Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, May 5, 2011
Review 356: Seharum Kasih by Aina Emir
Seharum Kasih by Aina Emir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 17.00
480 muka surat
"Cinta kita tak pernah layu kerna ia sentiasa dibaja angin lalu"
mula2 tu macam nekad tak nak baca sinopsis belakang buku, tapi biler mula baca tak sampai setengah cm dah terrrrrrrrrrbaca sinopsis.. aduih..
dah menjadi stail buat penulis Aina Emir yang menulis kisah cinta yang penuh pujuk rayu. Biler dah selalu sangat macam bosan pulak sbb cerita jadi mcm lambat sikit perkembangannya. cuma menjadi interesting biler timbul konflik. Reeza dan Rasya yg berkenalan melalui sms dan kemudiannya panggilan telefon, akhirnya bertemu dalam sebuah majlis perkahwinan. Reeza yg kacak menjadikan Rasya kurang percaya pada keikhlasan Reeza. Dia cepat percaya pada cerita orang dan membawa diri balik kampung lalu bertunang dgn sepupunya Fahmi. masa dalam tempoh pertunangan barulah kebenaran terserlah, Rasya kembali mesra dengan Reeza tetapi tak sampai hati nak putuskan pertunangan yg menggembirakan opahnya. Perkahwinan diteruskan dan Reeza dilanda kekecewaan yang teruk sampai sakit2. kira frust menonggeng la.
Pertemuan semula selepas hampir 2 tahun berpisah menyemarakkan semula cinta mereka dan masa tu baru la penulis flashback balik di hari perkahwinan Rasya dan Fahmi. Rasya enggan berkahwin hingga opahnya sendiri membuang dirinya. Fahmi minta kawin jugak demi menjaga hati ibunya yang disahkan mengidap kanser dan akan mati bila2 masa. Bila Rasya tetap tak dpt terima Fahmi, Fahmi setuju menceraikan isterinya yg kemudiannya jadi janda berhias.
masalahnya Reeza pulak dah bertunang dgn gadis indonesia yg menjaganya semasa sakit iaitu Hilda. Hilda sebenarnya senang melepaskan Reeza kpd orang yg dia benar2 cinta, tapi Reeza saja nak bagi Rasya rasa sakitnya rasa cemburu.
kisah cinta yg akan menggembirakan pembaca.
Sure fine whatever
Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
Sinopsis Belakang buku:
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?
Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.
Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment