Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 6, 2011

Review 620: Kuutus Rindu by Intan Arnida


Kuutus Rindu by Intan Arnida
Terbitan alaf 21
Cetakan pertama 2008
RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-354-1

"Bila memori datang mendera
kutebar harapan di lautan kasih"


Terasa nak baca hasil tangan penulis baru pulak minggu ni :) Aku pilih novel Kuutus Rindu karya Intan Arnida. Secara umumnya kisah ini tidak menumpukan kepada kisah cinta semata-mata. Kisah dunia persekolahan Puteri Qayrina, Puteri Qistina, Masyalia dan Eiruz Hakim memang penuh dengan liku2 hidup remaja2 masa kini. Nama2 yang digunakan terasa sangat moden dan nama Masyalia tu kalau reshuffle balik boleh jadi perkataan "Malaysia" tu. hehe. Patriotik lah pulak.


Qay dan Qis memang remaja yang spoiled dan mementingkan diri sendiri. Eiruz lebih bertimbang rasa dan Masyalia adalah anak muda yang tertekan dengan keadaan diri yang tak tentu status halal atau haram kelahirannya. Saya senang dengan kisah anak2 muda ini, namun bila diselitkan Karissa Lisa dan Lylia Lykrisa (tersimpul lidah nak sebut) punya misteri tu ada rasa sedikit tidak tersusun kisahnya. Seperti ada dua kisah diceritakan berselang selang setiap bab namun time frame nya tidak sama. Membuatkan saya rasa seperti muka surat salah susun.


Bila konflik sampai ke kemuncak dgn muncul pulak Ratu Cobra yang digeruni yg ada kaitan dgn salah satu watak penting dlm citer. Masa tu rasa macam wah makin thrill kisahnya, dan kaitan Rahim dengan watak utama kisah ini juga sangat tidak disangka-sangka, tapi tetiba habis. Dan semua konflik selesai sekelip mata dan semua orang jadi baik2 belaka. Rasanya kalau penulis memberi ruang yg lebih untuk penghujung cerita ini mungkin ia akan menjadi lebih menarik kerana genre sebegini ada tarikan tersendiri. Apa2pun all the best kepada penulis dan saya harap dapat membaca karya2 lagi.


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.


Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.


Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna!


Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!


Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?


Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

No comments:

Post a Comment