Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Dyza Ainun. Show all posts
Showing posts with label Dyza Ainun. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Review 224: Lamaran Hati by Dyza Ainun



Lamaran Hati
Penulis: Dyza Ainun
Cetakan Pertama 2008
Terbitan Buku Prima
RM18.90
574 mukasurat
9789833669479 isbn


Membaca Lamaran Hati membuat kita lupa masa yg berlalu. Sedar-sedar jer citer nyer dah habis. intipati cerita ini sangat padat dan terasa seperti penulis menggunakan kesemua rencah cerita novel melayu dalam karya ini.


Mgkin kita pernah baca cerita seorg lelaki yg hilang keyakinan diri utk hidup selepas kemalangan meragut keupayaannya utk berjalan. Lalu muncullah heroin memberi semangat kepadanya. Menjadi org gaji dalam rumahnya dan membatu si jejaka bangun kembali.


Si uda dan dara jatuh cinta tetapi si uda dipaksa berkahwin dgn bekas tunangannya kerana tunangannya di diagnose dgn penyakit yg membawa maut. si x tunang dan ibu si uda merayu si dara supaya memujuk si uda agar menerima si x tunang sebagai isteri. Si dara menurut dan membawa hati yg lara.


Si jejaka hilang ingatan selepas berkahwin dgn wanita pilihan keluarganya lalu melupakan kekasih hati dan membina hidup bahagia dgn isterinya. Si kekasih hati di diagnose dgn penyakit hati dan memerlukan penderma, si jejaka pulih ingatannya setelah si isteri mengandung dan sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada si kekasih hati dan identitinya dirahsiakan.


Penulis berjaya mengadun semua kisah ini dgn baik dalam satu cerita yg mempunyai jajaran kronologi cerita yg menaik dan tidak membosankan. Tahniah buat penulis :)


Iza adalah gadis yg diburu rasa bersalah kerana merasakan kecuaiannya menjadi punca Adam eksiden dan lumpuh kakinya. Sebab tu lah dia menawarkan diri utk bekerja di rumah Adam. Sudah ramai pembantu yg berenti kerja kerana tak tahan dgn sikap Adam yg perenggus. Iza sanggup bersabar menghadapi kerenah Adam yang tidak menentu. Kesabaran Iza mencuri hati Adam supaya turut sejuk. Malah dia menjadi lelaki yg menurut kata. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana Iza sorong kerusi roda Adam kat tepi pantai. Mungkin dia sorong ikut pavement kot. kalau kat pasir tu, mahu tenggelam roda kerusi roda tu.


Kesabaran Iza turut mencuri hati ibu Adam. Dia bahagia melihat Adam bahagia. Semasa Adam lumpuh, tunangnya, Meera datang memutuskan pertunangan kerana bimbang masa depannya bersuamikan lelaki lumpuh. Mungkin sebab tu duka Adam berganda-ganda. Setelah Adam kembali sembuh, Meera sekeluarga datang utk menyambung semula ikatan yg telah putus. Adam tak mau sbb dia sudah menyerahkan hatinya kepada Iza. Meera memberitahu keluarganya yg dia tak dapat hidup lama dan mahu menghabiskan sisa2 hidupnya sbg isteri Adam. Pengakuannya mengundang simpati ibu Adam yg turut memujuk Iza supaya memujuk Adam agar menerima Meera sebagai isteri. Iza akur dan akhirnya Adam setuju menikahi Meera. Rupa2nya Meera tu tipu. dah lepas 6 bulan tak mampus2 lagi. hehe. adui... Meera tu memang la.


Satu tragedi telah meragut daya ingatan Adam. Dia sudah lupa siapa Iza dan belajar menyintai Meera. Remuk redam hati Iza bila kekasih hati yg berjanji tak akan melupakannya akhirnya betul2 terpaksa akur kpd takdir lalu hilang daya ingatan. Iza semakin sakit apabila disahkan mengidap penyakit hati. Dia memerlukan belanja yg besar dan seorg penderma hati. Ibu dan ayah Adam menderma sebahagian besar perbelanjaan utk pembedahan Iza kerana mereka sangat menghargai pengorbanan Iza terhadap Adam. Adam yang semakin pulih akhirnya pulih sepenuhnya dan mula merisik khabar Iza melalui ibunya. Dari situlah dia membuat keputusan utk menderma hatinya kpd Iza tanpa pengetahuan Iza. Meera terpaksa merelakan kehendak suaminya. Ketika dalam perjalanan ke Hospital Meera dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Meera koma selama 3 bulan dan bayinya berjaya diselamatkan namun Meera meninggal dunia.


Walaupun sedih, Adam menaruh harapan utk mendapatkan Iza kembali. Tangkap nangis gak citer ni "_"


Lepas ni misi mencari novel2 Dyza Ainun dgn penerbit2 lain pulak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Namun semuanya ALLAH berikan melalui hati. Hatinya kecewa dalam impian. Hatinya juga telah rosak dimamah virus. Terima kasih TUHAN, kerana ujian ini. Terima kasih juga kerana telah KAU bekali juga bersamanya dgn rasa redha dan pasrah. Sedikitpun, rasa luka tidak hadir lagi. biarlah! Semuanya akan kuterima bersama sebuah pasrah yang sgt ikhlas. Terima kasih TUHAN! (Iza Masyitah)


"Biar runtu langit membiru, namun kata Adam dulu, takkan runtuh kasih dan cinta walau dihempap pelbagai rintangan. Dan, sekarang, Iza menuntut kembali segala janji dan sumpah yg Adam pernah berikan pada Iza."


Janji utk mencipta gerbang bahagia yg akan ditunaikan, Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yg terlalu membelenggu dirinya akan terlerai satu demi satu. Dia tidak akan menangguhkan waktu yg lebih lama lagi. Dia tidak sanggup menghadapi semua rintangan yg bakal menyakitkan hati dan perasaannya lagi. (Adam Khalis)


Iza, kau tidak tahu betapa sebenarnya seluruh rasa sayang yg ada di hatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu utk kukatakan bahawa aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sayangku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah ia sudah terbibit menjadi semekar buah cinta yg sangat sukar utk dikikis dibuang lagi. Namun kau tidak mengetahuinya, Iza. (Iman Syauqi)


---------
Hasil pengalaman luka seorg teman tersayang. Juga sedikit adunan perasaan sendiri oleh pelbagai pengalaman silam, lantas lahirlah novel 'Lamaran Hati'. Menggarapkan pelbagai idea dan cetusan simpati terhadap teman yg dikecewakan oleh derita kehidupan yg merentap seluruh hati dan eprasaan wanitanya. Kesabaran dan ketabahan serta kesetiaan sahabat saya menjadikan ilham begitu mencurah datang utk saya hasilkan sebuah novel yg saya namai 'Lamaran Hati' ini. Segalanya saya titipkan ke dalam karya saya. Semoga 'Lamaran Hati' akan mengubati jiwanya yg parah. InsyaALLAH. doa bahagia buat sahabat tercinta, Himah Suhati A. Wahab. ~Dyza Ainun~

Review 223: 86,400 Detik by Dyza Ainun



86,400 Detik
Penulis: Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Cetakan pertama: 2010
RM19.90
sabah/sarawak RM22.90
646 mukasurat


"Detik tidak pernah menipu
Ia adalah suara benar yang sentiasa berbicara di lurah hati kita.
Biarlah detik terus berdetik bersama relung-relung ingatan yang tak mungkin hilang dari maya. Sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik."


Novel Kuingin Bersamamu membuat aku teringin nak baca kesemua karya penulis ini. Dengan tajuk yg menarik 86,400 Detik, tentula aku pun teruja gak nak baca karya tahun 2010 penulis ini.


Plot cerita secara keseluruhan menarik, cuma ada part yg kelihatan tidak logic atau pun rasa seperti tidak kena. Watak2 dalam cerita ni byk berbohong utk cover cerita sebenar. Tapi seperti tak bersungguh2 kalau betul nak cover pun, kecualilah watak Syakila. Watak itu saja yang aku rasa sangat menjadi dan memberi kesan mendalam kepada cerita. Watak antagonis Syakila tak banyak, cuma di hujung2 cerita tapi penulis berjaya menggarap watak itu dgn baik sekali berbanding watak2 utama yang lain.


Najwa adalah heroin cerita ini. dia menyimpan dendam pada keluarga Engku Irsyad yg menyebabkan kakak kesayangannya, Yana hilang kewarasan diri. Bertahun2 dia menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki yg tak kunjung jelma. Najwa memasang rancangan licik utk mengenakan Irna, kakak kepada Engku Irsyad. Dia mahu menyedarkan keluarga itu tentang apa yg telah mereka lakukan kepada Yana. Najwa bertindak menculik tunang Irna, Dr. Ezani supaya tidak dapat menghadiri perkahwinannya sendiri.


Motif Najwa aku rasakan goyah utk misi yg besar begitu. Sedangkan dia sudah mula mengenal hatibudi Irna yg baik dan sepatutnya rancangannya berubah dgn memperkenalkan Yana kepada Irna. Tentunya Irna akan membantu tambahan pula derita Yana disebabkan Irsyad. Yana tu siap beli motorsikal baru kat Najwa kerana terlanggar Najwa dlm sebuah kemalangan. Ini menunjukkan sensitiviti Irna dan memahami kesusahan orang lain walaupun dia seorg yg kaya raya. Tetapi Najwa tetap meneruskan rancangannya dgn menculik Ezani dan menyembunyikannya di rumahnya. Lepas tu baru dia bawa Irna dan keluarga Irna melihat keadaan Yana dan membongkar rahsia kehilangan Dr Ezani. Aku cuba mencari logic tindakan terancang Yana. Mungkin Penulis cuba menzahirkan adegan cute penculikan Dr. Ezani dan juga tindakan Dr. Ezani yang menculik dan menyimpan Najwa di rumahnya sebagai serangan balas, tapi it end up kelihatan awkward dan ada yg tidak kena malah kebudak-budakkan. Aku tak nafikan mungkin ada yg akan suka adegan Ezani-Najwa.


Dr Ezani tu sebenarnya jatuh cinta pada Najwa selepas diculik Najwa. Dia tahu Irna ada kekasih hati sendiri dan sekadar menurut kehendak keluarga supaya berkahwin dgnnya. Dr. Ezani memberi laluan kepada Irna utk rapat semula dgn Izlan yg kebetulan rupa2nya abg sepupu merangkap abg tiri satu bapa dgn Najwa dan Yana. Malah ibu Najwa dan yana pun tau kisah cinta Irna-Izlan tapi merahsiakannya.


Cerita Yana pulak. Yana jadi macam gila selepas ditinggalkan Irsyad dgn tiba2. Kandungannya yg semakin membesar membuat keluarganya berpindah utk menutup malu dan akhirnya dia melahirkan anak lelaki tapi baby tu mati masa lahir. Irsyad rupa2nya menyembunyikan diri setelah terlibat dalam sebuah kemalangan yg meragut sebelah kakinya dan dia disahkan mandul. Dia menganggap dirinya sudah tidak layak utk Yana lalu dia mengaturkan dgn doktor di hospital utk menukar anak nya dgn anak seorg wanita lain yg sudah meninggal dunia. Dia membiarkan Yana sekeluarga menyangka anak yg dilahirkan Yana sudah mati sedangkan dia melarikan Mya Ilyana. Part ni pun aku rasa motif tindakan Irsyad adalah sangat goyah. Dia tahu mengenai gangguan emosi yg dialami Yana. Dia lelaki yg baik tetapi bertindak melarikan diri dari tanggungjawab dgn alasan kekurangan diri. Mungkin dia mengganggap trauma yg menimpa dirinya adalah lebih besar dari trauma yg menimpa Yana. dia membiarkan keluarga Yana menyangka Yana mengandung tanpa ikatan perkahwinan sedangkan mereka sudah bernikah di luar negara dan mahu mengumumkannnya kepada keluarga masing2 sebagai kejutan yg manis.


Misteri lelaki yg selalu menceroboh masuk bilik Yana tu macam tak solve la pulak. atau pun ada muka surat yg aku ter miss?


Keluarga Engku Irsyad yang terdiri dari orang2 yg baik2 belaka tu pulak seperti membiarkan saja Irsyad membuat keputusan yg sangat tidak masuk akal itu. Bagi aku plot cerita ini sangat menarik dan fast phase tetapi pengisiannya ada aku rasa tidak kena. lain org lain pendapatnya, aku mengalu-alu kan pendapat korang. Lepas ni aku nak baca karya pertama penulis ini dgn buku prima iaitu LAMARAN HATI. Ramai yg rekemen buku nih :)


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb belakang buku:


Karya terbaru Novelis Kuingin bersamamu.


Benarlah malam pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin sekadar menjadi replika untuk tatapan tamu. ~ Irna Muliati


Bencinya aku pada semua lelaki! Namun, wajah doktor muda itu tetap menyapa di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dgn kebencian terhadap seorg lelaki yg telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara? ~Najwa Raihana


Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dgn impian utk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walaupun saya tau, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan hilang ditelan kegelapan. ~ Doktor Ezani.


"Kau apa ada? anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad konon! Hey, Yana, lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dgn anak datuk tersohor mcm Engku Irsyad tu! ~ Syakilla


-----------
Aku ingn berkongsi segalanya dgn sesiapa sahaja yg mungkin meminati buah karyaku. Ingin menjuadahi mereka dgn kepuasan, ketenangan, kebahagiaan malah apa saja. biar bibir mereka bisa tersenyum, mata mereka bisa meniti atas setiap kalam yg kucatatkan dan hati mereka puas menghayati setiap baris ucapanku. Kalau aku mampu memperhebatkan setiap karyaku, hanya Allah saja yg bisa membimbing dan mengatur aku utk melangkah lebih hebat lagi. Insya Allah...

~Dyza Ainun~

Review 222: Kuingin Bersamamu by Dyza Ainun


buku ni aku baca tahun lepas. sebab nak marathon baca novel2 Dyza Ainun dgn buku prima, aku postkan review kat sini :)


Kuingin Bersamamu by Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Tahun 2009
RM18.90
sabah sarawak RM21.90
551 mukasurat
isbn: 978-967-5234-25-5


"Pada sejuring impi, kubiarkan kerinduan menjadi jidar di hati.
Meski luyut menepis rasa, namun nikmat kasih kuhirup bersama serbat cinta"


walaupun ada perkataan juring, jidar dan luyut kat kulit buku ni yg aku tak paham, rasa tak sabar nak membacanya tetap membuak buak. Tambah2 biler Ti dan beberapa org rekemenkan. Kisah ni menghiburkan dan 'kontrak' antara Dida Qistina dan Ziq menjadikan kisahnya menarik dan membuat kita tertunggu-tunggu habisnya tempoh 2 tahun yg ditetapkan tu :)


Kisah ini tentang Dida Qistina, gadis montel yang dikasihi ibu bapanya. Dia sentiasa menurut kata dan menyenangkan hati ibu bapanya. Bapanya terlalu ingin melihat dia bahagia dan berharap Ziqree yang baru putus tunang sudi menerima Dida sbg isteri. Ziqree terlalu bencikan wanita angkara Nina bekas tunangannya yg curang. Dia terkedu dgn tawaran kawan baik arwah bapanya yg pernah menabur budi kpd keluarganya.


Dia buat kontrak 2 tahun tu utk membuktikan samada Dida layak bergelar isterinya atau tidak. Ziq gembira dgn kehadiran Dida yg membuatnya tak kering gusi melepaskan tawa. Dida tidak tahu mengenai kontrak tersebut menyangka dia perlu berada di rumah Ziqree demi utk melangsaikan hutang bapanya dgn keluarga Ziqree. 2 tahun telah mengubah banyak perkara dalam diri Ziqree dan Dida. Ziqree menggunakan tempoh masa 2 tahunnya di New Zealand utk menguji Dida yg bertugas menjaga rumahnya di tanah air.


Ternyata Dida berjaya menceriakan rumahnya dan kepulangannya memekarkan rasa cinta antara mereka. Namun ada mata yg memandang dgn benci keakraban mereka. Ima sudah lama mengidam nak jadi bini Ziq. Dia sanggup lakukan apa saja utk memiliki Ziq malah dia mengugut utk menyimbah asid ke muka Dida. Owh lupa pulak Dida dah semakin langsing sbb ikut program menurunkan berat badan secara sihat.


Kepulangan Ziq seterusnya dilitupi tragedi apabila dia kehilangan deria penglihatannya. Ugutan Ima membuatkan Dida terpaksa menarik diri dari meneruskan pernikahan dgn Ziq, dia tak mahu membahayakan nyawa Ziq dan nyawanya sendiri. Ziq kecewa kerana Dida tak dpt menerima suami buta seperti dirinya. Ima tu memang la mereng. Err yg dia pregnant tu, dia rape Ziq ke? haha.. err naper tak kesian sangat biler hero kena rogol.


apa2pun citer ni happy ending :) menghiburkan :)


sure fine whatever
rinn






sinopsis belakang buku:


Rasa yang mencengkam di kamar hati, siapakah yg mampu mengerti? Bila rindu berladung, segalanya jadi begitu mengasyikkan. Namun, seksanya memugar di hati. Dalam seksa itu, dia menghimpun mimpi utk melanggari hidup bersama insan tersayang. Namun, cinta terkelar di pertengahan jalan. Hatinya jadi lunyai oleh impi yg hancur. Dia keterpaksaan melepaskan segala impinya melurut di ujung hiba. - Dida Qistina


Rindunya yg sadis tetap dilayaninya penuh perasaan. Dari kejauhan, dia mengumpulkan kasih sayang yg limpah buah insan bergelar Dida Qistina. Hanya sekadar rasa terhibur dgn seorg gadis yg mampu mengubat lara hatinya. Kasih hidup dlm diam. Lalu tiap rasa yg hadir dinikmati penuh syahdu. - Ziqree Hadiff


"Ima bersumpah. Bayi dlm kandungan ini anak abang! kalau abg tak percaya, minggu depan kita jumpa doktor utk buat DNA. Doktor yg akan menjawab persoalan itu, bang!" - Syarifah Ima Arni


"Kau kena tahu, Dida. Aku ni jenis manusia yg tak pernah tahu nak mengalah. Apa yg aku nak, pasti aku cuba rebut walau mcm mana caranya. Apa lagi org yg handsome dan kayaraya mcm Abg Ziq tu! - Syarifah Ima Arni


--------
Terkadang bahasa alam menjadi inspirasi yg terlalu mahal harganya. Namun tidak ramai insan yg meneliti dgn pandangan hati. Ternyata kelahiran Kuingin Bersamamu adalah hasil adunan pelbagai pengalaman dan pemerhatian. Memerhati kegigihan insan yg ingin berjaya dan suka duka teman2 meneliti batas kehidupan. Berbudi tidak semestinya memerlukan balasan. Jadi setiap budi yg dijuadahkan biarlah terus ikhlas bertapak di hati setiap insan yg dihulurkan bakti. Buat pembaca, terimalah KUINGIN BERSAMAMU. Moga menyenangkan. ~Dyza Ainun~