Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, October 13, 2010

Review 224: Lamaran Hati by Dyza Ainun



Lamaran Hati
Penulis: Dyza Ainun
Cetakan Pertama 2008
Terbitan Buku Prima
RM18.90
574 mukasurat
9789833669479 isbn


Membaca Lamaran Hati membuat kita lupa masa yg berlalu. Sedar-sedar jer citer nyer dah habis. intipati cerita ini sangat padat dan terasa seperti penulis menggunakan kesemua rencah cerita novel melayu dalam karya ini.


Mgkin kita pernah baca cerita seorg lelaki yg hilang keyakinan diri utk hidup selepas kemalangan meragut keupayaannya utk berjalan. Lalu muncullah heroin memberi semangat kepadanya. Menjadi org gaji dalam rumahnya dan membatu si jejaka bangun kembali.


Si uda dan dara jatuh cinta tetapi si uda dipaksa berkahwin dgn bekas tunangannya kerana tunangannya di diagnose dgn penyakit yg membawa maut. si x tunang dan ibu si uda merayu si dara supaya memujuk si uda agar menerima si x tunang sebagai isteri. Si dara menurut dan membawa hati yg lara.


Si jejaka hilang ingatan selepas berkahwin dgn wanita pilihan keluarganya lalu melupakan kekasih hati dan membina hidup bahagia dgn isterinya. Si kekasih hati di diagnose dgn penyakit hati dan memerlukan penderma, si jejaka pulih ingatannya setelah si isteri mengandung dan sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada si kekasih hati dan identitinya dirahsiakan.


Penulis berjaya mengadun semua kisah ini dgn baik dalam satu cerita yg mempunyai jajaran kronologi cerita yg menaik dan tidak membosankan. Tahniah buat penulis :)


Iza adalah gadis yg diburu rasa bersalah kerana merasakan kecuaiannya menjadi punca Adam eksiden dan lumpuh kakinya. Sebab tu lah dia menawarkan diri utk bekerja di rumah Adam. Sudah ramai pembantu yg berenti kerja kerana tak tahan dgn sikap Adam yg perenggus. Iza sanggup bersabar menghadapi kerenah Adam yang tidak menentu. Kesabaran Iza mencuri hati Adam supaya turut sejuk. Malah dia menjadi lelaki yg menurut kata. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana Iza sorong kerusi roda Adam kat tepi pantai. Mungkin dia sorong ikut pavement kot. kalau kat pasir tu, mahu tenggelam roda kerusi roda tu.


Kesabaran Iza turut mencuri hati ibu Adam. Dia bahagia melihat Adam bahagia. Semasa Adam lumpuh, tunangnya, Meera datang memutuskan pertunangan kerana bimbang masa depannya bersuamikan lelaki lumpuh. Mungkin sebab tu duka Adam berganda-ganda. Setelah Adam kembali sembuh, Meera sekeluarga datang utk menyambung semula ikatan yg telah putus. Adam tak mau sbb dia sudah menyerahkan hatinya kepada Iza. Meera memberitahu keluarganya yg dia tak dapat hidup lama dan mahu menghabiskan sisa2 hidupnya sbg isteri Adam. Pengakuannya mengundang simpati ibu Adam yg turut memujuk Iza supaya memujuk Adam agar menerima Meera sebagai isteri. Iza akur dan akhirnya Adam setuju menikahi Meera. Rupa2nya Meera tu tipu. dah lepas 6 bulan tak mampus2 lagi. hehe. adui... Meera tu memang la.


Satu tragedi telah meragut daya ingatan Adam. Dia sudah lupa siapa Iza dan belajar menyintai Meera. Remuk redam hati Iza bila kekasih hati yg berjanji tak akan melupakannya akhirnya betul2 terpaksa akur kpd takdir lalu hilang daya ingatan. Iza semakin sakit apabila disahkan mengidap penyakit hati. Dia memerlukan belanja yg besar dan seorg penderma hati. Ibu dan ayah Adam menderma sebahagian besar perbelanjaan utk pembedahan Iza kerana mereka sangat menghargai pengorbanan Iza terhadap Adam. Adam yang semakin pulih akhirnya pulih sepenuhnya dan mula merisik khabar Iza melalui ibunya. Dari situlah dia membuat keputusan utk menderma hatinya kpd Iza tanpa pengetahuan Iza. Meera terpaksa merelakan kehendak suaminya. Ketika dalam perjalanan ke Hospital Meera dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Meera koma selama 3 bulan dan bayinya berjaya diselamatkan namun Meera meninggal dunia.


Walaupun sedih, Adam menaruh harapan utk mendapatkan Iza kembali. Tangkap nangis gak citer ni "_"


Lepas ni misi mencari novel2 Dyza Ainun dgn penerbit2 lain pulak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Namun semuanya ALLAH berikan melalui hati. Hatinya kecewa dalam impian. Hatinya juga telah rosak dimamah virus. Terima kasih TUHAN, kerana ujian ini. Terima kasih juga kerana telah KAU bekali juga bersamanya dgn rasa redha dan pasrah. Sedikitpun, rasa luka tidak hadir lagi. biarlah! Semuanya akan kuterima bersama sebuah pasrah yang sgt ikhlas. Terima kasih TUHAN! (Iza Masyitah)


"Biar runtu langit membiru, namun kata Adam dulu, takkan runtuh kasih dan cinta walau dihempap pelbagai rintangan. Dan, sekarang, Iza menuntut kembali segala janji dan sumpah yg Adam pernah berikan pada Iza."


Janji utk mencipta gerbang bahagia yg akan ditunaikan, Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yg terlalu membelenggu dirinya akan terlerai satu demi satu. Dia tidak akan menangguhkan waktu yg lebih lama lagi. Dia tidak sanggup menghadapi semua rintangan yg bakal menyakitkan hati dan perasaannya lagi. (Adam Khalis)


Iza, kau tidak tahu betapa sebenarnya seluruh rasa sayang yg ada di hatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu utk kukatakan bahawa aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sayangku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah ia sudah terbibit menjadi semekar buah cinta yg sangat sukar utk dikikis dibuang lagi. Namun kau tidak mengetahuinya, Iza. (Iman Syauqi)


---------
Hasil pengalaman luka seorg teman tersayang. Juga sedikit adunan perasaan sendiri oleh pelbagai pengalaman silam, lantas lahirlah novel 'Lamaran Hati'. Menggarapkan pelbagai idea dan cetusan simpati terhadap teman yg dikecewakan oleh derita kehidupan yg merentap seluruh hati dan eprasaan wanitanya. Kesabaran dan ketabahan serta kesetiaan sahabat saya menjadikan ilham begitu mencurah datang utk saya hasilkan sebuah novel yg saya namai 'Lamaran Hati' ini. Segalanya saya titipkan ke dalam karya saya. Semoga 'Lamaran Hati' akan mengubati jiwanya yg parah. InsyaALLAH. doa bahagia buat sahabat tercinta, Himah Suhati A. Wahab. ~Dyza Ainun~

No comments:

Post a Comment