Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, May 25, 2011
Review 397: Spanar Rindu Skru by Emma Maizura
Spanar Rindu Skru
Emma Maizura
Editor: Mazuen Yahaya
Harga: RM 19.90
sabah/sarawak: 22.90
ISBN: 978-983-124-558-3
512 mukasurat
"Pejamkan matamu kala rinndu
pasti kau rasa hati kita bersatu"
Reen adalah gadis lasak yang gemarkan automotif. Tindakan ayahnya membenarkan nenek dan datuknya membesarkannya membuatkan Reen semakin sebati dalam dunia permotoran kerana datuknya, Haji Rahim, memiliki bengkel memperbaiki motorsikal. Di situ jugaklah Reen mengenali Amin sejak kecil. Mereka akrab sebagai sahabat. Namun keakraban mereka tidak disenangi bapa Reen. Mula-mula tu ingat ker sebab Amin tu miskin dan mat motor tapi rupanya ada sejarah silam yang menggores hati bapa Amin sehingga menentang habis-habisan persahabatan yang dikhuatiri akan mekar menjadi bibit-bibit cinta sayang.
Perpisahan mereka akhirnya terjadi dan mereka meningkat dewasa dalam suasana berbeza namun kedua-duanya masih tidak dapat lari dari dunia automotif yang menjadi kegilaan mereka. Tanpa sedar mereka bekerja di bawah management yang sama cuma cawangan yang berbeza.
Kekerapan ber'online' akhirnya menemukan mereka kembali sebagai Minah spanar dan Mat Skru. Tanpa sedar, Spanar lebih banyak bercerita berbanding Skru yang lebih banyak mendengar. Aku rasa cara perbualan online mereka agak janggal dengan membahasakan diri masing2 sebagai 'skru' dan 'spanar'.
Bapa Reen nekad mahu dia bertunang dengan jejaka pilihan bapanya, Razin yang merupakan anak kepada rakan perniagaannya. Kebetulan Razin pula sudah jatuh cinta dengan Reen. Reen cuba menerima Razin tetapi kehadiran Razin tidak terkesan di hati. Dia masih terkenangkan Amin. Amin juga digoda Wafa yang juga gemarkan motor tetapi Amin tidak jatuh hati pada Wafa. Sikap bapa Wafa yang mengawal dengan siapa Wafa berkawan merimaskan Amin. Kita yang baca ni pun rasa rimas. Semua orang dia syak tak baik.
Temujanji yang sering tertunggak dengan pengurus cawangan Bangi membuatkan Reen menerjah ke pejabat Amin dan mengejutkan kerena mereka bertemu semula tanpa dijangka. Pertemuan yang membungakan kembali kemesraan antara mereka. Sejak itu Amin selalu dapat amaran supaya menjauhkan diri dari Reen. Razin yang biasanya kelihatan gentleman, terus tersembul perwatakan angkuhnya.
Ayah Reen, Datuk Yussof nekad menyegerakan perkahwinan anaknya. Reen bertindak melarikan diri di hari perkahwinan dan makin marahlah Datuk Yussof tu apabila Reen ditemui di rumah Amin. Kemalangan yang menimpa Reen telah meragut banyak kelebihan dari dirinya. Razin terus menjauh tetapi Amin cuba mendekat. MAsa ni dah nampak cinta atas dasar apa yang membezakan Razin dan Amin. Razin menyintai kecantikan semata-mata tetapi Amin menyintai Azreen dari jiwanya.
Masa nilah terbongkar kisah ayah Reen ni dulu sebenarnya syokkan ibu Amin tetapi ibu Amin kahwin dengan orang lain. So dia anti lah sangat-sangat dengan Amin. Tapi bila tiba masa yang sebegini barulah dia insaf, dia lah punca Reen jadi begitu. Amin redha menerima Reen sebagai isteri tapi takdir Tuhan membawa mereka ke alam lain yang lebih hakiki.
Tak ada scene yang sedih sangat walaupun banyak tragedi menimpa. Penulis bertindak berani meletakkan ending yang sedih untuk kisah ini.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis
Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.
Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;
“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment