluahkan rasa tension dan sakit hati yang membuat aku pulak yang jadi jiwa kacau. blurbnya sudah lebih dari cukup untuk menceritakan tentang kekacauan dalam jiwa Helmi.
 
meRinnTis blurb/Sinopsis belakang buku
 
Helmi kehilangan tunang tersayang dlm satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yg dihadapi, dia mula menjejak pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh org yg disangkakan pembunuh tunangnya.
 
sure fine whateverr
Rinn
 

Monday, October 29, 2012

Buku 711: Siri Merah Cinta Kita 3: Kisyah Budak Junior Masterchef

Setakat ni baru abis baca satu buku siri MCK ni. Seronok juga selak2 buku yang warna warni nih.
ini cover depannya. Ni tentulah Kisyah :) Ini adalah koloborasi 5 penulis. Aku rasa ini pendekatan yang baik kepada remaja apabila penerbit mengambil penulis-penulis popular untuk menghasilkan karya yang sesuai dengan remaja.
 
Tak tebal kan?

ni cover belakangnya... uih ada citer hantu...

Baru dapat tandatangan Lynn Dayana saja. Tunggu Bookfair lah nak serbu writer lain ;)

ya... terdapat jaminan kepuasan terpelihara dari penerbit. So jangan duduk dendiam kalau ada kesilapan cetakan. Saya pernah juga post balik buku yang ada masalah susunan mukasurat. dan pihak penerbit mengembalikan buku baru kepada kita setelah menerima buku yang rosak tu.

Buku comel ini ditamatkan di mukasurat 202.
 
selamat membaca!
 
Merah Cinta Kita 3: Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana, Iris Ixora, Wardah Munirah,
Harleem Dayam, Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
202 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
 
 
1. Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana
page 6 - 49
 
"Along cuma nak adik along yang manja ni berubah jadi lebih baik. Nanti kalau mama nak kahwinkan, taklah mama malu. Masak nasi tak pandai. Goreng telur tak pandai. Malu tau."
 
Kisyah anak bongsu yang manja. Dia ni malas masuk dapur walaupun dia sorang saja anak perempuan dalam keluarganya. Peristiwa ibunya ditimpa kemalangan menjadi titik tolak Kisyah untuk berubah dan belajar memasak. Masakan yang pada mulanya mendapat kritikan dari abang-abangnya akhirnya menjadi puji-pujian yang membuat Kisyah seronok memasak. Kepulangan ibunya dari hospital membuatkan dia bersemangat untuk menyiapkan hidangan terhebat masterchef junior :)
 

2. Perangkap Sugardaddy
Penulis: Iris Ixora
page 50 - 90
 
"Siapa kata kamu akan tinggal sebilik dengan saya? Itu berdosa namanya. Saya akan sewakan bilik lain untuk kamu. Kamu anggaplah ini adalah hadiah daripada saya."
Kisah ini membuka mata pembaca agar sedar mengenai laluan yg terpaksa ditempuh anak-anak kita apabila berjauhan dari keluarga. Dalam usia yang mentah mereka terpaksa membuat keputusan sendiri. Apa yang boleh kita buat untuk elak anak2 kita supaya membuat keputusan seperti Siti Salina?
 
Salina pelajar cemerlang yang berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia bertemu dengan Bella, anak orang kaya yang cantik dan bergaya. Dia teringin menjadi cantik dan bergaya juga walaupun dia hanya dari sebuah keluarga yang serba kekurangan.
 
Tindakan Bella menghadiahkan dia dengan pakaian cantik yang membuatkan mata-mata remaja lelaki turut berkenan dengan penampilan barunya. Bila ada budak lelaki yang cuba mendekatkan diri dan meminta nombor telefon, Salina (a.k.a Sally) terlalu teringin untuk memiliki telefon bimbit. Dia jeles juga tengok Bella berbual-bual di telefon dengan boyfriend. Dia merayu pada ibunya dengan pelbagai alasan, lalu dapatlah sebuah telefon bimbit.
 
Perjalanan pulang ke asrama dengan menaiki bas telah menemukan dia dengan seorang jejaka yg berpenampilan menarik bernama Didi. Setelah bertukar nombor telefon mereka saling berhubungan dan Didi dengan senang hati top up handphone Sally setiap kali credit nya kering. Sally diperkenalkan kepada Tuan Syed yang sudah berumur tetapi segak bergaya. Sally amat terpikat dengan sikap gentlemen dan sopan santun Tuan Syed sehingga sanggup mengikut lelaki itu ke Pulau Pinang dan Langkawi tanpa pengetahuan keluarga. Hebat sungguh persona Tuan Syed yang manis berkata-kata dan tidak pernah memaksa Sally.
 
Apa jadi pada Sally? Hmm kenalah baca sendiri sama ada dia selamat! atau diselamatkan!
 
Inilah sebenarnya gelojak jiwa anak remaja lepasan PMR. Mereka akan ikut kata hati. Jejaka yang menawan tentu saja membuat mereka jatuh hati dan sanggup buat apa saja. Sebab tulah ramai yang selalu pesan. Pantau apa yang anak-anak baca. Itu akan mempengaruhi perasaan dan keputusan yang bakal mereka buat.
Tahniah Iris Ixora kerana mengetengahkan cerita ini dalam nada yang baik sekali :)
 
 
3. Qistina Obses Facebook
Penulis: Wardah Munirah
page 92 - 131
 
"Ayah tak mahu Qistina terus begini. Ayah tak larang Qistina berFB atau bermain game. Tapi Qistina perlu faham apa yang perlu diutamakan."
 
Kisah Qistina yang terlalu asyik berFB sehingga keluarganya terasa hati dengan sikapnya. walaupun dalam satu rumah, Qistina menyisihkan keluarga kerana terlalu taksub dalam dunia maya. Dalam kelas pun siap boleh mimpi main game fb. Parah budak ni.
 
Bagaimana kalau benar-benar keluarganya menghilangkan diri dari dunianya. Dapatkah dia terus bahagia dalam dunia maya itu?
 
 
4. Kasut Bola Syafika
Penulis: Harleem Dayam
page 132 - 165
 
"Aku dah kata, budak tu bijak. Sibuk main bola pun masih jadi top student! Kamu kena beri dia peluang. Sampai masa, tahulah dia memilih. Nak jadi pemain bola atau jadi doktor macam yang kamu mahu!"
 
Kisah Syafika si manis 15 yang bukan sahaja bijak tetapi tangkas bermain bola sepak. Kisah ini berlatar belakang suasana di London yang sejuk. kasut football barbie berwarna pink menjadi peniup semangat kepada Syafika utk berusaha melayakkan diri bermain di Trafford Training Centre milik Manchaster United!
 

5. Shazrina dan Sweetie...
Penulis : Nurul Syahida
page 166-202
 
"Betul, aku nampak sweetie tu belakang Jobin. Dia tengah mengepak ngepak tapi sweetie tu cuma berdiri setempat saja di belakang dia. Sebab tu aku jerit."
Tak sah kalau duduk asrama tak dengar cerita cerita macam ni. Tapi pestaim pulak dengar hantu bungkus/pocong dipanggil sweetie (kerana hujung kepala dan hujung kaki diikat ala2 rupa bungkusan gula-gula).
Kisah Shazrina yang baru masuk asrama penuh. Kisah sweetie adalah antara highlights dalam perbualan harian budak2 asrama. Sekian lama Shazrina mendengar kisah sweetie, akhirnya dia berpeluang berhadapan dengan si manis misteri itu. Apa jadi ya? huhu... takowwwwt..
 
sure fine whatever
Rinn

Thursday, September 13, 2012

Review 697: Siri Merah Cinta Kita 5- Tolonglah... Jangan Hukum Dia

 

Tolonglah... Jangan Hukum Dia

(Siri 5 Merah Cinta Kita)
RM18.00
Terbitan Buku Prima
224 mukasurat



Cerita sekitar dunia remaja di alam sekolah menengah yang dikongsikan dengan nada ceria dan dekat dengan jiwa remaja. :)



Page 6 - 40

Tolonglah... Jangan Hukum Dia

Penulis: Hazrul Hafiizi



"Biarpun dia tidak jujur padaku, aku tidak sanggup melihat dia dihukum"



Kisah 4 sekawan yang mulanya akrab berubah menjadi 2 kumpulan rival. Fira menyimpan impian tinggi untuk berlayar di tengah lautan menaiki kapal di Bandar Tanjung Pelepas. Jenny dan Ai Ling mentertawakan impian Fira kerana Pelabuhan situ hanya ada kapal kargo yang tak angkut orang.



Meena menyokong cita-cita Fira. Inilah yang memecahkan mereka kpd 2 kumpulan kecil. Jenny mencabar Fira untuk bertanding dengannya demi mencapai impian Fira.



Pertandingan yang dikatakan pelik itu tidak dijelaskan membuatkan aku rasa ting tong sedikit bila membacanya.



Pertandingan pelik itu menjadi famous di sekolah mereka. Yang pastinya, pertandingan itu telah mengeruhkan lagi hubungan mereka berempat.



Aku rasa ni pertandingan 'sapa naik kapal kargo dulu dia menang'. :D



Peti merah misteri yang ditemui Fira tak jauh dari kapal kontena yang pecah di pantai di situ lebih menarik dari pertandingan pelik. Aku pun pelik.



Meena dan Fira tidak mengembalikan peti merah tu sebaliknya menyembunyikannya di celah2 batu. Kalau diorang kembalikan peti merah tu, kan senang2 jer dapat naik kapal kargo kalau jumpa manager situ.



Jenny telah berjaya memperdayakan Meena dan mendapatkan peti merah tu utk digunakan bagi menjadi pemenang pertandingan pelik yang aku pun pelik tu.



Walupun kendian cite ni melibatkan plis dan peguam, aku masih tak berapa clear mengenai pertandingan pelik yg mereka cipta sendiri itu. *garu pala*



mungkin remaja faham kot. Aku kan remaja purbakala mesolitik.





Page 41 - 78

Aqila Bukan Ratu Drama

Penulis: Nurul Syahida



Aku suka cerita ni. Bila aku cerita semula pada anak buah aku yang tak skolah lagi tu pun berdekah-dekah dia gelak.



Aqila. Dia bertekad tak akan mengalami masalah jerawat seperti Kak Ashfa. Tapi pada suatu hari, ketika dalam bas, dia tak dapt seat. So terpaksa la berdiri masa bas brek mengejut, Aqila tersembam dan pipinya tergesel dengan pipi kak Ashfa!!! Mau tak macam orang gila dia lari balik rumah.



Aqila tu terlampau takutkan jerawat hingga segala mcm krim dan ubat disapu ke muka. Asal sebijik jer jerawat dah naik ruam satu muka!



"Kenapa bas ini brek mengejut? Mukanya yang penuh jerawat batu itu melekap ke pipiku!"





Page 79 - 116

Dekatlah Jangan Menjauh

Penulis: Lynn Dayana



"Jangan dekat-dekat, walaupun kita berjiran!"



Aisya gembira sebab jiran barunya ad aanak sebaya dirinya. Boleh dapat kawan baru, namun pertemuan pertama mereka sudah bertelingkah. Disangka anak jirannya tu perempuan, tapi lelaki rupanya. Aidan = sombong.



Curiosity Aisya dianggap perlakuan ala-ala stalker oleh Aidan. Aidan ni jenis tak sayang mulut juga. Sinis sehingga Aisya terrrrrrrrrrsembur air ke arah Aidan :) kerana tak dapat menahan marah. Pergaduhan mereka terbawa-bawa hingga ke status fb.



Pertelingkahan mereka bertukar rentak apabila papa Aidan kemalangan di Adelaide dan mama Aidan terpaksa menyusul segera. Aidan yang bakal menghadapi peperiksaan besar terpaksa ditinggalkan dalam jagaan jiran mereka, iaitu, ibu bapa Aisya!



Aidan sudah tidak banyak bicara seperti dulu untuk diajak bergaduh. Mukanya yg sedih mengundang simpati Aisya. Perbualan mereka berubah menjadi aman dan menyenangkan.



Barulah Aisya tahu rupa2nya Aidan pernah mempunyai adik perempuan tetapi Nor Aishah telah meninggal dunia akibat demam panas. Aisya banyak mengingatkan Aidan kepada Nur Aishah.



Kepulangan ibu bapa Aidan mengeratkan lagi silaturrahim dua keluarga. Sekarang Aisya ada 2 abang yang sangat protektif yg memantau geraklaku hariannya. Aisya dah mula rasa terkongkong pulak sebab dah ada tukang repot :)



pg 117 - 175

Sekarang Aku Kisah

Penulis: Aleya Aneesa



"Mei Hwa si pandai yang dibenci kawan-kawan. Sombong, tidak mahu bergaul.Ada sesiapa ambil kisah?"



Sikap Mei Hwa yg kurang bergaul membuat dia kelihatan sombong di mata rakan-rakannya. Ada yang seperti dengki dengan keupayaannya untuk score A dalam semua subjek tanpa masalah.



Siti hajar mencabarnya; belajar tapi tak aktif sukan pun tak guna...

Mei Hwa ni jenis muka tak ada perasaan. Makin geramlah Siti Hajar.



Haryani menyimpan hajat untuk mendapatkan bantuan Mei Hwa dalam pelajarannya, tetapi sikap sombong Mei Hwa membuat dia memendamkan saja hasrat hati.



Cita-cita menjadi Doktor sejak kecil menjadikan Mei Hwa objective-oriented. Dia tak pedulikan apa jadi di kiri kanannya, janji dia score dlm semua subjek.



Mei Hwa cuba blend in setelah ditegur ibunya mengenai sikapnya yang jarang bertegur sapa dengan kawan2. Baru dia perasan bahawa wakil sukan, wakil perbahasan dan wakil pertandingan melukis adalah orang2 yang lebih dikenali di kalangan murid2 dan cikgu2 berbanding dirinya yg scorer dlm subjects tetapi low profile. Ada guru dan murid yg menyangka dia pelajar baru! Walaupun namanya famous, rupanya tidak dikenali sehingga ada guru pegi bagi ucapan tahniah kepada Mei Hua yang lain! "Sekarang aku kisah!" yer la... org lain2 penat2 belajar dan score, org lain pulak yang dpt pujian. So apa tindakan Mei Hwa utk menunjukkan dia 'kisah'? kena baca lah...





pg 176 - 217

Da... Hostel?

Penulis: Bikash Nur Idris



"Huh! Tinggal di sekolah asrama? Oh, tidak? Macam dalam hutan..."



Farhah dilimpahi kemewahan sejak kecil. Walaupun baru berusia 15 thn, dia sudah pandai shopping jenama2 terkenal di butik dgn kawan baiknya, Jiha.



Keputusan ibu bapanya nak hantar dia ke sekolah berasrama penuh membuatkan Farhah memberontak, namun keputusan muktamad. Malah dia hanya dibenarkan bawa telefon biasa dan blackberrynya di tarik balik.



Ibu bapanya mahu dia berubah dan berharap kehidupan di asrama dapat mendidik Farhah. Tau-tau saja Farhah sudah tercampak di ASPURI Hutan Beranang. Apalagi... berenang air mata di beranang lah jawapnya :)



Sebaik sahaja masuk asrama, Farhah terus mengumpul maklumat dan memasang strategi agar dia segera disingkirkan dari asrama.



Afna dan Fina cuba berbaik dgn Farhah tetapi perbualan telefon antara Farhah dan Jiha membuatkan Afna dan Fina berkecil hati dengan kata2 kasar Farhah. Sekelip mata dia kehilangan 2 rakan asrama yang baik hati. Farhah sendiri menerima 'tamparan' apabila terrrdengar melalui talian telefon yang terlupa Jiha matikan. Jiha, sahabat yang dianggap paling baik telah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati dan mentertawakan nasib Farhah yang tercampak di Hutan Beranang.



Strategi yang telah dilaksana menyebabkan Farhah tertangkap dan betul2 bakal disingkirkan, tetapi Farhah sudah tawar hati untuk balik. Dia mahu berubah di Hutan Beranang dan saksikanlah pula strategi Farhah untuk terus berada di Hutan Beranang dan tidak dibuang sekolah :)



sure fine whatever
rinn

Friday, July 6, 2012

Review 687: Cinta Perisa Dia by Lynn Dayana



Cinta Perisa Dia
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan : Alaf 21
533 muka surat


Kisahnya menarik dan terbyg ala2 pencarian gadis melayu ketika misi pencarian menantu idaman bonda di tv9. Kisah silam Ayumi dan kehadiran Lana menyuntik elemen thriller ke dalam kisah pencarian cinta yang menarik ini. Walaupun suntikan thriller itu hanya di hujung2 cerita, tetapi cukup mendebarkan sama seperti debaran menunggu keputusan Hadif Imran membuat pilihan.


8 calon yg shortlisted setiap sorg dari bckground yg berbeza, namun Hadif lebih tertarik kpd Ayumi yg penuh misteri namun gadis itu kelihatan seperti tidak mahu dirinya terpilih.


Ayumi adalah gadis misteri yg sentiasa berhati-hati kerana dia seorg pelarian. Tapi kenapa dia meletakkan diri di tengah2 spotlight dgn menghadirkan diri di set penggambaran mencari menantu bonda itu? Tarikan rumah anak yatim bonda itu terlalu menggamit jiwanya sehingga dia lupa kedudukannya. 

Ayumi seorg bijak, degil dan tegas. Terasa tindakan Ayumi kurang berhati-hati dalam keadaan dirinya dlm pelarian. Rancangan tv9 tu terlalu berprofil tinggi tambahan pula Hadif Imran adalah penyanyi popular yg kacak bergaya. Ayumi bakal menjadi buruan kisah silam yg cuba dijauhinya. Apa-apa pun, rancangan Mencari Menantu Bonda tu lah yang menjadikan kisah ini tambah menarik :)


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.

Tuesday, May 10, 2011

Review 376: Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana


Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
Tahun 2009
512 mukasurat
RM19.90
isbn 9789831244210

"Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua"


Buku ni saya dapat semasa karnival mini karangkraf 28/2/2009 yg lalu. Seronok gak dpt buku awal dari orang lain. hehe. Sapa2 yg gi karnival tu sure dah bli buku ni. Tengok tajuk nya saja dan teruja nak membaca nya. Cinta pun ada expiry date?


Lynn Dayana mencari kelainan utk menyampaikan kisah 'benci jadi cinta' ini. Misteri dan adventure yg diselitkan meletakkan cerita ini dalam phase yang laju dan agak sukar utk meletakkan buku ni selagi tak tau apa akhirnya. LD menyelitkan kata2 yang bermula dengan "kalau hati ini..." pada setiap permulaan bab dalam novel ni. Patutla kalau tengok entry blog dia sebelum ni ada macam2 jenis ayat "kalau hati ini..."


Pada permulaan cerita, perasaan Imanina terhadap Hilman agak kuat sehingga watak Airel dirasakan sangat menyakitkan hati. Tapi as the story goes Airel semakin membayangi monopoli watak Hilman walaupun Hilman tak byk muncul dlm bab2 buku ini. Mula2 tu memang la rasa Hilman tu sangat baik dan kinda hoping dia terima Imanina tapi biler dia kata dia sanggup tinggalkan tunang dia yg manja tu utk Imanina saya rasa terkilan dan macam meluat lah pulak. Nampak macam dia lelaki yg tak tetap pendirian lah pulak. Airel tu pulak, ya Allah ya Rabbi, Imanina baru nak sejuk dia dah buat org tu hot balik.


Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yg belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab. Namun mereka perlu mengalahkan satu sama lain demi RM22.5juta. Persaingan mereka bertiga ni set2 persaingan yg sihat la. tapi misteri bertambah lagi apabila nyawa mereka terancam. Mereka saling mengesyaki tapi ternyata ada org keempat dalam persaingan itu. Set2 macam citer 'The Aprentice' campur 'Survivor' lah pulak. Diorg kena uruskan 3 jenis business sorang org kaya misteri dan siapa yg mengumpulkan jualan terbanyak akan diisytihar sbg pemenang dan dpt pegi bercuti. Dalam kisah ni tak der lah diceritakan sangat tentang kerja2 mereka, apa yg mereka buat utk tambah sales semua tu tak der la cerita mendalam. LD lebih concentrate kepada conflict dan misteri di sekeliling ketiga-tiga watak utama.


Konflik memang byk dlm kisah ni. bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak. Rezzal sangat senang dgn chemistry antara Imanina dan Airel tapi diorang berdua tu pantang berjumpa kerana pasti akan meletuskan peperangan mini. Rasanya hampir dalam setiap bab si Imanina tu beristigfar menahan amarah dan menahan diri dari mengumpat dan mengeji Airel yang kuat menyakat tu.


Airel tahu yg Imanina menaruh hati pada Hilman yg sudah bertunang. Lagi lah mudah dia nak menyakitkan hati Imanina. Imanina sentiasa cuba mengelak berurusan atau bertemu dgn Airel tapi setiap kali kesusahan menimpa, Airel lah org yg pertama bergegas mencarinya. Terima kasih adalah antara kata2 yg paling sukar utk dilafazkan kepada Airel kerana apa saja perkataan yg keluar dari diorang ni pasti akan menjadi punca perbalahan.


TAwaran 22.5juta itu ada sebenarnya berpunca dari satu dendam yang dicetuskan oleh 3 wanita yang amat-amat penting dalam hidup Rezzal, Imanina dan Airel. Imanina dan Airel mahu keluar dari pertandingan itu tapi Imanina terpaksa memilih, bayar saman RM1juta atau terikat selama-lamanya dgn Airel. Kalau korang jadi Imanina, nak pilih yg mana satu? hehe.


Lynn!! tak der nama lain ka ko nak bubuh kat culprit tu. aduih.


sure fine whatever
rinn
tarikh entri ini di alongside @ multiply: 9 Mac 2009

sinopsis belakang buku:

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.


Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.


Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.


Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?


Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

Review 375: Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana


Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
562 mukasurat


"Hanya kau yang bisa membuka pintu hatiku di penjara masa"

Akhirnya saya terima jugak buku dari penulisnya sendiri.. hari ini dalam sejarah tu.. pestaim ;) minggu kerja yang sibuk saya sulamkan dgn membaca buku ni. MAsa kali pertama tengok cover buku ni saya rasa tajuknya agak special and quite catchy.. tambah pulak dgn cop mohor berwarna biru utk perkataan "terpelihara" mampu menangkap mata penggemar novel.

Kisah persahabatan dan cinta tetapi ada misteri yang perlu diungkai oleh pembaca dgn mengikuti kisah ini. Kehadiran watak "Ain" yang ada tetapi tak ada menjadi teras utama kisah sahabat2 ini. Qartini, Neesa, Yus, Sarah ada kisah2 tersendiri yg turut juga menimbulkan misteri sepanjang pembacaan.. LD byk bermain dgn isu misteri dalam buku keduanya ni. Tak byk 'teknik loyar buruk' dimasukkan dalam kisah kali ini.. byk "teka teki nak kena lekuk". Dlm byk2 teka teki yg diberikan, hanya satu yg saya dpt jawab dgn tepat. Memang mereng la Raihan tu. Kalau dulu Jika Benar Cinta saya katakan boleh dijadikan buku panduan loyar buruk, HCT ni pulak boleh jadi buku panduan teka teki yg susah nak teka. haha.

Sebenarnya sepanjang membaca buku ni, saya byk terkenangkan hasil tulisan "Unknown Author" semasa saya di Jiwangunited beberapa tahun yang lalu. Kisah yg dialunkan penulis misteri itu dan memang membuat peminat2 FnA tergolek-golek dilanda jiwang.. haha.. saya ni memang suka citer jiwang2 tambah2 kalau ada unsur komedi yang diselitkan. watak2 Qartini dan Eric memang menyerlah di mata saya dan saya sentiasa ternanti-nanti kemunculan mereka. Memang pasangan yang menjiwangkan hehe.. tambah2 pulak masa taip review ni saya pasang lagu "Aku Pencintamu" nyanyian Felix.. *senyum* Lynn, kena bagi Eric nyanyi lagu ni. :)

Nampaknya pengaruh filem hindustan masih kuat dlm LD sebab Eric menggunakan tactic hero hindustan "pikat keluarga" sbb Qartini tu terlalu keras hatinya utk menerima cinta.

SErba sedikit tentang kisah ini.. Bermula zaman belajar di USM. Ain, Qartini, Sarah, Neesa dan Yus, 5 sahabat yg akrab, di tengah2 mereka ada Hairi. Hairi yg mulanya dijadikan 'bench mark' utk menentukan "best woman wins". Qartini sekadar menyahut cabaran Ain dan hati kedua2 gadis itu terusik dgn kehadiran Hairi. Rayuan Ain membuatkan Qartini mengundur diri. Sarah menyalahkan Qartini apabila tiba2 Ain tak jadi berkahwin dgn Hairi. Qartini dan Hairi spt menyimpan rahsia kehilangan Ain. Sarah terus dgn teorinya yg tersendiri manakala Neesa dan yus dlm keadaan serba salah. Persahabatan itu akhirnya terlerai dan beberapa tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu semula apabila tibanya sekeping kad jemputan perkahwinan yang tidak disangka-sangka.. jeng jeng jeng.

Ain pergi bersama misteri yang tak terungkai.

Qartini ni tersiksa dr segi emosi lantaran latar belakang kelahirannya yg menjadikan dirinya dibenci nenek dan keluarganya. Kasih ibu dan datuknya byk merawat luka dan pengalaman hidup menjadikan dia wanita besi. Nasib baik la Eric ni jenis tak mudah berputus asa, kalau orang lain dah lama blah dah.

Sarah. menderita penyakit yg takkan sembuh. Kasihnya dicurah sepenuh hati buat suaminya, Kamal dan anaknya, Dina. Tapi bencinya kpd Qartini terlalu kuat. Dia 'pergi' bersama prasangka.

Yus. Cintanya diburu Amir, lelaki yg sudah beristeri. Amanat Sarah supaya dia menjaga Dina tersandar di bahunya setelah sarah pergi menyahut panggilan Ilahi. Dia semakin rapat dgn Dina dan keakraban itu menyebabkan dia sentiasa berada di hadapan mata Kamal. Nama mak tiri dan bapa Yus adalah Rosnah dan Johari. bila baca, asyik teringat kat pelakon Rosnah Johari tu. :)

Neesa. Konflik rumahtangganya berpunca dari suaminya, Hakim yg pasang surut moodnya, ditambah pula dgn misteri panggilan telefon yg mengatakan mereka makan harta anak yatim menjadikan Neesa meragui keikhlasan suami sendiri. Nasib baik anaknya Adila menjadi penghibur di kala duka. Siapa sangka dugaan yg tiba menjadikan Hakim lelaki yg lebih baik untuk Neesa.

Hairi. SEtelah Ain pergi, cintanya masih ada utk Qartini tetapi Qartini tidak mahu terus menjadi sasaran tohman dan prasangka buruk rakan2nya. Hairi berkahwin dgn pilihan keluarga dan perkahwinan itu menjadi titik tolak terungkainya misteri yang telah lama disimpan.

Eric. Eric dan Qartini sama2 degil dan mungkin sebab itulah Eric tau macam mana nak handle Qartini. Dia berjaya membuat Qartini menanggung rindu dan mengejar cintanya.

Bukan senang nak jumpa byk watak yg ada kekuatan dalam satu buku and LD managed to pull it off. Saya risau gak bila mula2 baca ada byk watak ni, tak ramai penulis yang berani menggunakan penceritaan begini kerana kebanyakan pembaca suka baca main characters saja. Selain HCT, Pemburu Mimpi by Saleha Hussin juga menceritakan byk watak begini tetapi sangat menarik perhatian. Thank you Lynn.. satu ni nak tanya ni.. masa Fahmi tegur gigi Adila tu, betul ker 1cm? bukan 1mm ke yg layak dipanggil 'gi'? atau 1cm tu ukur sekali dgn akar? hehe. lagi satu ni.. apersal dalam buku ni asyik Qartini jer datang bulan?

sure fine whatever
rinn
entri ini di alongside @ multiply: 4 Feb 2008

sinopsis belakang buku:

Antara mereka pengikatnya, adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran kisah hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kpd Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindugan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.

Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bagi

Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.

Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa

namun jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah... Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

Review 371: Jika Benar Cinta by Lynn Dayana


Jika Benar cinta
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan alaf 21 Sdn. bhd
RM18.00
481 mukasurat

"Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata"


Resah gelisah nak abihkan buku ni, nak baca laju takut nanti ada yang tertinggal, memang kena membaca setiap bait perkataan, penulisan yang tidak membosan kerana ada saja topik yang akan mencuit hati, nak tersenyum nak tergelak semua ada.


Novel sulung dari Lynn Dayana memang menarik cara penyampaiannya seolah olah universe dalam buku 'Jika Benar Cinta' ni dihuni oleh manusia-manusia yang loyar buruk. :) setiap watak yang muncul ada saja line loyar buruknya Auntie zarina, mak ayah si Lisa, even Henry dan Rosie pon loyar buruk jugak! Memang gelak bertali arus bila baca buku ni. Walaupun ada kisah duka, terubat juga dengan kata2 yang menjadi kan kita tersenyum, tertawa.


Penulis nyata berjaya membuat pembaca tertanya tanya sapa Airy? Anak sappa? salah cetak ker biler namanya ada tersebut dlm prolog? Tulah antara faktor2 yang mengundang kegelisahan bila baca citer ni.


Kisah ini membawa kepada kronologi kisah cinta yang terpaksa dilalui oleh Lisa demi utk membawanya kepada lelaki yang betul2 layak utk dirinya. Dia pernah dikecewakan kerana orang ketiga, dia pernah menyintai orang yang tidak membalas cintanya, dia sendiri pernah menjadi orang ketiga tanpa diketahuinya, dia pernah dibohongi dan kehilangan cinta yang disangkanya abadi. Dia takut bercinta lagi dan tidak menyangka bahawa kematian itu adalah perlu untuk menemukan dia dengan seorang insan yang diciptakan untuknya.


Buku ni boleh juga dijadikan buku panduan utk teknik2 loyar buruk yang berkesan heheh.. gusi tak sempat nak kering dah tergelak lagi.. tahniah Lynn Dayana and terima kasih.


Sure fine whatever
Rinn
Tarikh entry ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007

terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.


Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.


Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.


Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?


Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.


Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

Monday, March 14, 2011

Review 310: Juara Carta Cinta by Lynn Dayana



Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yg disiram air panas. sampai kiamat pasti tidak subur! Ada karipap yg berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sadwic yg dihimpit rapat oleh roti panas.


Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yg tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya utk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.


Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih utk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?


Kehadiran lelaki yg tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dgn teori.


Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yg sering singgah di dalam hati?

Monday, May 10, 2010

Review 128: Cinta Edisi Terhad by Lynn Dayana



Cinta Edisi Terhad
Penulis : Lynn Dayana
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
cetakan pertama 2010
Alaf 21 Sdn. Bhd
489 mukasurat


"Cintamu membawaku ke langit biru..."


Permulaan cerita sudah membuat kita terasa aura 'thriller' yg bakal menyelubungi kisah ini. Walaupun menjadi mangsa runtuhan bangunan, ketiga-tiga watak utama cerita ini panjang umur, dan itulah menjadi titik permulaan perubahan besar dalam hidup mereka. Tanpa mereka sedari ada insan keempat yg turut menghayati luahan rasa mereka ketika menunggu bantuan tiba. Insan keempat yg bakal membela nasib yg mereka walaupun ada nyawa yg bakal dikorbankan... jeng jeng jeng...


Lynn Dayana kelihatan seperti semakin selesa dan serasi menyulamkan kisah cinta dan thriller dalam satu novel. Pengisahan thriller-misterinya membuat kita ingin tahu apa yg tersembunyi di sebalik kisah ini dan kisah cintanya juga mencuit perasaan.


Tentula aku paling suka kisah Zira Maya & Qairil. :) Zira Maya seorg anak angkat yg dahagakan kasih ibu. Ibu angkatnya tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Hanya ayh angkatnya yg memberi kasih sayang tanpa berbelah bagi dan meninggalkan harta kekayaan kpdnya. Dia membesar menjadi seorg wanita berkerjaya yg kelihatan sombong dan bongkak (dan bos yg garang). Ibu angkat dia tu cuma gunakan Zira Maya utk bermegah2 dgn kawan2 kerana Zira Maya seorg gadis yg sgt cantik. Tapi Zira Maya tetap rasa terdera.


Pertemuan dgn Qairil (selepas kejadian bangunan runtuh) membuat hidupnya terganggu. Qairil seperti dpt mengesan the soft side of Zira Maya yg terkenal dengan sikap wanita besinya. Kehadiran watak Elisha sedikit membunuh kegembiraan aku terhadap perkembangan hubungan Zira Maya & Qairil. Dah la family Qairil pun dah suka kat Zira tu... Apada Qairil tu dah ada makwe, still nak ngorat Zira. Tapi makwe dia tu ntahapa-hapa jer perangai. Patut ar Qairil ushar org len.


ha ada sapa2 yg akan panjat gunung Kinabalu dlm masa terdekat ni? elok la baca buku ni utk panduan apa preparation nyer :)


Kisah Haida dan Fariz adalah lebih misteri. Setelah sekian lama bertunang, Haida dihantui dosa lalu. Fariz cuba memahami tetapi Haida semakin menjauhi. Walaupun si petualang sudah tiada namun rasa bersalah tetap menghantui dan membuat dia merasa menjauhi Fariz adalah lebih baik kerana dia merasakan dirinya tidak layak utk lelaki seperti Fariz. Aku tekejut juga bila tau siapa Dahlia tu sebenarnya. Memang unexpected!


Paling geram baca kisah Julia Hana yg menjadi mangsa suami curang. Julia adalah isteri yg baik dan disenangi ibu mertuanya. Tapi Hairul sudah hanyut dlm cinta nafsu. Julia terdera. Sedih giler biler dia tak sempat gi tengok mak dia yg meninggal dunia tu dan Hairul tu buleh tak nak amik tau langsung. Memang sangat puas hati dengan nasib Hairul akhirnya. Bila tau ex bini dia pandai buat duit, sibuk pulak nak tuntut hak. hishhhh memang badigol.


Orang keempat yg menjadi misteri dlm citer siapa? dan siapa yg dia buru? kena la baca sendiri ;)


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yg sepi, hidup yg malang dan cinta yg tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai ke bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yg hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yg lebih sempurna.


Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yg si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dgn materialistik dunia. Dihampiri Malaika maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yg sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yg berusaha.


Mampukah mereka meraih cinta yg terhad haknya?