Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Emma Maizura. Show all posts
Showing posts with label Emma Maizura. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Review 397: Spanar Rindu Skru by Emma Maizura




Spanar Rindu Skru
Emma Maizura
Editor: Mazuen Yahaya
Harga: RM 19.90
sabah/sarawak: 22.90
ISBN: 978-983-124-558-3
512 mukasurat


"Pejamkan matamu kala rinndu
pasti kau rasa hati kita bersatu"


Reen adalah gadis lasak yang gemarkan automotif. Tindakan ayahnya membenarkan nenek dan datuknya membesarkannya membuatkan Reen semakin sebati dalam dunia permotoran kerana datuknya, Haji Rahim, memiliki bengkel memperbaiki motorsikal. Di situ jugaklah Reen mengenali Amin sejak kecil. Mereka akrab sebagai sahabat. Namun keakraban mereka tidak disenangi bapa Reen. Mula-mula tu ingat ker sebab Amin tu miskin dan mat motor tapi rupanya ada sejarah silam yang menggores hati bapa Amin sehingga menentang habis-habisan persahabatan yang dikhuatiri akan mekar menjadi bibit-bibit cinta sayang.


Perpisahan mereka akhirnya terjadi dan mereka meningkat dewasa dalam suasana berbeza namun kedua-duanya masih tidak dapat lari dari dunia automotif yang menjadi kegilaan mereka. Tanpa sedar mereka bekerja di bawah management yang sama cuma cawangan yang berbeza.


Kekerapan ber'online' akhirnya menemukan mereka kembali sebagai Minah spanar dan Mat Skru. Tanpa sedar, Spanar lebih banyak bercerita berbanding Skru yang lebih banyak mendengar. Aku rasa cara perbualan online mereka agak janggal dengan membahasakan diri masing2 sebagai 'skru' dan 'spanar'.


Bapa Reen nekad mahu dia bertunang dengan jejaka pilihan bapanya, Razin yang merupakan anak kepada rakan perniagaannya. Kebetulan Razin pula sudah jatuh cinta dengan Reen. Reen cuba menerima Razin tetapi kehadiran Razin tidak terkesan di hati. Dia masih terkenangkan Amin. Amin juga digoda Wafa yang juga gemarkan motor tetapi Amin tidak jatuh hati pada Wafa. Sikap bapa Wafa yang mengawal dengan siapa Wafa berkawan merimaskan Amin. Kita yang baca ni pun rasa rimas. Semua orang dia syak tak baik.


Temujanji yang sering tertunggak dengan pengurus cawangan Bangi membuatkan Reen menerjah ke pejabat Amin dan mengejutkan kerena mereka bertemu semula tanpa dijangka. Pertemuan yang membungakan kembali kemesraan antara mereka. Sejak itu Amin selalu dapat amaran supaya menjauhkan diri dari Reen. Razin yang biasanya kelihatan gentleman, terus tersembul perwatakan angkuhnya.


Ayah Reen, Datuk Yussof nekad menyegerakan perkahwinan anaknya. Reen bertindak melarikan diri di hari perkahwinan dan makin marahlah Datuk Yussof tu apabila Reen ditemui di rumah Amin. Kemalangan yang menimpa Reen telah meragut banyak kelebihan dari dirinya. Razin terus menjauh tetapi Amin cuba mendekat. MAsa ni dah nampak cinta atas dasar apa yang membezakan Razin dan Amin. Razin menyintai kecantikan semata-mata tetapi Amin menyintai Azreen dari jiwanya.


Masa nilah terbongkar kisah ayah Reen ni dulu sebenarnya syokkan ibu Amin tetapi ibu Amin kahwin dengan orang lain. So dia anti lah sangat-sangat dengan Amin. Tapi bila tiba masa yang sebegini barulah dia insaf, dia lah punca Reen jadi begitu. Amin redha menerima Reen sebagai isteri tapi takdir Tuhan membawa mereka ke alam lain yang lebih hakiki.


Tak ada scene yang sedih sangat walaupun banyak tragedi menimpa. Penulis bertindak berani meletakkan ending yang sedih untuk kisah ini.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Monday, July 12, 2010

Review 159: Kala Mimpi Bersatu by Emma Maizura


Kala Mimpi Bersatu by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008
RM19.90
500 mukasurat
isbn: 978 9831243930


"Tak akan kurela impianmu menjadi igauan lagi"


Ni kali kedua penulis ini mengetengahkan percintaan berlainan bangsa dalam karyanya. Kali pertama dalam novel "Tiada Noktah cinta" dan kali ni dalam "Kala mimpi bersatu" pula. Kalau dalam TNC antara gadis melayu dgn lelaki cina, kali ni gadis india dengan lelaki melayu pula. Bagi saya, penulis ini sangat konsisten dalam cerita2 yang disampaikannya. Dia mampu membina rangkaian peminat setia dengan gaya penulisan yg konsisten dan menarik begini. Tidak dinafikan saya memang ternanti2 karya2 penulis ini.


Kisah ini tentang Asha yg dibuang bapa sendiri kerana kepercayaan kepada ramalan. Malang tidak berbau, dia tercampak ke sungai berarus deras. Zaiffudin (Budin) membantunya dan beranggapan Asha cuba membunuh diri walaupun Asha menidakkan. Cerita itu tersebar dan Asha sentiasa dipandang serong, namun Ismail dan Nuriah ikhlas dan gembira menerimanya sbg ahli baru dalam keluarga mereka. Mereka mengasihinya seperti anak sendiri. Budin tak dapat menahan hatinya dari jatuh cinta pada Asha. Amanat Asha dilaksanakan lalu menjadikan dia lelaki yang lebih baik tahap ekonominya. Pemergian Asha ke London meragut kegembiraan Ismail, Nuriah dan Budin.


Setelah 5 tahun menyepi tanpa berita, Asha kembali sebagai Dr. Aisyah, kembali menceriakan dunia 3 insan yang paling mengasihinya. Namun ada juga hati yang tidak senang dengan kehadirannya dan sentiasa memburuk2kan dirinya. Pertemuan dgn boss Budin, Nasha memungkinkan Asha kembali kepada keluarganya namun bapanya masih menganggap dia membawa sial dalam hidup mereka sekeluarga. Nasha membuang perasaan cintanya terhadap Budin kerana dia tahu Budin lebih menyintai adiknya, Aisyah. Selain Nasha, Marlia juga menyintai Budin dan sanggup melakukan apa saja asal dapat berkahwin dengan budin tambah2 lagi biler mendapat sokongan penuh dari ibu tiri Budin.


Laluan hidup Aisyah bukannya mudah.


Budin ni pada pendapat saya mcm cintakan Aisyah sebab kecantikannya. Dari segi kepercayaan pada Aisyah agak kurang sbb dia lebih percayakan kata2 orang lain. Dia berat mulut utk mendapatkan kepastian dan cerita sebenar dari mulut Aisyah sendiri.


sure fine whatever
rinn

Also by this author:
Bila Ada Rindu


Ada Cinta Di Hati


Tiada Noktah Cinta


blurb/sinopsis belakang buku:


Kelahiran Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yg sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dgn kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya utk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.


Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dlm hidupnya. Bkn saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dlm denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dgn sendirinya.


Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yg tergantung selama ini harus disandarkan. apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini nama Asha juga telah tiada, yg ada adalah sebuah nama yg cukup indah... Aisyah.


Detik waktu yg berlalu menjadikan Aisyah seorg pencinta yg setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dlm sekelipan sahaja. Bakal ibu mertua yg diharap dpt menyirami hatinya yg ketandusan kasih sayang rupa2nya meracun diri.


Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak kaki ibunya?

Review 158: Tiada Noktah Cinta by Emma Maizura


Tiada Noktah Cinta by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa"


Lepas baca novel Bila Ada Rindu, teringat lah pada karya2 Emma Maizura yg sebelum ini. Aku follow novel2 dari penulis ini sejak novel pertamanya dengan Alaf yg bertajuk Tiada Noktah Cinta. Pada ketika itu namanya sangat baru dlm dunia penulisan, tapi aku la baca lewat, biasala, ketinggalan zaman :)


Walaupun namanya sangat baru ketika itu, tetapi karya pertamanya kelihatan seperti orang yang sudah lama dalam bidang penulisan. lancar, bijak menyembunyi kisah misteri di sebalik watak Fitrah yang menjadi igauan Daniel. Geram jugak aku bila Fitrah ni asyik mengelak saja bila ditanya.. info diberi sedikit-sedikit oleh penulis, cukup utk membuat kita menggenggam pinggir buku dgn lebih erat dan meneruskan bacaan dgn berkobar kobar.


Fitrah terdampar di Labuan kerana dihalau bapanya setelah kesucian diragui. Dia yg dulunya tomboy bergaul dgn lelaki2 di kampungnya tetapi gurauan kawan2 kali ini merosakkan masa depannya. Dia terjaga di sebelah Ismadi yg juga terkebil-kebil spt dirinya. Kesimpulan dibuat, dia sudah hilang harga diri. Fitrah bencikan Ismadi yang sedikit pun tidak membela dirinya dan menceritakan hal sebenar.


Daniel tu bos dia. diorang ni suka sama suka tetapi Fitrah tak membiarkan dirinya hanyut dgn cinta. Dia tak mahu Daniel terluka bila mengetahui kisah silamnya. Ismadi hadir kembali dan masih berminat dgn Fitrah tetapi Fitrah sudah tidak percayakan lelaki itu dan dia tak pernah menyintainya, hanya sahabat. Ismadi memainkan peranannya sbg orang jahat dlm cerita ini. Fitrah terpaksa menceritakan segala-galanya kpd Daniel lalu meletakkan jawatan tanpa pengetahuan Daniel. Simpati dan cinta makin tebal di hati Daniel tetapi Fitriah menghilang. Bapanya pula memaksanya menerima Diah, sahabatnya sejak kecil demi membalas budi baik ibu bapa Diah terhadap bapanya. Daniel dalam dilema.


Dgn kekuatan yg diberikan abangnya Fitriah pergi mengadap ibu dan ayahnya. sedikit demi sedikit perubahan dirinya berjaya mencuit hati bapanya yg pernah membuangnya, tetapi Ismadi tu badigol betul.. ada saja benda dia nak buat utk memporak perandakan hidup Fitriah. Disangkanya Fitriah akan melutut merayu agar mereka berkahwin tetapi, Daniel terperangkap ketika bersama Fitriah utk menenangkan gadis itu terpaksa mengahwini Fitriah sedangkan esoknya adalah hari nikahnya dgn Diah yang langsung dia tak ingat.


Bermula konflik kisah yang lebih berat dlm novel ini. Ntah kenapa aku rasa kisah ni sedih sangat.. atau pun aku tengah sensitif sekarang ni? ntah la..


Geram betul dgn Ismadi yang masih rasa tak bersalah walaupun dia memang bersalah.. i kinda of wish biar mampus kena langgar lori.. and tersenyum aku bila betul2 dia kiok lepas kena langgar lori.. haha.. walau apapun.. aku rasa tak rugi baca sbb happy ending :) hehe.. can't help it.. i looooooooooooooove happy endings... la la la...


Also by this author
Ada Cinta Di Hati


Kala Mimpi Bersatu


Bila Ada Rindu



sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Entah silap siapa, persahabatan menjadi ingauan ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.


Hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperti dikejar oleh bayang-bayang sendiri. Begitu takut untuknya berpaling apatah lagi melangkah. Bagi dirinya di kira kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah. Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas. Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu. Dan... dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.


Sesekali Fitrah ingin membebaskan diri daripada rantaian kenangan itu. Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai. Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah? kadangkala dia rimas dengan belenggu itu. Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dgn kasih sayang.


Kehadiran Daniel seperti tepat pada ketikanya. Tetapi Fitrah seakan bermain dgn masa. Baginya cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan! Namun, gembirakah Fitrah dgn keputusan itu? Atau, luka lamanya akan berdarah kembali?


RM17.00
420 muka surat

Review 157: Bila Ada Rindu by Emma Maizura


Bila Ada Rindu
Penulis: Emma Maizura
Cetakan Pertama 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
502 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"


Tema yg dibawa EM dalam novel keempatnya ini agak berat dan menyentuh masalah gejala sosial yg semakin serius sekarang ini. Gadis tidak bersalah mengandung setelah diperkosa tetapi disingkir oleh orang kampung.


Orang asing pulak yng bersimpati, tetapi kelahiran anaknya telah meragut nyawanya. Tetapi kisah ini bukan tentang ibunya, ianya tentang Dalyla yg dipelihara penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya sehingga dia sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah anak angkat. Dia membesar sbg anak manja yg ayu dan dikawal rapi ibu bapanya yg bimbang dengan masalah sosial zaman sekarang dan bimbang nasib ibu kandung Dalyla akan menimpa dirinya pula.


Mereka ada sebab utk lebih risau lagi apabila Dalyla menjadi perhatian jejaka kacak, Eriel yg digilai ramai wanita.


Ibu dan ayah Lyla memaksa dia mengahwini sepupunya, Zahim supaya rahsia kelahiran Dalyla dapat disembunyikan tetapi Zahim sendiri gagal membendung perasaan memberontaknya kerana dia enggan memperisterikan anak luar nikah spt Lyla.


Alasan Lyla dan Eriel dituduh berdua-duaan digunakan utk memutuskan pertunangan mereka. Lyla redha dan rahsianya sudah bukan rahsia lagi. Ibu Eriel tak mahu Eriel merapati Lyla lagi.


Lyla semakin matang menempuh hidup walaupun pada mulanya dia cuba menjauhi ibu bapa angkatnya. Namun alongnya telah menyemai kesedaran sebenar dlm jiwanya. Setelah dia mula stabil dalam hidupnya, Eriel muncul semula dan kali ini dia nekad mahu memperisterikan Lyla.


Kehidupan berkeluarga mereka tidak mudah, tambah2 pula dgn kehadiran Shira yg tak pernah jemu menghina latar belakang Lyla tambah2 pula dia disokong ibu Eriel.


Bagaimana Lyla berjaya curi hati ibu mertuanya? kena baca sendiri lah.


Watak macam shira dan ibu Eriel tu kelihatan sgt tipikal dan agak selalu kita baca dan mungkin susah nak distinguish dgn watak2 lain yg ada ciri2 yg hampir sama. Hhingga buat aku terfikir. Datin2 semua nak menantu macam Shira ke? Dari dpt menantu mcm shira, baik lagi la si Lyla tu walaupun dia anak luar nikah tapi dia pandai menjaga adab sopan dan maruah diri.


also by this author:

Ada Cinta Di Hati


Kala Mimpi Bersatu


Tiada Noktah Cinta




sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Hidup Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi ank kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dgn siapa dia berkawan sering menjadi perhatian org tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dgn situasi itu, namun dia akur... kasih sayang ibunya melebihi segala.



Namun, siapa sangka... di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yg terbongkar. Gelaran anak angkat yg berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segala imian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.


Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih...


Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

Monday, August 10, 2009

Review 7: Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura




Tak tau nak baca buku apa minggu ni? ha ni saya nak rekemen novel hasil karya Emma Maizura yang meletup2 di pasaran masa mula2 kuar dulu dan sekarang ni pun masih laris lagi. citer kawin paksa, sebab tu la ramai orang suka kot :)

ni saya post kan review yg pnah saya post dulu :)

Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

Memang tak rugi beli buku nih.. kisah cinta selepas kawin.. patut la laris semacam jer dan memang ramai yang merekemen kan buku ni. Sebaik saja saya abis baca buku ni, Diana tak buang masa, dia pun baca dan sekejap jer dah abis.. bangun pagi subuh2 tu dia tersengih sambil kata 5 bintang! apa 5 bintang subuh2 confuse jugak. haha.


and baru2 ni kak ima pun bersemangat jugak baca buku tu, aku taulah diorang ni taste memang sama. dan memang kak ima pun suka sangat2 citer nih, siap pinjam angkut bwk balik Kuantan lagi ha walaupun dah abis baca.


Bukan kali pertama saya baca karya Emma Maizura, sebelum ni saya pernah baca kisah "Tiada Noktah Cinta" oleh penulis yg sama. Saya masih ingat lagi kisah Daniel dan Fitrah dalam kisah itu... ada jugak la sikit2 unsur kisah kawin paksa. Bagi saya kisah Tiada NOktah Cinta adalah lebih berat dan lebih sedih berbanding Ada Cinta Di Hati ni.


Kisah kembar macam ni memang dah penah baca sebelum ni seperti Kasih Antara Kita (Aleya Aneesa) dan Meniti Bahagia (Zihasra Aziz) dan memang ketiga-tiga buku ini mengalunkan kisah cinta selepas kawin atau kisah kawin paksa ni.. Setiap satunya mempunyai daya tarikan yang sendiri walaupun genre nya sama. Ada Cinta Di Hati ada identiti tersendiri dan memang takkan terkeliru dengan Kasih Antara Kita atau Meniti Bahagia. Saya tak pasti pulak kalau ada kisah2 lain mengenai kembar yg sebegini. Walau bagaimanapun, tetap wujud perasaan dejavu bila membaca kisah ini. Terutamanya bila dibandingkan dengan Meniti Bahagia. Tetapi part 'hati' tu memang mengikat Adreena dan Syukri selama-lamanya dan cukup membuktikan perasaan sebenar Syukri buat Adreena namun keraguan yg disuntik Adlyna membuatkan Adreena meragui cinta Syukri.

blurb belakang novel ini memang lebih dari cukup utk menarik perhatian peminat2 genre ini utk membelinya.

Hmm part derma hati tu memang tak disangka tapi saya hairan kenapa proses penyembuhan Syukri terlalu pantas berbanding Adreena. Dalam kes derma hati, penderma mungkin menghadapi komplikasi yang sama seperti penerima hati seperti jangkitan semua tu. tapi Syukri tu cepat betul sembuhnya!


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:
Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.





Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.





Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.





Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.
Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?




RM 19.90
544 mukasurat