Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, May 8, 2011

Review 359: Demi Kasih... Demi Sayang by Liza Mior Rasdi


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Demi Kasih... Demi Sayang by Liza Mior Rasdi


Demi kasih demi sayang… ntah kenapa tajuk ini yg dipilih oleh penulis,adakah merujuk kepada ending cerita? Isu yang dibangkitkan dalam novel ini berkaitan mengapa dan bagaimana seorang wanita bernama Indah Maya boleh terjebak dalam kancah pelacuran.


Asalnya seorang gadis yg digilai jejaka2 kampungnya termasuk guru sekolahnya yang masuk meminangnya sebaik saja tamat stpm. Ibunya mahu menerima guru itu, terbuka rahsia yg dia sebenarnya anak angkat, anak luar nikah tetapi dijaga baik oleh ibu angkatnya yg tak pernah luak kasih sayangnya. Maya mahu dinikahkan segera supaya tak berulang sejarah hitam ibu kandung Maya pada Maya.



Selepas selamat ditunangkan ibu angkatnya menghembuskan nafas yg terakhir. Si gadis nekad utk memutuskan pertunangan, malang menimpa diri bila insan yg diwasiatkan menjaganya meragut kehormatannya, lantas dia nekad mengikut Naima ke kuala Lumpur, Naima rupanya mengumpul gadis2 cantik utk dilacurkan. Maya terjerumus, dia menjadi
rebutan dan akhirnya dpt sugar daddy. Dia tinggal di banglo besar. Dia masih dendam dengan Naima yg menghancurkan hidupnya, dia buat satu party dan di akhir party itu naima terkulai kaku di pangkuannya.


Sugar daddy nya diburu kerana menggelapkan wang syarikat, pertelingkahan berlaku dan terbuka rahsia bahawa lelaki itulah yang menyebabkan ibunya mengandung dan sugar daddy nya itu juga sebenarnya daddy dia. Maya lari. Menumpang seorang kawan akhirnya terpaksa melacur lagi utk menyara diri. Ntah mcm mana dia terserempak dengan
salah seorang jejaka kampong pernah menggilai dia, orang yg sama membuka rahsia bahawa dia anak luar nikah. Farid sudah insaf dan berdikari, dia nekad mahu menjaga maya. Mereka hidup bersama tanpa ikatan, Maya mahu dikahwini tapi sudah pasti ibu bapanya akan menghalang kerana mereka bencikan ibu Maya yang hampir2 menjadikan
pertunangan mereka putus. Farid pergi utk memaklumkan kpd ibubapanya yg dia akan menikahi maya malam itu juga, tapi dia kemalangan dan meninggal dunia.


Maya yg sarat mengandung dihalau, hampir2 membunuh diri lalu dipertemukan semula dengan anak kpd lelaki yang menodai dia semasa di kampong. Orang yg sebenarnya dia cintai, sahabat baiknya.


Memang kisah berat la.. satu saja yang really surprised me in the end AKU PIKIR JASMIN TU PEREMPUAN!! LELAKI RUPANYA ADUIH… masa nak ending baru tahu.. hehe..



Sure fine whatever
Rinn
tarikh entri ini di AlongSide @ multiply: 21 mac 2007

No comments:

Post a Comment