Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Oshun Muhamad. Show all posts
Showing posts with label Oshun Muhamad. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Buku 719: Antologi Jiwa Kacau - Himpunan Kisah Thriller

5 kisah thriller dari 5 penulis thriller berbakat besar. Eik? sorang jer lelaki? baki 4 lagi adalah penulis wanita!
Cover depan Jiwa Kacau.

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding. lebih 500 muka surat juga.

butiran penerbitan dan senarai tajuk dalam antologi Jiwa Kacau

Kisah pertama dalam Antologi ini adalah Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elee Mardiana

kisah kedua dalam Antologi Jiwa Kacau adalah Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai

Kisah ketiga adalah Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana
 

Kisah keempat dalam antologi ini adalah Buru Bayangan Rindu oleh Dhiya Zafira. Ada sedikit update mengenai Sid dan Ari dalam kisah ini :)

antologi ini ditutup dengan kisah Cinta berdarah oleh Salina Saleh.

Antologi ini ditamatkan di muka surat 552
 
Antologi Jiwa Kacau
Himpunan Kisah Thriller
 
Penulis-Penulis:
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
 
Editor: Syamel Yusoff
Terbitan Alaf 21
552 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
 
1. Tragedi di Lampu Isyarat by Elee Mardiana
Aku tak pasti sama ada aku penah baca karya beliau bersama Alaf 21, tapi aku penah baca Pak Mat Kang dalam satu kompilasi terbitan KarnaDya :) memang memorable kisah tu. Kisah yang unik dan melucukan. Masa baru aku tau Oshun Muhammad tu Elee Mardiana :)
Tragedi Di Lampu Isyarat menyerlahkan Elee Mardiana sbg pengalun rentak thriller yang baik. Walaupun tiada hantu, keseraman tetap menyusup di beberapa sudut cerita. Debaran dan mood thrill dibiarkan menyelubungi cerita dengan baik dan penuh tanda tanya. Tahniah buat penulis.
Tragedi di Lampu Isyarat membawa kita mengenali Rita dan dari Ritalah kita dibawa menelusuri jiwanya yang terisi dengan misteri Jo dan Jul. Pengaruh Jo dan Jul yang tidak pernah dikenalinya adalah sangat besar dalam hidupnya kini. Dia menyelami kisah mereka dan itu membuatkan dia meninggalkan kota New York dan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Bahasa asing yang sering diracaunya ketika tidur adalah bahasa Melayu dan nama tuhan yang sebut-sebutnya adalah nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jiwa dalam tubuhnya melepaskan rindu di Malaysia.
Mukhlis menjadi sasarannya untuk membongkar misteri kehilangan Jo. Perangkap hebat dipasang sehingga kita sendiri tidak terfikir cara ini yg digunakan Rita utk menbongkar rahsia. Rita tersalah umpan, namun 'pukat tundanya' mengena juga. Habis semua terjerat, dari ikan paling kecil sampai ikan paling besar. Patutlah ustaz ustazah siap bawak air zam-zam pun tak menjadi. SEdangkan diorang tu teror bab mistik2 ni :)

meRinnTis Blurb/sinopsis belakang buku:
Tragedi di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dgn surat Jul yg berada dlm dirinya. Jul meminta pertolongan Rita utk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
2. Menari Dalam Duka by Attokz Dikulgai
Membawa menelusuri kisah kehidupan taiko dadah. Ghazem, Arzam Domino dan Tria, anak-anak malang yang dipelihara Tuan D. Apabila meningkat dewasa mereka sudah biasa dengan urus niaga dunia gelap milik Tuan D. Ghazem dan Arzam semakin cekap dan disegani orang-orang Tuan D. Sikap tamak mula menguasai Ghazem sehingga sudah tidak mempedulikan sahabat baiknya Arzam. Arzam sanggup ditentang demi menjatuhkan Tuan D. Tria dan Arzam saling memendam perasaan namun perasaan mereka tidak direstui Tuan D yang turut menaruh hati pada Tria.
Arzam disabotaj ketika beroperasi. Dia dikhianati. Peristiwa itu membawa dia ke dlm sebuah keluarga kecil yang memberinya ketenangan. Dia mahu berubah namun ingata kepada Tria membuat dia mahu membawa gadis itu keluar dari dunia noda bersama-samanya.
Banyak jargon dunia pengedaran/penagihan dadah yang dikongsikan penulis dengan pembaca. Kematian Ghazeem yang sekadar disampaikan melalui Kayrol ala-ala sinopsis kepada Arzam buat ia kelihatan seperti terlalu mudah berakhir. Namun bila kita baca sampai ke perkataan 'tamat' dalam kisah ini, kita tahu ianya mungkin tidak tamat di situ sahaja. Kisah ini mengingatkan aku betapa berkobar-kobarnya aku nak baca 'Gapura' karya Zehan Ur Rakhie. Tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi buku tu. Mungkin kena pinjam dari sapa2 kot :)
sinopsis/meRinntis sinopsis belakang buku:
Arzam Domino terlibat dgn kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap., Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.
 

3. Dendam Bunga Dahlia by Lynn Dayana
Pembunuhan dan rancangan membunuh yang menjadi hiburan buat pendendam. Demi melunaskan rasa tak puas hati org yang dekat dengannya, dia mencari mereka satu persatu. Disebabkan ada perkataan bunga dahlia, aku ingat ker pembunuh tu perempuan (sebab terpengaruh dengan cerita Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim sebenarnya :) Kronologi cerita yang predictible untuk cerita ala-ala I know what u did last summer ni tetapi unsur debar dan thrillernya tetap ada untuk membuat kita tidak berenti selagi kisah pendek ini tidak berakhir.
 
meRinnTis Sinopsis/blurb belakang buku:
 
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yg lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorg pembunuh yg memburu mereka utk membalas dendam.
 
 
4. Buru Bayangan luka by Dhiya Zafira
 
Menggarap kisah seringkas ini pun Dhiya Zafira mampu menyampaikan kisah dengan sangat baik sekali. Watak Azalea mungkin kelihatan weng tetapi dia ada kekuatan tersendiri yang membuatkan ASP Adha Hijazi tertarik untuk mengambil tahu tentang kes pelik gadis itu. Dia mengaku menembak seseorang yg telah menceroboh biliknya tetapi apabila polis ke sana untuk menyiasat, mayat itu telah hilang. Later terbongkar kisah Azalea yang delusi dan pernah membunuh diri. Semua mungkin berkata 'patutlah' tetapi Adha masih ada kepercayaan pada Azalea yang kelihatannya seperti seorang yang sangat yakin. Keprihatinan Adha bakal membongkar sesuatu yang telah dirancangkan sejak 10 tahun yang lalu. Berjayakah dia menyelamatkan Azalea?
 
 
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
 
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kpd mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 thn, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yg percaya cerita yg disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
 
5. Cinta Berdarah by Salina Salleh
 
Memang jiwa kacau aku jadinya lepas baca kisah ni. Dialog-dialog yg aku rasa penuh dengan jeritan yang meluahkan rasa tension dan sakit hati yang membuat aku pulak yang jadi jiwa kacau. blurbnya sudah lebih dari cukup untuk menceritakan tentang kekacauan dalam jiwa Helmi.
 
meRinnTis blurb/Sinopsis belakang buku
 
Helmi kehilangan tunang tersayang dlm satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yg dihadapi, dia mula menjejak pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh org yg disangkakan pembunuh tunangnya.
 
sure fine whateverr
Rinn
 

Saturday, September 11, 2010

Review 200: Biarlah Kusendiri


Biarlah Kusendiri by Bikash Nur Idris, Dewi Sukma, Izza Aripin, Mimie Afinie, Oshun Muhamad, Tanne Hadihaz
Terbitan KarnaDya Solutions
(Kumpulan Cerita-Cerita Menarik)
RM16.00
315 mukasurat.


Rasanya kali kedua saya beli citer pendek dlm bentuk kompilasi, selepas Buatmu Kekasih karya Aisya Sofea. Sebab utama saya beli buku ni tentula nama Bikash Nur Idris yang tertera di cover buku ini. Siap order lagi dgn pakcik kedai buku kat Puduraya. hehe. Dapat jer buku ni saya terus selak ke muka surat 211 utk membaca NOPEN karangan Bikash Nur Idris yg bertajuk "Aku Cinta Padamu". Memang dah lama rindu dgn karya baru Bikash. Bikash never fail to create a jiwang mode between the main characters. Adam menggunakan pendekatan yang sama dgn Akif Zamani (dlm Kau Sayangku) untuk memerangkap Jan agar meluahkan perasaannya.
Adam: "Mmm... isteri Adam tak boleh kerja tau."
Jan: "Tapi Jan nak ker..."


Serba sedikit kisah "Aku Cinta Padamu" Jan dan Adam sudah lama bersahabat dan mereka kekal sbg sahabat pena (jan di KL Adam di Penang) walaupun sudah 11 tahun berlalu. Jan sudah lama cintakan Adam tetapi setelah Adam memperkenalkannya kepada Izani yang cantik jelita, Jan kecewa dan tidak menggantungkan harapan kepada Adam tambah2 Izani pernah warning dia yang Izani adalah kekasih kawan baiknya. Izani menganggap Jan tidak padan dgn Adam. Warkah terbaru dari Adam mengajaknya keluar bersama, Jan siap angkut dua lagi rakan serumahnya sbg teman. Izani mulanya seperti memarahi Adam tetapi kemudian mcm menggalakkan Adam mendekati Jan pulak, tambah2 masa tu Ash tengah mengayat Jan yg dah serba salah. Adam akhirnya dtg kpd Jan dgn cinta dan Jan takkan mengelak. *sengih*


SEbenarnya lepas baca "Aku Cinta Padamu" saya terus tutup buku tu dan sambung pembacaan buku yg sedang saya baca, sehinggalah minggu lepas saya berkursus 4 hari di KL dan saya travel daily dgn ERL dan teksi. saya jadikan buku ini teman perjalanan saya dan berjaya menghabiskannya.


Tajuk "Biarlah Ku Sendiri" itu diambil dari NOPEN karangan Mimie Afinie yang mengisahkan Suria yang sering gagal bercinta. PErtunangannya sentiasa putus di tengha jalan apabila dia membuka kisah sejarah hitam hidupnya kpd lelaki yang berkenan memperisterikannya. Semua yang berlalu pergi kecuali Nasri, tapi ada takdir yang lebih besar yang menyelubungi Nasri.


NOPEN kedua bertajuk Merajuk. Tajuknya macam biasa saja tapi saya rasa teknik penceritaan Oshun Muhamad agak menarik. Nurin menyingkap rahsia keluarganya kpd suami tercinta melalui helaian2 album yang diselaknya. Description gambar yg dilihat diselang seli dengan flashback Nurin mengenai kisah hidup silamnya yg penuh kesedihan disiksa keluarga sendiri semata-mata kerana harta.


NOPEN ketiga bertajuk Cinta Terakhir by Izza Aripin. Cinta yang berbunga mekar di zaman persekolahan, tetapi akibat fitnah dan perangkap Shah Firdaus dan Kay Azlinda saling membenci. 10 tahun kemudian kebenaran terbongkar membuatkan Shah Firdaus mencari kay Azlinda dan mahu menyambung kasih. Kay Azlinda menyesal kerana Shah Firdaus tidak percaya kpdnya dan perlu membuktikan yg dia bersungguh sungguh dgn mencabar Shah Firdaus mencarinya di bandar Tokyo (ni bandar padat dgn penduduk nih). Shah Firdaus merasakan harapan makin berbunga.


NOPEN keempat bertajuk Pelangi Senja by Dewi Sukma (adik beradik Putera Sukma ke? Penulis jugak tu). Rin bertemu semula dgn anak majikan ibu bapanya di menara gading. Dia tidak berani menyimpan perasaan kpd Farhan krn sikap ibu Farhan yg mementingkan darjat. Farhan meluahkan rasa suka kpd rakan sebilik Rin, Nurul Azwa yg dipanggil kak long. tapi kaklong sudh berpunya dan kemudian menderita penyakit kanser. Kaklong meninggalkan sebuah diari yg mengandungi wasiat utk Farhan & Rin. dia seperti dpt membaca perasaan Rin. 10 tahun berlalu Rin bertindak tidak mempedulikan wasiat itu namun Farhan pula seperti mahu menunaikan wasiat itu walaupun Rin sudah bertunang dgn sepupunya atas aturan keluarga. Namun tunangannya curang dan pertunangan terputus, Rin terkedu apabila ibu Farhan yang sudah insaf mahu menerima Rin sbg menantu demi memenuhi wasiat kak long.


NOPEN kelima 'Aku Cinta Padamu' by Bikash nur idris. kat atas dah citer so kiter terus ke NOPEN keenam, Pak mat Kengkang by Oshun Muhammad. Surprisingly NOPEN keenam ini yang paaaaaaling aku suka. Oshun Muhammad managed to make me laugh out loud masa dalam ERL sampai semua kepala terjengah keluar mencari 'bunyi apa tu?' haha.. yg gelak kuat tu part pak mat kengkang 'bertahan' kat atas pokok dengan kain pelekat yang kian melurut ke bawah sedangkan masa tu ada sekor babi hutan moody kat bawah pokok dok menunggu nak menyondolnya. Oshun Muhammad juga berjaya membuatkan saya menitiskan air mata masa membaca NOPEN yang penuh pengajaran dan peringatan ini. Pak Mat Kengkang yang gemar menggunakan soalan "Ada duit tak?" sering menimbulkan salah faham org yang baru mengenali dirinya tetapi bagi Hamdan Pak Mat Kengkang membuka pintu rezekinya. Kebaikannya kpd Pak Mat Kengkang menimbulkan salah faham anak dan isterinya. Hamdan perlu membuka mata mereka utk mengerti mulianya kedudukan Pak mat Kengkang dlm keluarga mereka.


NOPEN terakhir, ketujuh, 'Sebuah Kepalsuan' by Tanne Hadihaz. Ain yg sebatang kara tiba2 mengetahui dia mempunyai ibu saudara, Pn Nora. Dia terharu dgn kebaikan Pn. Nora yg membawa nya ke bandar dan membenarkan dia menyambung pelajaran. mula2nya kehadiran Ain tidak menyenangkan hati Aidyn. Aidyn cuba mengawal hatinya dari jatuh cinta pada Ain kerana tidak mahu rancangan tersembunyi ibunya berjaya, namun kasihnya jatuh juga buat Ain. Perbualan antara Pn Nora dan Aidyn berkaitan harta datuknya yang diwasiatkan kepada Ain membuatkan Ain terkejut, kecewa dan rasa tertipu. Pn. Nora mahu dia dan Aidyn berkahwin supaya harta itu dpt mereka bolot dan singkirkan Ain. Ain melarikan diri ke rumah rakannya, Mimah di kampung halamannya. Aidyn sanggup meninggalkan harta kekayaannya demi mendapatkan cinta Ain dan sanggup tinggal spt orang kampung yang lain di rumah buruk Ain. Pn Nora kesal dgn sikapnya dan pergi memujuk Aidyn, dia mahu membawa pulang Aidyn dan Ain.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah dalam buku ini tidak terlalu panjang namun padat dgn plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Biarlah Ku Sendiri (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dgn ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapalterbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.

Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!