Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Tuesday, May 10, 2011
Review 371: Jika Benar Cinta by Lynn Dayana
Jika Benar cinta
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan alaf 21 Sdn. bhd
RM18.00
481 mukasurat
"Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata"
Resah gelisah nak abihkan buku ni, nak baca laju takut nanti ada yang tertinggal, memang kena membaca setiap bait perkataan, penulisan yang tidak membosan kerana ada saja topik yang akan mencuit hati, nak tersenyum nak tergelak semua ada.
Novel sulung dari Lynn Dayana memang menarik cara penyampaiannya seolah olah universe dalam buku 'Jika Benar Cinta' ni dihuni oleh manusia-manusia yang loyar buruk. :) setiap watak yang muncul ada saja line loyar buruknya Auntie zarina, mak ayah si Lisa, even Henry dan Rosie pon loyar buruk jugak! Memang gelak bertali arus bila baca buku ni. Walaupun ada kisah duka, terubat juga dengan kata2 yang menjadi kan kita tersenyum, tertawa.
Penulis nyata berjaya membuat pembaca tertanya tanya sapa Airy? Anak sappa? salah cetak ker biler namanya ada tersebut dlm prolog? Tulah antara faktor2 yang mengundang kegelisahan bila baca citer ni.
Kisah ini membawa kepada kronologi kisah cinta yang terpaksa dilalui oleh Lisa demi utk membawanya kepada lelaki yang betul2 layak utk dirinya. Dia pernah dikecewakan kerana orang ketiga, dia pernah menyintai orang yang tidak membalas cintanya, dia sendiri pernah menjadi orang ketiga tanpa diketahuinya, dia pernah dibohongi dan kehilangan cinta yang disangkanya abadi. Dia takut bercinta lagi dan tidak menyangka bahawa kematian itu adalah perlu untuk menemukan dia dengan seorang insan yang diciptakan untuknya.
Buku ni boleh juga dijadikan buku panduan utk teknik2 loyar buruk yang berkesan heheh.. gusi tak sempat nak kering dah tergelak lagi.. tahniah Lynn Dayana and terima kasih.
Sure fine whatever
Rinn
Tarikh entry ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007
terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:
Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.
Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.
Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.
Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?
Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.
Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment