Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Nak Habaq Mai. Show all posts
Showing posts with label Nak Habaq Mai. Show all posts

Friday, December 2, 2011

76767



cantikla nombor hit counter blog ni yang sempat aku capture tadi. terima kasih semua yang sudi menjengah. Tak der la aku merapu sorang2 kat sini.TERIMA KASIH!!!

sure fine whatever
rinn

Monday, May 3, 2010

Baru dari Jemari Seni & KarnaDya



Tajuk: Sweet sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul


“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.”Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!


----------

Tajuk: Salahkah Aku
Penulis: Aimee Nour
Terbitan KarnaDya Solutions


Sinopsis:
Maria mahu mencari ketenangan, lalu dia terbang ke kota London untuk bercuti. Sangkanya percutian kali ini boleh melapangkan pemikirannya yang kusut. Namun, semuanya bertukar haluan setelah Maria bertemu dengan seorang tukang tilik, Lady M di satu tempat ketika menemani rakan karibnya Nora. Percutiannya semakin rumit apabila Maria mulai jatuh hati dengan seorang lelaki misteri, Ammar yang muncul tiba-tiba.

Dirinya hanyut seketika di dalam igauan dunia tilikan yang diperkenalkan oleh Lady M dan pujukan mesra Ammar yang membuai emosi dan perasaannya. Namun, impiannya untuk mendapat percutian yang tenang dan damai terhalang apabila berlaku beberapa kejadian dan amaran yang mencurigakan. Nora pula seolah mahu menjauhkan diri daripadanya. setelah pulang ke Malaysia. Semuanya gara-gara Lady M dan Ammar yang mengundang misteri dan merubah segala-galanya.

Siapakah Lady M dan Ammar? Mengapakah semuanya berubah setelah mereka muncul di dalam hidupnya?

Ikutilah kisah Maria di dalam novel yang penuh tragis dan suspens yang merungkai erti persahabatan, kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang.

Friday, April 16, 2010

Novel2 baru di pasaran


Kau Selalu Ada
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Durrah Fatiha
ISBN: 978-983-124-537-8
Terbitan Alaf 21


Sinopsis:


MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.


Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin.


Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan.


Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!



Kasihku Satu
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Amiza Anaz
ISBN: 978-983-124-531-6
Penerbit Alaf 21


Sinopsis:


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang disangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?


Coklat, Bunga & Si Cupid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
Penulis: Zara Amani

Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.





Cinta Dua Benua
Aliaa Rohani
RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-31-0
Terbitan Buku Prima


Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah. Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.

Thursday, April 1, 2010

Baru April 2010: Kaki Novel



Ku Percaya Ada Cinta
Penulis: Rudi Hirdy
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM20 AHLI: RM16
SABAH & SARAWAK: RM 23 AHLI: RM 19


"Kadangkala... kebetulan itu satu detik permulaan yang indah"



Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.


Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.
Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel.

Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?


Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?


----------



Anugerah Cinta
Penulis: Nurul'Ain
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM19 AHLI: RM15
SABAH & SARAWAK: RM 22 AHLI: RM 18


Cinta yang ada pada hati adakalanya satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima.


Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembok besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali yang kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan...


Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam. Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya.


Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.

Thursday, March 18, 2010

Jadual KN & FP dan Buku Baru di PWTC











Buku-buku ni akan mula dijual sepanjang 10 hari pesta buku pwtc nanti :) maklumat lanjut sila ke blogspot fajarpakeer. (click photo for larger image)







Wednesday, March 10, 2010

TEMUI MEREKA DI PWTC NANTI!

Ni promo-promo untuk pesta buku di PWTC dari 19 hingga 28 Mac 2010. Tak lama lagi dah tu... (untuk maklumat lanjut boleh terus ke website penerbit2 ini ya?) and Klik gambar untuk imej yg lebih besar kalau tulisan tu ada yg tak clear :)


































KarnaDya di Pesta buku Popular Bookstore


Popular Bookstore menganjurkan pesta buku yang akan dihadiri oleh beberapa orang penulis KarnaDya. Sesiapa yg sekitar kawasan Seremban ngan Kuantan bleh la menjengah ke sisi Autograf KarnaDya :)


Butiran-butirannya adalah seperti berikut:


Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Aina Emir & Mimie Afinie

Tarikh: 12 Mac 2010 (Jumaat)

Masa: 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat: 2nd Concourse Area, Berjaya MegaMall Kuantan, Pahang.



Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Dalila Sabri & Alfi Mohd

Tarikh: 13 Mac 2010 (Sabtu)

Masa: 4.00 pm – 5.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban



Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Hasif Hamsyari & Balqis MZ


Tarikh: 14 Mac 2010 (Ahad)

Masa: 2.00 pm – 3.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban

untuk maklumat lanjut, sila ke laman web KarnaDya Solutions :)

Thursday, October 1, 2009

Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi


SEBARKAN PADA RAKAN TAULAN ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI




ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.



Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi. Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:




Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009




Tempat: Akademi Karangkraf




Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15

Shah Alam, Selangor.




Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang




Peserta: 27 orang




Yuran: RM35


Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.





Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077.



Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel ke alaf@alaf21.com.my



Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah



kad raya pun hantar guna emel jer :) tapi ingatan tu yg penting kan?


Terimalah 4 rangkap pantun (pantun ke? tepuk dahi cikgu BM aku kalau tengok ni) yg special dari aku. haha... idea pagi2 Khamis 28 Ramadhan 1430H yang damai:

Ramadhan pergi
Syawal menjelma
Puasa tak abis lagi
Dah sibuk nak raya :p


Ramadhan pergi
Syawal menjelma
Kuih raya tak buat lagi
Susah2 gi beli aja


Ramadhan pergi
Syawal menjelma
Kita sambut Aidilftri
Doa dan al Fatihah buat yg telah tiada


Ramadhan pergi
Syawal menjelma
Kususun 10 jari
Ampun dan maaf kupinta


SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
--
Sure fine whatever
Rinn

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan al Mubarak!









Nampaknya kita stat posa esok lah Sabtu 22 Ogos 2009. Jadi aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat berpuasa buat kawan2 semua yg sudi menjengah ke sini walaupun macam sunyi jer kat sini. hehe.
First day posa aku plan nak balik kampung lah dgn mak aku sekali. So kumpul ramai2 la kat rumah sbb dah cuti skolah ni. Adik2 aku 2 orang cikgu, so diorang bleh la balik. Skali-skala meriahkan rumah sebelum raya.
Tahun ni adik aku yg memang dok kat kampung nun, sibuk giler buat kuih. bukan kuih utk raya kitorang tapi dah amik tempahan sana sini dah. Aku kagum la dgn adik aku yg tu yg sentiasa bersungguh-sungguh menaikkan taraf ekonomi family dia. aku tau banyak dugaan menimpa dia setahun dua ni and she's a very very strong woman. Aku doakan semua yg terbaik utk kaksu suami isteri :) Aminnnn.
Lirik lagu yg berkumandang di telinga kalau masuk bulan ramadhan ni mesti lah lagu ni: Harapan Ramadhan :) nyanyian Raihan & Man Bai.
Ku mengharap kan ramadhan
kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yg pantas berlalu
Hingga tak terasa
Ku berada di bulan ramadhan
Semula
Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dgn sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yg diperintahNya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan ramadhan...
Berlalu saja
Tuhan bimbinglah daku yg lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku bermohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi Selangkah
Dengan rahmatMu Oh Tuhanku
Ku tempuh jua
--------------------
oklah... selamat menghayati ramadhan dlm erti kata sebenar dan byk bonus yg boleh kita kumpulkan utk bekalan akhirat kelak. Selamat mengumpul mata bonus ya!
sure fine whatever
rinn

Tuesday, August 4, 2009

Novel Islamik = Cover Sepasang Mata?











































Masa ronda2 kat pesta buku Selangor weekend minggu lepas, aku ternampak satu rak yg bersusun novel2 yg diletakkan dlm genre Islamik. Lagi buat aku tersengih biler tengok covernya hampir semua memaparkan wanita bertudung litup dan nampak bijik mata saja. Nampak simple tapi sebenarnya cover yg macam ni ada tarikan yg tersendiri. Tapi bila dah banyak sangat aku pun dah confuse which is which.


Ada jugak la cover yg menampakkan seluruh wajah, tapi yg nampak bijik mata tu kadang2 macam haunting lah pulak. hehe..

sure fine whatever
Rinn

Thursday, July 30, 2009

The Power of Friendship


Found this in my inbox. Thanx sueailee for sharing. This story touches my heart. Pagi2 rasa nak nangis. Bukan sbb sebab sedih, errmm sebab apa ye? i'm touched by this story. aku tau ni citer omputeh tapi kita amik pengajarannya :)


One day, when I was a freshman in high school, I saw a kid from my class was walking home from school. His name was Kyle. It looked like he was carrying all of his books. I thought to myself, 'Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd.' I had quite a weekend planned (partiesand a football game with my friends tomorrow afternoon), so I shrugged my shoulders and went on.


As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him. They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt. His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him... He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes My heart went out to him. So, I jogged over to him as he crawled around looking for his glasses, and I saw a tear in his eye.


As I handed him his glasses, I said, 'Those guys are jerks.' They really should get lives. 'He looked at me and said, 'Hey thanks!' There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude.


I helped him pick up his books, and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before.. He said he had gone to private school before now. I would have never hung out with a private school kid before. We talked all the way home, and I carried some of his books.



He turned out to be a pretty cool kid. I asked him if he wanted to play a little football with my friendsHe said yes. We hung out all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him, and my friend thought the same of him.


Monday morning came, and there was Kyle with the huge stack of books again I stopped him and said, 'Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday! ' He just laughed and handed me half the books.


Over the next four years, Kyle and I became best friends. When we were seniors we began to think about college. Kyle decided on Georgetown and I was going to Duke. I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem. He was going to be a doctor and I was going for business on a football scholarship. Kyle was valedictorian of our class.


I teased him all the time about being a nerd. He had to prepare a speech for graduation. I was so glad it wasn't me having to get up there and speak.



Graduation day, I saw Kyle. He looked great. He was one of those guys that really found himself during high school. He filled out and actually looked good in glasses. He had more dates than I had and all the girls loved him. Boy, sometimes I was jealous! Today was one of those days.


I could see that he was nervous about his speech. So, I smacked him on the back and said, 'Hey, big guy, you'll be great!' He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled. 'Thanks,' he said.


As he started his speech, he cleared his throat, and began Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years. Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach...but mostly your friends.... I am here to tell all of you that being a friend to someone is the best gift you can give them. I am going to tell you a story'


I just looked at my friend with disbelief as he told tale about the first day we met. He had planned to kill himself over the weekend. He talked of how he had cleaned out his locker so his Mom wouldn't have to do it later and was carrying his stuff home. He looked hard at me and gave me a little smile.


'Thankfully, I was saved. My friend saved me from doing the unspeakable..'

I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment. I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile..


Not until that moment did I realize it's depth. Never underestimate the power of your actions.. With one small gesture you can change a person's life. For better or for worse. God puts us all in each others lives to impact one another in some way.

Look for Good in others.

Wednesday, July 29, 2009

Mood Membaca Kembali!











Lebih sebulan mood membaca novel aku lari entah ke mana. Nak abiskan sebijik buku pun sudah, kalau ada yg aku abis baca pun rasa mcm tak consentrate ja, kena ulang baca balik sbb aku jadi weng semacam. hehe... minggu lepas dgn minggu ni (hari ni khamis) aku berjaya menghabiskan 4 buah buku walaupun aku ni tak berapa sihat.. ekon kat opis ni tahap kutub utara daaaa.. mengong betui, macam mana nak buat keja.. rasa mcm nak amik cuti jer sbb tak bleh nak function la kat opis ni.
hopefully mood yg mcm ni berpanjangan sbb aku ada baaaaanyak buku kat rak yg nak dihabiskan.. dah la plan nak beli buku baru... TOO MANY BOOKS TOO LITTLE TIME :)
Atau aku kena menahan diri dari membeli buku tak kira lah byk mana org rekemen suruh beli dan baca.. hehe masalahnya, boleh ke? Teringat chatting ngan kucc tadi... kita sebagai pembeli novel, ada hak sbg pengguna, so review novel tu mcm nak menyatakan tahap kepuasan kita terhadap produk yg kita beli. hehe.. i like tht opinion :)
sure fine whatever
rinn