Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, October 12, 2010

Review 218: Yang Terindah by Anis Ayuni


Yang Terindah by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Harga : RM 15.00
Halaman :448


"Malam menjadi siang bila hati kita bersatu"


Kisah cinta dlm buku kedua by Anis Ayuni jauh lebih baik dari 'suara hati' :) apa2 pun 'Gemersik Kalbu' lah yang paaaaaaaling best! apa yang menarik pembaca menghayati citer ni adalah cara penyampaian yang penuh berhati-hati, luahan perasaan yang dihurai dgn baik dan saya suka puisi yg Akmil tulis.. shahduuuuuuu..


Kita dibawa mengikut kisah-kisah cinta yang dilalui oleh Elly Farhana tapi akhirnya membawanya balik kembali kepada seseorang yang sudah dikenalinya sekian lama tapi mengambil masa yang lama utk jatuh cinta. Dari kecil elly memang rapat dgn zahari dan semasa dia di U pon dia ada ceritakan hubungan cintanya dgn Akmil dan kemudian dgn TJ yg kedua-duanya kecundang. Zahari sentiasa menaruh harapan dan bila dia meluahkan perasaan pada Elly, agak mengecewakan bila Elly menyatakan selagi ada cinta dalam hati Zahari dia mesti menjauhkan diri dari Elly. Tapi kemudian Zahari ditimpa kemalangan dan Elly semakin sedar mengenai hati dan perasaannya sendiri. Ada juga diselitkan kisah nostalgia ibu Elly yg lumpuh.. Elly mendapati bapanya masih hidup dan berharap akan bertemu dgn ayahnya, tanpa diketahuinya dia sudah berjumpa dgn bapanya, cuma belum kenal.


Sinopsis belakang buku:


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.


Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.


Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.


Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?


Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

No comments:

Post a Comment