Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, December 1, 2011
Review 589: Dekat Di Hati by Eyman Hykal
Dekat di Hati by Eyman Hykal
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 17.00
424 mukasurat
"Sayang tak terkata, rindu tak terhingga"
Cerita ini memfokuskan kepada kisah Johan dan izudin. Anak beranak yang ada cerita hidup dan cerita cinta yang tersendiri. Separuh dari buku ini saya agak susah nak concetrate, mungkin sbb kesibukan kerja yg membuat saya letih dan mengambil sama yang panjang utkmenghabiskannya. Masa part Izu di kampung tu macam interesting tapisaya masih belum menemui beat bacaan yang lancar dan rancak walaupun dgn kemunculan watak Ayu yang ayu itu.
Peristiwa penculikan Dalila menjadi cerita ini mendebarkan dan menarik. Saya seronok membaca scene2 cemas yang dilalui Johan dan Izu utk menyelamatkan si kecil, Dalila. Izu mempraktikkan ilmu silat yang dipelajarinya sewaktu di kampung.
Johan cuba meraih kembali cinta bekas isterinya dan kasih sayang anak2nya yang ditinggalkan 17 tahun yg lalu. Izu pulak dalam delima utk menerima kehadiran seorang lelaki bergelar abah dalam hidupnya. Di kampung dia disapa cinta pandang pertama ketika bertemu Ayu. Watak Izu kelihatan sangat selesa dengan Nurul, sahabatnya. Dia seperti membiarkan Nurul meletakkan harapan cinta padanya, mungkin kata2 Izu sekadar gurauan seorang sahabat. Kesian la kat Nurul.
Hajat abahnya tercapai namun Izu yg kebudak-budakkan dalam bergurau telah membunuh impian kasihnya bersama Ayu hingga sebuah tragedi melempar jauh kasih Ayu buatnya. Namun di satu sudut, Nurul tiap setia menanti dgn lilin cinta yang tak pernah padam.
Hmm lepas ni cari buku sambungannya "ke Mana Hatimu" lah pulak. Rasanya mungkin concentrate kisah Izu-Nurul lah kot. Saya rasa dalam novel ini Nurul lebih matang dan lebih sesuai utk Izu. Tapi Izu labih layan 'cinta mata'. Ayu lebih muda (masih bersekoah) dan keanak-anakan.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
17 tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.
Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.
Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.
Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment