Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, December 21, 2011
Review 634: Cinta Sejati by Azra Aryriesa
Cinta Sejati by Azra Aryriesa
Terbitan Buku PRima
Cetakan Pertama 2008
RM16.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
"Cinta, kau hadir setelah dia berlalu pergi..."
Tak rugi saya menarik 'Cinta Sejati' keluar dari rak :) Kisah yg manis utk dihayati.
Permulaannya saya ada jugak ulang dua kali kerana beberapa watak diperkenalkan di awal cerita. SAya cuma tak mahu keliru dgn watak yang cuba diketengahkan.
Yang paling kita notice tentulah watak Zarif, Yaashman, Zara dan Mia. Penulis menganyam kisah 4 orang ni secara bersulam sebelum kita dpt melihat di mana letaknya watak2 ini dan apa perkaitan di antara mereka.
Zarif dan Zara sudah lama saling mengenali. Sejak kecil. Mereka berkahwin atas kehendak keluarga, namun perhubngan mereka masih lagi seperti sahabat. Mereka mmbuat keputusan utk mengikut haluan sendiri. Tanpa lafaz cerai, Zara pergi dari Malaysia.
Di bumi asing dia bertemu Yaashman yang menangisi dosa semalam, cintanya dihumban ke tepi kerana kesalahan lalu yang siapapun tak mungkin akan memaafkan, tambah2 lagi tuan punya diri.
Zarif cuba membuka hatinya buat insan lain namun bayang Zara memenuhi ruang yg kosong itu walaupun 7 tahun berlalu. Watak Mia seperti tiada, tapi rupanya dia memang sentiasa ada, cuma dia lebih dikenali dgn nama Sarah. :)
Kejadian cubaan bunuh diri di hospital, gara2 terpaksa berkahwin membuat Zarif membuka rahsia hatinya dan turut menjadikan dia lebih berani utk meluahkan perasaan kepada Zara, walaupun hanya melalui emel.
Yaashman ngan Mia nyer kes tu macam citer "Aaa gale laag ja" ajer ek? yg dpt anak nama Rahul yg kena polio tu. huhu.. Terlanjur semasa berpelukan dlm cuaca sajli. Lama tak layan citer hindustan.
Walaupun agak terlewat Zara membuka emel dari Zarif, dia berasa lega kerana cintanya bersahut. Zarif dah frust dah sbb tak der respond. Cinta itu sudah cukup kuat utk membuat Zara kembali ke Malaysia. Diorang ni jatuh cinta bukan sbb selalu bersama, jarak masa dan lokasi yang membuka hati mereka utk menyedari perasaan sebenar mereka antara satu sama lain.
Pertemuan semula dgn Zarif menemukan Zara dgn Sarah yg baik dgn Zarif. Dia akhirnya bertemu dgn pujaan hati Yaashman dan berhasrat utk menyatukan mereka semula.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Zarif. Cintanya terhadap Zara hanya hadir setelah betahun wanita itu meninggalkannya. Bimbang kehilangan cinta membuatkannya memilih untuk mengunci mulut dari meluah kata hati. Namun mampukah dia terus bertahan tatkala rindu semakin menghambat hati?
"Yash, manusia boleh datang dan pergi bersilih ganti dlm hidup kita, tetapi cinta tidak begitu. Cinta sejati adalah cinta yg hanya sekali hadir dlm seumur hidup. Cinta sejati itu datng dari hati yg ikhlas dan suci. Ianya lahir tanpa dipaksa-paksa. Dan cinta itu akan kekal utuh selamanya biar apa jua berlaku," ucap Imran tenang.
Dosa yg dihumban ke atas Mia membuatkan Yashmaan hanyut dalam arus penyesalan. Kekesalan yg akhirnya mengajar lelaki itu erti cinta yg sebenarnya. Namun tiada dirinya utk meraih kembali cinta yg pernah dipandang sepi kerana Mia telah dimiliki sahabat baik sendiri. Lalu, sampai bila dia harus hidup dgn cinta dan rindu yg tak pernah surut?
Cinta. Sesuatu yang sukar utk ditafsirkan. Abstrak dan subjektif. Anugerah Tuhan yg tidak ternilai. Cinta mampu mengubah segalanya. Namun, benarkah cinta sejati akan terus kekal walaupun zaman terus dibenam waktu? Cinta, kau hadir setelah dia berlalu pergi...
---------
Cinta Sejati yang hadir sebagai karya sulung penulis di medan penulisan merupakan sebuah karya yg diangkat dari kisah hidup seseorang. Ketabahannya dlm menanti cinta sejati yg telah diabaikannya suatu masa dulu benar2 menimbulkan rasa kagum penulis. SEgalanya jadi pengajaran y begitu bermakna kpd penulis dlm menempuh perjalanan hidup yg masih panjang. Semoga karya ini mampu memberi hiburan kpd semua yg membaca.
-Azra Aryriesa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment