Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, October 12, 2010

Review 220: Kau Kekasihku by Anis Ayuni


Kau Kekasihku
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan alaf 21
Harga RM19.90
533 muka surat


"Aku dah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang"


novel terbitan 2006 ini agak popular di kalangan pembaca. kalau dilihat dlm tahun 2006 saja dah 3 kali diulang cetak, mungkin lebih. nampaknya Anis Ayuni sudah ada peminat2 yang akan membeli bukunya hanya berdasarkan nama penulis! sudah pasti peminat dah tertunggu tunggu novel terbaru dari Anis Ayuni. Saya cuma belum baca 'yang terindah' and i look forward to reading tht book very soon.


kali ni penulis membangkitkan kisah yang berkaitan dengan lelaki yg mati pucuk. ada watak 'nicky' seorang lelaki yang lembut yang pernah disindir oleh Dhira. Nicky berkahwin dengan Aisyah dan dikurniakan cahaya mata. Dhira berkenalan dgn Zairi ketika bercuti ke Beijing. Jatuh cinta pandang pertama. Dhira letih menunggu zairi nak declare, sudah 2 pinangan ditolak sbb menunggu zairi, akhirnya zairi akur dan masuk meminang lalu mereka mendirikan rumahtangga tapi Dhira musykil mengapa zairi tak pernah mahu menyentuhnya sepanjang bergelar suami isteri. Dhira tahu tentang masalah Zairi setelah terbaca artikle dan ubat ubatan yg diambil oleh Zairi. Dhira cuba membantu dengan mencari seorang ustaz. Rupanya Zairi pernah memutuskan pertunangan dan tindakannya itu menyebabkan seseorang menggunakan cara halus utk menyiksa batin Zairi. Dhira mencuba memujuk Zairi utk mencuba cara rawatan ustaz tu utk menyembuhkan kelemahannya. Zairi ni tak percaya benda2 halus ni. Dhira minta dilepaskan dan mereka berpisah buat sementara waktu.. Zairi akhirnya akur berjumpa ustaz dan mengamalkan petua dan ayat2 suci Al Quran yang dicadangkan.. pehtu nak kena ngorat Dhira balik pulak.


menarik juga kisah hubungan kak fiza dgn x boipren dia Safwan, duda anak 3. Konflik hubungan Kak Fiza ngan Sofea interesting tapi agak cepat pulak watak sofea suka kat kak fiza.


terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad:
Sinopsis belakang buku:


Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."


-----------
Sinopsis (dari website Alaf) : KAU KEKASIHKU Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

No comments:

Post a Comment