Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 6, 2011

Review 623: Kuseru Rindu Itu by Hanni Ramsul



Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
730 mukasurat
9789675067839
cetakan pertama: sept 2011


"Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu..."


Tak kira tema apa yang dibawa Hanni Ramsul dalam kisah-kisahnya, ia tetap mengikat aku untuk terus membacanya tanpa boleh dihenti-henti. Mesti kena habiskan walaupun masa tidur aku terkorban. hehe. Kisah suami yang curang kepada isteri yang sangat setia bukanlah genre kegemaran aku. Tapi Hanni Ramsul ada gaya tersendiri menyampaikan kisah begini membuat kita terikat dengan kisah ini selagi belum sampai ke muka surat terakhir.


Kisah ini bermula setelah 7 tahun Hisyam berkahwin dengan Idayu. Idayu bukanlah pilihan hatinya. Dia bahagia beristerikan Idayu tetapi dia yakin dia tidak pernah jatuh cinta pada Idayu. Dia hanya menerima Idayu sbg tanggungjawab tambahan pula kelahiran anak lelakinya menambahkan lagi keceriaan hidup mereka. Kehadiran Maisara menduga perasaan sebenar Hisyam. Bagi Hisyam, Maisara membuat dia kenal erti rindu dan cinta. Akhirnya dia temui cinta yang ditunggu-tunggunya. Walaupun dia pernah berterus terang dengan Idayu bahawa dia tak pernah cintakan Idayu, dia berasa serbasalah untuk berterus terang. Dia masih ingat yang Idayu pernah berjanji akan mengundurkan diri sekiranya suatu hari nanti Hisyam bertemu dengan cinta sejatinya. Apabila hari itu tiba, Hisyam pula tidak sanggup melepaskan Idayu.


Maisara yang pada mulanya bersabar menjadi resah dan cemburu dengan Idayu (walaupun Idayu tak pernah apa-apakan dia). Maisara bertindak membuka rahsia membuatkan Hisyam hilang sabar dan lebih risaukan Idayu yang sudah patah hati (walaupun Idayu sudah tahu mengenai kecurangan Hisyam) Tapi Idayu kecil hati kerana bukan Hisyam yang membuka cerita itu kepadanya. Dia rela dimadukan sekiranya Maisara itu pilihan hati Hisyam. Idayu terasa terhutang budi pada Hisyam yang sanggup memperisterikan dan membahagiakan dirinya di sepanjang perkahwinan mereka.


Sikap Idayu yang mula menjauhkan diri dari Hisyam membuat Hisyam serba tak kena. Rindunya kepada Idayu melebihi rindunya pada Maisara. Inikah perasaan cinta yang dicari-carinya? Setelah Idayu terluka barulah dia cuba meluahkan cinta tetapi Idayu menganggap kata2 cinta dari Hisyam hanyalah untuk membahagiakan dirinya. Hmm macam mana Hisyam nak ngorat balik Idayu ya?


Idayu adalah seorang wanita yang sentiasa memikirkan perasaan dan hati orang lain berbanding hati dan perasaan sendiri. Maisara dan Hisyam pula ada watak-watak yang mementingkan diri sendiri sahaja. Apa nak jadi pada orang lain diorang langsung tidak peduli.


MEmang geram dengan Hisyam. Masa dengan Maisara, dia tak pernah fikirkan perasaan Idayu. Tetapi sekali saja dia terserempak dengan Idayu bersama seorang lelaki, dia terus melafaz talak tanpa usul periksa. Memang dasar badigol. haha. Tapi padan muka Hisyam. Puas hati aku dengan cara Hanni Ramsul torture perasaan Hisyam. Great ending! citer tangkap nangis yang patut ada dalam simpanan penggemar kisah ala-ala Neng Yatimah.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorg anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yg dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorg gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama Maisara.


Namun... satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi... dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.


Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dgn Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar2 dia cinta?

No comments:

Post a Comment