Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Marwati Wahab. Show all posts
Showing posts with label Marwati Wahab. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Review 304: Cubit Kanan Cubit Kiri by Marwati Wahab


Cubit Kanan Cubit Kiri
Penulis: Marwati Wahab (a.k.a Aleya Aneesa)
FP Junior
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Haronizan Mohd Idris
RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90
128 mukasurat
Cetakan pertama 2010


"Boleh ke kalau mereka tak bergaduh dalam satu hari?"


FP Junior ni kisah2 zaman persekolahan. Sekolah Menengah. Marwati Wahab menceritakan kisah dua beradik yg memang bergaduh saja kerjanya, Nurul Husna dan Nurul Hannah. Ada saja sengketa yg mekar antara mereka. Namun cerita ini menunjukkan bahawa persaudaraan itu bagai air, kalau dicincang memang tak akan putus.


Walaupun sering berbalah, jauh di sudut hati, ada rasa sayang yg disimpan kejap buat saudara kandung.


Memang terharu mengenangkan Hannah yg cepat saja panas fius tu sanggup mempertahankan kakaknya, Husna yg difitnah rakan2 sehingga sanggup kehilangan sahabat baiknya yg turut mengata-ngata kakak yg sering menjadi lawan bergaduhnya itu. Hannah berjaya mengembalikan nama baik Husna dan persaudaraan mereka menjadi mesra selepas itu. Tak sangka pulak si Shamsul yg kena lesing dgn getah pemadam Hannah tu sudi membantu :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb/alongside @ multiply


"Sakitlah!" rrengus Nurul Hannah geram.
"Tahu pun kau sakit. Yang kau buat aku tadi tu boleh pula ya?"
"Tapi aku tak sakitkan kau, kan?"
"Nasib kaulah!"


Nurul Hannah dan Nurul Husna, sejak bila mereka berdua mula saling bercakar sesama sendiri, tidak ada yg pasti. Tapi selain daripada sering bergaduh, tidak ada kenangan lain yg ada dlm simpanan memori masing2. Antara mereka, tidak tahu siapa anjing, siapa pula kucing.


Kata ayah dan ibu, adik dan kakak itu, ikut mana pun sama. Itu bererti antara Nurul Hannah dan Nurul Husna, tidak ada beza. Tapi bagi Nurul Hannah, dia dan Nurul Husna ibara dicubit paha kanan, paha kiri terasa. Tapi soalnya, apa yg telah terjadi? Siapa yg mengusik Nurul Husna? Kalau mahu tahu, jawapannya ada dalam Cubit Kanan Cubit Kiri.

Saturday, September 11, 2010

Review 197: Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa



inilah novel yg mengikhtiraf Aleya Aneesa sbg penulis prolifik alaf sebaris dengan penulis2 alaf21 yg popular. Tengok saja nama AA di kulit novel ini lebih besar dari tajuk. Tengok nama penulis jer org akan beli :)


Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2009
RM19.90
sabah sarawak: RM22.90
500 mukasurat
isbn: 978983124-4135


"Tali cintamu merantai diriku dari menjauhimu"


Disebabkan malam masih muda, aku berani mula buka buku Aleya Aneesa yang terbaru ni, sbb buku2 dia ni susah nak stop biler dah mula. Memang dah lepas tengah malam baru abis.


Aleya Aneesa gemar memilih kisah motherhood, brotherhood, sisterhood dan ngorathood. haha... aku suka jer citer2 macam nih. Garapan AA memang sentiasa kelihatan manis aja di mata aku. Kalau aku bias, minta ampun lah ye. kalau hati dah jatuh suka tu, nak wat macam mana. hehe.


Keakraban Ariana, Zaen sekeluarga dan Nasuhah dgn ibu2nya memang menyentuh hati. membuat kita cemburu dgn kebahagiaan mereka. Pengajaran tentang nilai2 persahabatan dan kekeluargaan sangat tinggi dalam kisah ini. Membuat kita terfikir, adakah kita seorang anak, adik, abang, kakak dan sahabat yang baik? Mungkin sesetengah org memandang cerita ini sbb hiburan kosong, tapi bagi aku ceritanya menyentuh hati dn tangkap nangis juga. Novel2 Aleya Aneesa sebelum ni pun ada saja scene yg mengundang air mata. Rasa macam jadi ratu air mata pulak biler baca novel dia nih. Kalah Neng Yatimah.


Ariana dan Nasuhah bersahabat baik. Melebihi adik beradik. Nasuhah merupakan penyelamat Ariana yg menjadi anak yg baik sejak bersahabat dgn nasuhah. Ariana cuba mengenenkan abgnya Zaen dgn Nasuhah (tanpa pengetahuan Nasuhah) tapi Zaen awal2 lagi dah reject sebelum bertemu mata dgn nasuhah. Dia telah melukakan hati Nasuhah melalui panggilan telefon yg takkan dilupakan Nasuhah sampai bila2.


Pertemuan pertama dgn Nasuhah membuatkan Zaen tak lena tido sbb Nasuhah tu memang lawa giler. dia dah tak ingat pun perempuan yg bernama Nasuhah yg pernah direjectnya sebelum. Nasuhah minta Ariana merahsiakannya. Bermula lah aksi kejar mengejar antara Zaen dgn nasuhah.


Kehadiran Rezuan telah meleraikan ikatan nasuhah dgn ariana. Rezuan cintakan nasuhah tetapi menggunakan ariana utk mendekatinya. Ariana percaya yg Rezuan cintakannya tetapi tiba2 saja Rezuan mahu berkahwin dgn Nasuhah. Nasuhah terima Rezuan sbb mahu lari dari Zaen yg dh macam org gila tu rasanya.


Ariana tahu yg Nasuhah tak pernah tahu yg Rezuan pernah bercinta dgn Ariana, so dia tak nak kacau. Dia percaya Nasuhah akan bahagia dgn Rezuan. dia pun membawa diri ke luar negara. Zaen pulak frust menonggeng sbb awek yg dia bekenan dah dikebas orang. padan muka. dah la ngorat stail 'caveman' org zaman batu. Nak jer, angkut! tak sesuai langsung, menakutkan orang saja.


Tanpa pengetahuan Zaen, Nasuhah menarik diri di saat2 akhir pada hari pernikahannya kerana dia baru tau yg Rezuan pernah lukakan hati Ariana. Dia takkan sanggup merampas kekasih kawan baiknya. Keluarga Nasuhah dan Keluarga Zaen bersetuju utk merahsiakan peristiwa tu dari Zaen sbb takut nanti Zaen tu, dia kejar dan angkut Nasuhah tu entah ke mana2. Bila dia anggap Nasuhah tu bini orang, dia jadi elok dan kurang gatai la sikit. hehe...


lain2 korang baca la sendiri.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dgn abangnya Zaen Luthfi seorg pengurus muda. Sbg seorg adik yg nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi nasuhah dan menghamburkan kata-kata yg nista.


Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba utk mendekati nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.


Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya utk menyelesaikan masalah yg melanda. Namun huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak balik.


Walau bagaimana payah pun, nasuhah mesti berani membuat keputusan yg bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta org yg sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yg tidak pernah wujud di hatinya.

Review 196: Segalanya Untukmu by Aleya Aneesa


Segalanya Untukmu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf21 Sdn bhd
RM 19.90
544 mukasurat

"Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang"


pada pendapat saya, watak Jehanna adalah watak wanita yang paling kuat yang pernah dicipta Aleya Aneesa. Saya amat berpuas hati dengan konsistensi watak ini dalam perjalanan buku setebal 544 muka surat ini. AA mampu mengalunkan kisah drama berat dengan baik dan sudah tentu saya tertunggu karya kelima dgn alaf dengan penuh harapan :) Saya memang suka benar dgn cara AA menggarap watak2 dalam scene sedih kerana ianya sentiasa berjaya menyentuh hati saya. JIka dibandingkan karya2 AA dgn Alaf, saya paling berpuas hati dengan novel ini.


Kisah ini tentang Jehanna Aisya yang mempunyai alasan tesendiri utk mencurigai semua lelaki dalam hidupnya. Ayahnya, Basir dan Abangnya Haled Halmy bukanlah lelaki2 yang boleh dibanggakan dalam hidupnya. Ibunya yang tersayang menghembuskan nafas terakhir di ribaannya ketika usianya baru menginjak 9 thn membuatkan dia cukup benci pada Basir. Haled Halmy yang meletakkan kesalahan pada bahunya juga menjadikan dia insan yang suka meminggirkan diri. Dia membesar dalam keterasingan.


Dia tidak berfikir dua kali utk menjadikan Fahem musuhnya sebaik saja bertentang mata. Walaupun perwatakan sedemikian dipamerkan Jehanna, hati Fahem tetap terpikat walaupun pertemuan mereka sentiasa dihiasi dentuman suara dua nada yang tinggi dan cabar mencabar.


Haled Halmy mempunyai masalah sendiri dgn isteri yang tinggi maintenance nya. Gelap matanya apabila Fahem berani menawarkan wang yang amat diperlukannya utk memujuk hati isterinya. Tetapi Fahem mahukan Jehanna. Sesuatu yang agak sukar utk Haled Halmy memberi jaminan Fahem akan dapat apa yang diingininya. Hajat Fahem ditolak mentah2 oleh Jehanna, membuatkan Fahem berazam utk memikat Jehanna dgn caranya tersendiri.


saya terkilan sikit biler Fahem sanggup berjauhan dgn nyawa, nafas dia sehingga 2 tahun! Rompak jer Jehanna tu dari Haled Halmy. hehe. Apa2pun, i looooooooove happy ending :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

Review 195: Untukmu Sayang by Marwati Wahab


Untukmu Sayang by Marwati Wahab
Terbitan Fajar Pakeer
Rm21.90
590 mukasurat

"Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi."


Kali kedua saya membaca hasil karya Marwati Wahab, tapi bukan sekali dua saya baca karya Aleya Aneesa. Terdetik juga di hati saya, saya lebih suka penulisan 'Marwati Wahab' berbanding 'Aleya Aneesa' sedangkan kedua2 nama itu milik orang yg sama. Characters yg ditonjolkan amat memuaskan dan pasangan yang ditampilkan dalam kisah ini mempunyai chemistry yg kuat dan interaksi mereka sangat menghiburkan.


Pengenalan bab pertama kepada Dasi dan Hazim agak hambar dan biasa tapi kemunculan watak "Yana" membuatkan saya tersenyum lebar. Scene2 sedih yang disampaikan sangat mengesankan dan memang akan turut merasa hiba, berkongsi rasa dengan perasaan watak2 yang ditampilkan. Tapi bagi situasi kampung yg dipaparkan, batas2 hubungan antara Dasi-Farish sgt tidak terjaga. Tahu lah at one point Farish sgt yakin Dasi akan jadi miliknya, tapi tindakannya tu terlalu berani. Yana seperti cepat pulak insaf semasa di kampung tu sedangkan keangkuhan agak tinggi masa mula2 menjejakkan kaki ke sana. Percaya pulak famili Dasi utk membiarkan FArish memujuk Dasi dalam biliknya. Apa2pun saya memang terhibur dgn kisah ini dan buku ini ditutup dengan senyum simpul. :)


"Sekurang-kurangnya dia tahu Azamila dan Dasiera boleh duduk semangkuk"
ni petikan dari muka surat 391. Terfikir gak saya, Azamila ngan Dasiera duduk semangkuk? kalau mangkuk yg buleh duduk, yang kat dalam tandas ler.. takkan nak duduk semangkuk kot. hehe.


Kisah ini tentang Dasiera yang sgt sayangkan Abgnya, Hazim. Namun apabila Hazim memperkenalkan Yana sbg bakal isterinya, membuatkan Dasiera mengimbau kenangan zaman persekolahan, permusuhan yang tidak berpenghujung dgn Yana. Ugutan Yana memaksa Dasiera meninggalkan abgnya lalu kembali ke kampung halaman ibunya. Tanpa disangka-sangka bakal membuka rahsia besar keluarganya.


Pertemuan dgn Farish membibitkan rasa kasih. Apabila dia sudah bersedia menyerahkan hatinya kpd Farish, Yana muncul lagi, dan kali ini Yana adalah adik kpd Farish. Dasiera tahu dia akan kehilangan kasih lagi sekali. Farish keliru dgn keputusan Dasiera dan dia akan membongkar misteri itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, "Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Review 194: Bertakhta Di Hati by Aleya Aneesa


novel ni aku mula baca for the first time sekitar tahun 2007. dan sejak itu memang sekali sekala aku capai buku ni utk ulang baca. antara karya Aleya aneesa yg paaaaling aku suka. Kalau buku ni lunyai, gerenti aku cari baru sbg ganti :)


Bertakhta di Hati by Marwati Wahab
Terbitan NHF Media
RM19.90
597 mukasurat


"Dalam dinginnya salji yang memutih, akukah sebenarnya yang telah menyalakan pelita?"

SEbenarnya dah lama saya nampak novel ni di MPH Alamanda, sejak saya mencari novel Atas nama cinta by Bikash Nur Idris. Kalau lah saya tau 'Marwati Wahab' tu adalah Aleya Aneesa, tentu la awal2 lagi dah beli. Kebetulan semasa surf blog A.A, ada entry pasal buku ni. Kebetulan pulak masa tu dekat2 dgn pesta buku alaf di premis alaf (30/6/07), so sempat la bawak ke sana utk di otograf :) Wah, 2 bulan wo peram buku ni baru sempat baca dgn tenang dan khusyuk.

Ekcili tajuk tu memberi makna yg besar kpd saya dan 'Jiwangans' di jiwangunited. Lagu tema Jiwangans tu. Tajuk lagu yg dinyanyikan AnF di Konsert ke 7 yg byk membuatkan jiwangans jiwang tergolek. btw dah 2 jiwangans queue nak pinjam buku tu.. huhu.. selamat berjiwang! Jiwangans yg lain, sila dptkan di pasaran! :)

Sebelum ni saya dah baca 3 karya Aleya Aneesa, 1.Semusim Rindu 2.Kasih Antara Kita 3.Janjiku Bersamamu

Bagi saya ketiga-tiga buku ini berada dalam kelas yang sama dan dlm komen2 saya ada menyebut tentang rasa tidak puas hati saya terhadap watak utama lelaki yang 'tidak konsisten' macam orang datang bulan la pulak hehe.. tapi sikap yg macam tu la yang buat kita rasa geram bila membaca.. honestly speaking, saya memang sentiasa menantikan cerita-cerita baru dari A.A sebab dia ada specialty dalam menulis cerita scene2 sedih dgn baik sekali. So saya tak ragu-ragu nak beli BDH ni.

Hasilnya? vah!! bravo! best! Saya rasa watak najmi ditulis dgn baik dlm buku ni, tiada langsung masalah konsistensi dalam perwatakan. Ngamlah dengan Rya! Hampir tak percaya yang Marwati Wahab dan Aleya Aneesa adalah orang yg sama. Bagi those yang enjoy 'love-hate' relationship memang wajib baca buku ni. And Aleya Aneesa masih ada sentuhan yang baik dalam menceritakan scene2 sedih dgn berkesan. Tangkap nangis!.. I look forward to reading her next book.

Cerita ni adalah tentang Rya yang ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri selepas 3 hari bernikah dgn Najmi. Rya menjadi bahan tohmana orang kg yang mudah buruk sangka. Najmi terpaksa kerana mengikut kehendak ibu bapanya, dia terpaksa menurut tetapi dia memberontak dgn cara tersendiri iaitu dgn mengahwini sorang wanita inggeris di luar negara dan dapat anak lelaki bernama Aish. Ibu anaknya mahu hidup bebas dan tidak mempedulikan anak mereka. Najmi menjaga anak itu sebaiknya dan menceraikan isterinya. Najmi sentiasa mengingatkan Aish bahwa ibunya adalah Rya.

Rya pula makin sengsara setelah anak perempuannya meninggal dunia selepas dilahirkan. Dia mengumpulkan semula serpihan hatinya lalu melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang lebih baik. 7 tahun kemudian Najmi muncul semula menuntut haknya sebagai suami. Najmi bijak membiarkan Aish memainkan peranannya utk memikat hati keibuan Rya. Sengaja dibiarkan Rya akrab dgn Aish supaya senang dia mengikat Rya semula.

sure fine whatever
Rinn
5 bintang


Sinopsis belakang buku:

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Review 193: Janjiku Bersamamu by Aleya Aneesa


This one is my least favourite utk karya Aleya Aneesa lah. Tapi rasanya kalau dia tulis buku apa pun aku akan baca jugak sbb dah masuk list utk writer yg buku nya wajib dibaca ;)


Janjiku Bersamamu by Aleya Aneesa
terbitan alaf 21 sdn bhd
RM 19.90
508 mukasurat


"Aku datang membawa sejambak kenangan dari halaman mimpi kita buat hari esok"


memula tu ingat ker Aly Rashid hero citer ni, bapa Dhamira rupanya. Citer dimulakan dgn kisah Dami yg berusia 13 tahun, n then muka surat kedua terus jump ke scene Dami dgn suaminya yg masih dimisterikan oleh penulis dan mereka sudah punya anak.


Dhamira dibenci ibu tirinya dan nenek serta datuknya kerana dia berdarah inggeris dan dianggap jahat. Abg tirinya (Effendi) terpikat dgnnya dan cuba memujuk ayah tiri dan ibunya utk mengahwinkannya dgn Dhamira. Dami mencari Za'iem lalu mereka berkahwin. Perkahwinan itu menimbulkan kemarahan Aly Rashid lalu dia dipisahkan dari keluarganya. Ibu tirinya mengambil peluang itu utk menyuburkan rasa benci suaminya terhadap Dhamira.


Kemalangan meragut penglihatan anak kesayangan mereka. bertimpa2 pulak malang keluarga kecil itu, Zamirul buta, Dami dan Za'eim kehilangan kerja. Dami cuba mendapatkan bantuan ayahnya tapi Za'iem melarang sampai sanggup meninggalkan anak dan isteri macam tu saja. anak mereka diculik dan za'iem langsung tak tahu, dia lebih leka melayan gundah gulana sendiri. Fendy cuba menggoda Dami tapi sebaliknya secara tak sengaja membongkarkan kisah dia yg menculik Zamirul.


Kata2 Zamirul menyedar dan menginsafkan nenek dan atuk Dhamira lalu diorang tobat nasuha. Proses penyatuan keluarga mereka menuju ke arah positif, za'iem kembali, Aly rashid menyisihkan isterinya yg busuk hati. tapi Dami cuba memujuk bapanya agar menerima kembali ibu tirinya malah mempertaruhkan diri (yg sedang pregnant) utk menyelamatkan ibu tirinya dari accident.


Tindakan za'iem agak tak logic sbg seorang suami yg bertanggungjwab dia takkan meninggalkan isteri dan anaknya mcm tu saja. walaubagaimanapun cara penulisan Aleya Aneesa masih mengingatkan kita pada 'semusim rindu' dan 'kasih antara kita'. Aleya Aneesa still good at writing scene sedih.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

Review 192: Kasih Antara Kita by Aleya Aneesa


Mengikut kronologi pembacaan aku dulu,ni adalah karya kedua Aleya Aneesa yg aku baca. Aku post kan juga review aku waktu itu tanpa sebarang edit. Nanti aku cari pulak buku ketiga karya penulis ini yg aku baca ;)


Kasih Antara Kita by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
528 muka surat


masa saya semak rekod ulang cetak buku ni agak impressed la sbb buku ni diterbitkan dlm tahun 2006 dn in 2006 alone dah dua kali buku ni diulang cetak. laris gitu! This the 2nd book by Aleya Aneesa yg saya sempat baca, karya nya yg terbaru belum sempat lagi nk baca.

Aleya mempunyai gaya penulisan dan idea yg menarik utk dibaca. cuma kadang2 watak seperti tak konsistent perwatakannya. Sama seperti masalah dlm 'semusim rindu' dulu di mana watak ikhman mempunyai masalah konsistensi. Walau bgaimanapun ceritanya tetap ada tarikan yg tersendiri. dalam 'KAsih Antara Kita' watak Aril Fatah paling tidak konsistent. ataupun mungkin orangnya memang tak konsistent? Tapi agak keterlaluan la. Cakap lain buat lain, dia mengaku bersalah meragut kesucian Emelda tapi pada masa yg sama dia menuduh anak2 emelda tu
anak orang lain, n then biler dapat result DNA bersumpah pulak dia tak pernah meragui kenyataan berkenaan anak2nya. Aril juga mcm sentiasa mengalami 'short term memory loss' benda2 yg jelas dia ucapkan sewenang wenangnya dinafikan dan dibuat2 lupa. Kalau itu semata-mata dibuat utk membangkit rasa marah pembaca, it works! :) I kinda wish lelaki mcm ni tak wujud di dunia ni, memeningkan kepala saja. Sesuatu yg i really like adalah Aleya Aneesa pandai buat pembaca menangis!

huhu.. kadang2 suka jugak baca buku yg mampu membuat kita mengalirkan airmata. menyentuh kalbu gitu. Tapi 'semusim rindu' lagi penuh dgn air mata lah.. naaaaaaaaaaaangis sokmo!

Walau bagaimana pun jelaslah, citer2 cinta selepas kawin memang mendapat sambutan. same goes with 'Kasih antara Kita'. Mengisahkah Emira yg mengandung selepas one-night-stand dgn Aril. Aril ni all rounder, dia dah tak berapa ingat pun siapa mira ni. Mira takut dimarahi parents dia lalu meminta bantuan anak kesayangan dlm keluarga iaitu Emelda. Mira yg menderita kanser takut nak pulang ke rumah setelah melahirkan kembar Nia dan Tia, lalu emelda membuat janji akan
merahsiakan kebenaran dan Nia&Tia diperkenalkan sebagai anak
kandungnya. Nyatalah Emelda dimaafkan dan taklama lepas tu Mira
meninggal dunia dan tinggalh Emelda dgn janji yg masih dipegang kuat.
Statusnya sbg ibu tanpa suami sentiasa menjadi modal orang
sekelilingnya utk mencerca dan mencaci. namun yg betul2 mengenalinya
sentiasa mempertahankannya. Emelda tahu dan kenal siapa yg
bertanggunjwab tapi merahsiakanya lagipun Mira dah pesan, kalau jumpa
org tu, dia nak emelda bgtau yg dia dah memaafkan sebab kesalahan
bukan terletak di bahu lelaki itu saja.

Pertemuan antara Aril dan EMelda menjadi titik tolak rahsia emelda
mula terbongkar. Aril mahu bertanggungjwab dan nekad memperisterikan
Emelda. bila emelda menolak, Aril melibatkan ibu bapanya dan mengaku
kesalahannya. Emelda tahu rahsia yg dipegangnya akan terbongkar
selepas dia berkahwin dgn Aril dan dia tak mahu berpisah dgn Nia&Tia.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakag buku:

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan
untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang
datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada
keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si
kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah
melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan
harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat
malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi
bila melibatkan perasaan orang lain."

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib
bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah
seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap
mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran
terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana
pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang
yang tiada taranya."

Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan
yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?"

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata
tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang,
berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"

Review 191: Semusim Rindu by Aleya Aneesa


Memandangkan aku merancang utk membaca karya terbaru Aleya Aneesa, aku spend masa cuti sambutan merdeka yg lalu di kg sebyk 4hari. Aku abiskan masa2 senggang aku dgn membaca karya2 Aleya Aneesa yg ada dalam simpanan aku. Memang marathon. Semusim Rindu adalah novel yg memperkenal kan aku kepada Aleya Aneesa. masa ni aku tak penah tahu yg Aleya Aneesa dan Marwati Wahab adalah org yg sama. Semusim Rindu membuat aku mengecop Aleya Aneesa sbg penulis air mata. Dia pakar buat scene2 yg buat aku rasa nak nangis.


ni adalah review yg penah aku post suatu masa dahulu ;)


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Semusim Rindu by Aleya Aneesa
(a.k.a marwati wahab)
RM 18.00
460 muka surat

I don't have problem liking this story, best gak baca.. tapi watak hajar tu sedih sokmo, dari mula sampai habis ntah la.. air mato den ni asyik nak kuar jer.. tapi ntah la kot2 masa baca tu memang tengah sensitif kot.. hehe.. memang scene2 sedih digambarkan dengan baik oleh aleya aneesa cuma characters mcm ada krisis identiti, kejap macam ni kejap lagi mcm lain pulak. watak utama hajar, watak yang degil, pendendam, byk menyimpan kisah sedih yg tk dpat dilupakan.


watak ikhman ni conflict sikit, dia ni digambarkan anak yg baik, abg yg baik dengan adik2, solat, tapi ramai gelpren, yg lebih menghairankan dia ni memang la syok kat hajar tapi instead of showing her how much he love her, dia lebih byk menyakitkan hati hajar sampai kadang2 tu tak berapa nak logic la.


firdaus watak bapa angkat hajar pun mula2 masa amik hajar dia baik, jaga hajar mcm anak sendiri walaupun kemudian dia mendapat zuriat sendiri. tapi biler dpt peluang melanjutkan pelajaran dia x bagi, hajar yg sara keluarga lepas isterinya mati dan dia lumpuh akibat kemalangan.


kalau nak nangis leh la baca buku ni.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...


Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...


Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?


Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

Wednesday, March 24, 2010

Review 103: Sudi Jadi Cintaku by Marwati Wahab



Sudi Jadi Cintaku
Penulis: Marwati Wahab
a.k.a Aleya Aneesa
Terbitan : Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789833880997
119 mukasurat
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90


Kisah pendek yg manis. Bagi yg suka kisah jiwang, tentu akan tersenyum simpul bila baca kisah ini. Farihah ni berkawan baik dgn Harith. Tindakan abg kesayangan dia, Fahrin, memaksa dia berbaik dgn Hafsham dan mencadangkan agar mereka berkahwin membuatkan Farihah berani melamar Harith. Dia lebih rela berkahwin dgn Harith daripada Hafsham yg gatai semacam tu.


Harith terkejut dgn lamaran tu dan serta merta menolak. Tindakan itu telah menjatuhkan air muka Farihah yg bertindak mengelak dari bertemu dgn Harith selepas kejadian itu. Harith cuba mewujudkan situasi kemesraan mereka seperti sebelum lamaran itu disuarakan padanya tetapi Farihah sudah bukan Farihah yg dulu. Dia sudah betul2 malu utk berhadapan dgn Harith.


Farihah bersetuju utk mengenali Hafsham dgn lebih rapat demi utk menyenangkan hati abg kesayangannya. Tindakan itu pulak membuatkan Harith sedar yg dia sebenarnya cemburu kalau Farihah rapat dengan lelaki lain. Dia nak dapatkan FArihah balik dan nak terima lamaran Farihah tempoh hari, tapi nak lagi ker Farihah kat dia? Fahrin tersenyum gembira bila rancangan liciknya nampak berjaya :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yg tinggal utknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yg Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sygnya hanya sbg sahabat.


Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yg merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith sedar yg dia mahukan Farihah utk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!


Tapi Farihah... adakah masih mengharapkannya?