Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 21, 2011

Review 637: Seindah Rahsia by Afiqah Farzana


Seindah Rahsia by Afiqah Farzana
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2006
RM17.90
425 mukasurat
isbn 9789833669158


Saya baca novel ni setelah mengetahui yg sambungannya adalah "Suara Kekasih" oleh penulis yg sama dan kedua2 buku tu ada di tangan saya masa tu.. so baca jer lah :) Yam, nanti baca tau! hehe.


Saya ni tak der la reti sgt bahasa inggeris tapi saya rasa agak terganggu dgn penguasaan bahasa inggeris utk watak2 dlm citer ni yg kerjanya bagus2.


Kisah cerita ini sangat padat dan ada tarikan tersendiri. Sri Atiya terpaksa kawin dgn Anuar, bakal abg iparnya kerana kakaknya Atira telah melarikan diri. Atira berbuat begitu dgn alasan utk keselamatan Sri. Perkahwinan dgn Anuar mengurniakan Sri seorg anak perempuan comel bernama Lisa. Setelah 5 tahun, Anuar mula mencurigai Sri. Saya agak kurang selesa dgn sikap Sri yg melayan secret admirernya Ilham dgn kata2 rindu sedangkan masa tu dia masih isteri org. Layanannya terhadap Hadi tu kira ok lah walaupun terang2 nampak Hadi tu syok giler kat dia. Dia lebih menjaga dirinya sebagai isteri org ketika bersama Hadi, tapi ketika berckp di telefon dgn Ilham, dia seperti membiarkan dirinya hanyut dengan kata2 rindu dari Ilham yg tak pernah ditemuinya. Mungkin itu sbg escaptism kpd dirinya yg dizalimi suami sendiri.


Penceraian akhirnya berlaku. Talak tiga. Pertemuan semula dgn Atira membuka rahsia yg rupa2nya Atira telah diperkosa oleh ayah tiri mereka dan demi menyelamatkan Sri, Atira mahu Anuar memperisterikan Sri lalu dia menghilangkan diri. Hakim telah membantu membangunkan semula semangat diri, lalu mereka berumah tangga dan sekarang sdg menunggu kelahiran anak pertama.


Ayah tiri mereka meninggal dunia dan barulah Atira bertemu dgn ibu mereka, melepas rindu. Hadi berjaya memperisterikan Sri namun, pertemuannya dgn Anuar sblum perkahwinan mereka telah menyebabkan Anuar beranggapan bahawa Hadi setuju menjadi cina buta supaya dia dapat memperisterikan Sri semula selepas diceraikan Hadi nanti. Namun setelah setahun berlalu Hadi masih menyulam kasih bersama Sri dan membuatkan Anuar geram.


Cerita yg dibongkarkan Anuar membuat Sri kecewa dan kembali mengadu nasib kepada Ilham. Ilham berjanji akan menemuinya selepas majlis konvokesyennya. Alangkah terkejutnya Sri apabila bertemu dgn Ilham yang dipujanya sekian lama... dan masih banyak perkara yg dia belum tahu tentang dirinya sendiri. aduih... blurrrrnya Sri!!! yg tak sangka tu.. dia dah jadi Datin pun tak perasan. hehe. peh ni nak terus baca "Suara Kekasih" lah :)



sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Kita hanya merancang namun ALLAH yg menentukan. Begitulah yg terjadi kpd nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anua yg sepatutnyamenjadi abg ipar Sri kini menjadi suaminya yg sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri utk menghadapi hari2 mendatang.


Pada mulanya kehidupan rumahtangga Sri bahagia. Tiada apa2 yg terjadi. namun setelah 5 thn melayari bahtera besama, akhirnya rumahtangga yg dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai.


Kehadiran Ilham sbg Secret admirerer dn kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anuar dan pertemua semula dgn Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dgn keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil hadi sbg suami namun dlm masa yg sama dia tidak dapat melupakan Ilham yg lebih dulu dikenalinya melalui sms.


Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi. Hadi telah berjanji pd Anuar utk mengembalikan Sri. Perkahwinannya ats dasar cina buta. Sri sekali lg berasa tertekan. Kepercayaan pd hadi hilang sekelip mata. Dlm masa yg sama, Ilham muncul semula melalui SMs. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa.


dptkah Sri berjumpa dgn Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dgn bekas suaminya Anuar? Dan siapa pilihan Sri?

No comments:

Post a Comment