Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, May 30, 2011

Review 399: Rahsia Hatiku by Maria Alina


Rahsia Hatiku by Maria Alina
Terbian Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM 19.90
556 mukasurat
Editor: Rubiah Aksah
cetakan 1: Tahun 2007

"Singgahlah berjeda di ruang hati ini untuk menatap namamu terpahat di situ"

ha.. kalau nak baca penangan orang lama dalam dunia penulisan, baca la buku ni. Ceritanya padat dan tidak membosankan. tidak terasa terlalu pantas walaupun banyak peristiwa menimpa Iman dalam perjalanan hidupnya dari remaja hinggalah menempuh alam kerjaya.

Saya geram dgn Badrul yg betul2 salahkan Iman walaupun dia yang mulanya beralih arah. Walaupun dia cuba lupakan sarah tapi bila sarah ada diorang mcm pasangan kekasih. Geram jugak ngan Iman yg tak dengar ckp Is supaya jgn lagi jumpa Badrul sbb dia jeles. Iman saja cari pasai la pulak. Salah sangka Is telah menyebabkan bertahun-tahun dalam hidup mereka tersia begitu saja. Rasa macam agak biasa dgn citer yang ada linestory seperti ini. Mungkin baru2 ini saya byk baca buku yang genre begini secara berturut turut menjadikan saya kurang terkesan dengan cerita ini. Bercinta dgn orang lain, kawin dgn orang lain. Berlaku salah faham, berpisah, bertemu semula setelah anak besar, memburu cinta isteri, kasih bertaut kembali.

Kisah ini tentang Iman yg kehilangan ibubapanya pada usia muda. Neneknya membuang dia skeluarga kerana berkahwin tanpa izinnya. Iman menanggung harapan ibu bapanya utk mendapatkan tempatnya di sisi neneknya yang layak digelar harimau. cintanya pada rakan sekampungnya, badrul tidak bertepuk sebelah tangan dan dia bahagia dgn cinta itu. Dgn bantuan makciknya Iman masuk ke rumah neneknya sbg seorang pembantu rumah. dia bertemu Iskandar yg sombong dan bongkak, namun perkenalan dgn iman mengubah Iskandar sedikit demi sedikit. Walaupun Sarah pernah singgah di hati Iskandar, Iman tetap ada kelainannya. Kekasaran nenek terhadap Iman menyebabkan dia masuk hospital, tapi peristiwa itu lah menjadi titik tolak tumpahnya kasih nenek buat Iman yg sudah menyesali sikapnya dulu.

Badrul resah bila rindunya berpindah kepada insan lain yang sangat2 mengingatkannya kpd Iman. dia serba salah, namun dia tetap mahu berpegang pada janji dan meletakkan Iman di tempat teratas dalam hatinya tetapi rindu terhadap Siti Sarah tetap memburu. Bila dah kantoi dengan Iman, Badrul lagi huru hara dan bila dia nampak Iman dgn Iskandar dia jadi sangat marah kerana baginya dia cukup setia pada Iman sedang kan Iman ada lelaki lain. Iman kecewa lalu menerima cadangan nenek dan makciknya utk menerima Iskandar sbg suami (nikah gantung sbb dia nak abiskan study dulu) Iskandar sanggup menunggu hingga Iman dapat menerimanya dan memegang tanggungjwb sbg isteri. Ikatan jarak jauh mereka teruji apabila Salina memasang perangkap buat Iskandar. Iman mula meragui keikhlasan Iskandar. Hubungan Badrul-Iman melukakan hati Iskandar hingga membawa salah faham. Iskandar pergi setelah mengasari isterinya sendiri. WAlaupun terbukti Iman masih suci, dia tetap nanar melihat Badrul di sisi Iman.

Iskandar kembali kepada Salina dan Iman menerima kehadiran insan baru dlm hidupnya, Zarul. Iskandar tak terima Zarul sbb sangka Zarul tu anak Iman dgn Badrul. Hingga semasa kematian neneknya pun dia tidak kembali, merajuk sakan. Tapi bila dia tengok gambar Zarul lima tahun kemudian, terbukti anak itu miripnya. Rancangan jahat Salina terbongkar dan Iskandar kembali utk menyatukan keluarganya dan dia tak akan lepaskan Iman kpd mana2 lelaki walaupun lelaki itu telah berjaya mencuri hati Zarul.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Aku takut untuk berhadapan dgn impian dan janji-janji itu. Mampukah aku merealisasikannya sedangkan aku dalam persimpangan? Antara keinginan hati untuk menyatukan kembali sebuah keluarga yang kecundang dan menyahut panggilan cinta yang terbina sejak dari dulu lagi.

Alif Iskandar... kau hadir ketika aku mengharungi kepahitan dan dugaan maha besar. Nenek yang terlalu ingin kudampingi menilaiku setaraf dengan sampah terbuang. Dptkah aku memaut sekeping hatinya yang keras bersalut kebencian itu?

Badrul... aku menyukai dirimu. Dambaan cintaku terhadapmu bagaikan bintang-bintang berkelipan di dada langit. Namun, Siti Sarah lebih berhak ke atas dirimu. Aku terpinggir lagi...

Kamil... kau menagih kasih ketika aku masih bergelar isteri. Namun, aku tahu batas-batasku sepanjang memegang status itu. Wajarkah aku menerimamu dalam keadaan hati dan jiwaku masih dimiliki insan bergelar suami walaupun dia meninggalkanku?

MAMPUKAH Iman Najwa mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Antara kasih sayang cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan.. merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya.

Sinopsis di website alaf21:

Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.

Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?

No comments:

Post a Comment