Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, December 1, 2011

Review 593: Ke Mana Hatimu by Eyman Hykal


Ke Mana Hatimu
by Eyman Hykal
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd 2006
Harga : RM 18.00
Halaman :492
ISBN : 983-124-255-6

"Aku sentiasa tahu akhirnya kasihmu akan kembali jua di sanubari ini"


Sambungan "Dekat Di Hati" oleh penulis yang sama. Posing model sama pesyen jer ngan dalam DDH :) Kalau DDH diceritakan dari sudut pandangan "Izu", KMH pulak diceritakan dari sudut pandangan "Nurul". Nurul dan Izu sudah selamat ditunangkan tetapi tindakan Izu yang sering berbalas sms dan bertelefon dgn Ayu menimbulkan rasa cemburu di hati Nurul. Demi menghilangkan cemburu Nurul, Izu memutuskan pertunangan.


Izu cuba kembali kepada Ayu setelah melepaskan Nurul. dia tak mahu memadu kasih dgn dua wanita. He's a one woman man. Namun Ayu menolak cinta Izu kerana tak mahu menjadi peruntuh masjid yg bakal dibina. Izu tidak dapat menolak perasaan kasihnya yang menebal buat Nurul tetapi Nurul sudah patah hati. Izu tercabar dengan kehadiran Razen dalam hidup Nurul.


cuma di hujung2 cerita saya rasakan cerita ini sangat menarik. Pengakuan En. Karim ttg sebab sebenar dia sangat mahukan Nurul. Tersebak hingga menitis air mata bila nurul memanggil En. Karim 'ayah' semasa menghalang beliau dari melepaskan tembakan ke arah Razen. situasi yang saspen dan pada masa yang sama sangat menyentuh perasaan.



Ujung2 cerita juga mensignifikasikan lagi kehadiran 'Tengku Razeeda' di celah2 kisah Izu & Nurul. Saya suka dengan 'gangguan2' yang dibuat oleh Razeeda. Sikap Razeeda yang sentiasa mendominasi situasi setiap kali dia bersama Izu menggegarkan lagi kisah cinta Izu-Nurul yang mula terjalin kembali. agak mendadak pula penerimaan semula Razeeda terhadap kekasih lamanya sedangkan masa tu dia macam dah sungguh2 nak merampas Izu dari Nurul. Eyman Hykal tak lupa menyelitkan adegan pertarungan antara dua watak penting dalam citer ni berebutkan Nurul.


Sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Setelah bertemu dgn Ayu Fatiha, kasih izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu Fatiha tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui pemuda itu telah berpunya. Kerana itu, Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dgn harapan, Ayu Fatiha akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah2.


"ssampai hat awak buat dia macam tu! Saya tak sanggup menjadi peruntuh masjid yang sedang dibina. Kalaulah saya tahu awak dah bertunang..."


Bila disentap dgn realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. DEia ingnin kembali ke pangkuan gadi s itu. Namun Nurul sudahpun menghilangkan diri. Izzuddin bagai hilang arah. Pencariannya berhasil bila Izzuddin akhirnya dapat bertemu dgn kekasih hati. Lantas dia meluahkan hasratnya utk kembali. Malangnya, Izzuddin ditempelak oleh Nurul.


"Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Izu. Buat apa lagi izu nak paksa hati utk sukakan Nurul?"


Izuddin terkedu. Betapa pun Nurul hanya menghulurkan segaris harapan.


"Cinta yg kecundang seperti sebuah mahligai yg telah runtuh. Ia perlu dibina kembali dan dimulakan dgn segenggam pasir..."


rm18.00
485 mukasurat


sinopsis di website alaf:


Sinopsis : KE MANA HATIMU
Setelah bertemu dengan Ayu Fatiha, kasih Izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui yang pemuda itu telah berpunya. Kerana ini Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dengan harapan Ayu akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah-mentah.


Bila disentap dengan realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. Dia ingin kembali ke pangkuan gadis itu. Namun, Nurul sudah pun membawa diri. Izuddin bagai hilang arah.


Apakah kesudahan ceritanya? Dapatkah Izuddin bertemu dengan Nurul untuk menyatakan kekesalannya? Apakah perasaan Nurul ketika menghadapi kenyataan hidup ini yang dia seperti dipermainkan oleh Izuddin?

No comments:

Post a Comment