Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, May 30, 2011

Review 404: Ilusi Sebuah Cinta by Diya Elora




Ilusi Sebuah Cinta
Penulis: Diya Elora
Cetakan pertama 2009
648 mukasurat
9789838939027
RM30.90
Terbitan Creative Enterprise


"Dalam pencarian ini, dia lelah menahan rasa"


Aqil Sulaiman adalah teraju utama cerita ini. Seorang anak muda kampung yang jatuh cinta pada gadis jelita di kampung itu, Sherry. Rupa Leman yang tidak cukup kacak membuat Sherry tidak menyambut cinta Leman malah mempergunakan Timah untuk mempermain-mainkan perasaan Leman. Leman menyangka cintanya disambut Sherry lalu teruja bertukar warkah. Timah yang sering membalas warkahnya turut teruja kerana mereka bakal ditunangkan. Timah mengkhabarkan berita gembira kepada keluarganya kerana ada juga jejaka kampung yang sudi meminang Timah yang kulitnya hitam dan tidak berapa cerdik itu.


Di hari pertunangan, permainan Sherry terbongkar tetapi pertunangan terpaksa diteruskan demi menjaga maruah dua keluarga. Setelah majlis selesai, Aqil Sulaiman membawa diri ke kota membawa hati yang luka.


Di kota dia bertemu dengan Suharni yang memikat hati. Gadis Indonesia itu memberi tindak balas positif pada kata hatinya namun akhirnya Leman terluka lagi apabila Suharni meninggalkannya kerana jatuh cinta pada jejaka lain.


Peluang bekerja dengan Mr Chan yang memiliki bengkel besar membolehkan Leman menunjukkan potensi sebenarnya dalam pekerjaan sebegini. Dia lebih selesa dikenali sebagai Aqil kini. Keikhlasan Aqil berjaya menambat kepercayaan Mr Chan dan anak gadisnya yang jelita, Miss Chan. Aqil bercinta dengan Miss Chan namun, janji ikatan pertunangan dengan Timah tetap memburunya. Demi melunaskan tanggungjawab, Aqil rela kembali ke kampung untuk menikahi Timah walaupun 3 tahun sudah berlalu.


Kepulangan Aqil ke kampung dengan bengkelnya yang semakin gah di tengah-tengah kampung telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah Sherry yang semakin 'glamour'. Aqil kini adalah jejaka kacak yang berkereta mewah. Sherry tidak mengenali Aqil sehinggalah sepupu Aqil memperkenalkannya kepada Sherry. Sherry terasa sangat menyesal kerana melepaskan Aqil kepada Timah dahulu.


Timah gembira menyambut kepulangan tunangannya yang kembali untuk melunaskan janji. Namun hasutan Sherry telah menyebabkan Timah merasakan dirinya terlalu hodoh untuk jejaka kacak dan kaya seperti Aqil. Timah melarikan diri di hari pernikahan mereka dan meninggalkan nota agar Sherry menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan.


Sherry memang tidak sabar-sabar mahu menunaikan permintaan Timah, malah sudah siap berpakaian pengantin. Tetapi Aqil menolak dan tidak mahu beristerikan Sherry. Dia amat kecewa dengan tindakan Timah kerana dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik untuk Timah.


Dua tahun berlalu dan Sherry tidak pernah berputus asa untuk memikat Aqil. Aqil pula tidak pernah terkesan dengan godaan Sherry. Dia sabar menanti Timah untuk memberikan penjelasan. Kemunculan Halimaton mencuit sanubari Aqil. Perkenalan mereka membibitkan kemesraan lalu membawa ke ikatan pertunangan. Sherry terbakar dengan tindakan Aqil dan Aton lalu merancang agar ditangkap khalwat bersama Aqil tetapi gagal. Malah dia membakar kedai Aton untuk menunjukkan kemarahannya. Tindakannya tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana Aqil tetap tidak mahu memperisterikannya.


Di saat akad nikah dilafazkan, Aqil keliru dengan nama Norbaya Abdullah. Dia mahu menikahi Halimaton dan bukannya Norbaya Abdullah. Aton mengakui itu nama sebenarnya. Malah dia pernah dikenali dengan nama Timah. Timah menghilangkan diri kerana dia mahu merubah diri agar setanding Aqil yang sudah berubah. Dia mahu Aqil jatuh cinta pada dirinya dan bukannya menerimanya hanya kerana terpaksa.


Aqil tidak dapat menerima hakikat dia sudah ditipu. Cerita diakhiri dengan Aqil meninggalkan kampung sekali lagi kerana kecewa dengan wanita.


Pada pendapat aku, cerita ini mempunyai kronologi cerita yang sangat menarik, tetapi sayang seribu kali sayang, cara penyampaiannya sangat tidak kemas dan pembacaan menjadi tersekat-sekat. Tiada emosi dalam penceritaan sedangkan kalau kita perhatikan perjalanan kisah ini ada banyak situasi yang boleh dibina dengan emosi yang pelbagai. Penamat di penghujung cerita membuat aku rasa letih membaca buku yang lebih 600 muka surat ini. Aqil Sulaiman boleh berubah dari segi mental dan fizikal tetapi dia tidak boleh menerima hakikat yang Timah juga boleh berubah dari segi fizikal dan mental. Aqil Sulaiman dengan mudahnya boleh memaafkan Sherry yang membakar kedai Aton dan merancang untuk ditangkap khalwat dengannya tetapi tidak dapat memaafkan Aton yang merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya adalah Timah yang telah kembali sebagai seorang wanita yang lebih menarik. Aqil merasakan dirinya mangsa permainan wanita dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada cinta.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan... perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya emrantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.


Namun, takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menati untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya....


Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan...

No comments:

Post a Comment