Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 7, 2011

Review 626: Memoir Seorang Guru by Azizi Abdullah


Memoir Seorang Guru by Azizi Abdullah
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan 1 - 2007
RM13.00
300 mukasurat
isbn: 9789831243152

"Semoga terik sinar mentari di dahi ini terbias menjadi cahaya yang dingin di pipimu."


Naskhah kecil yang menyentuh hati. Membuat airmata tumpah pada masa-masa yang tak disangka. Sgt menyentuh perasaan dan membuat kita simpati dengan seorg guru garang yang mencari berkat dlm hidupnya. Dia percaya dia tidak pernah mencapai murabbi dlm kerjayanya kerana sikapnya yg pilih kasih dan membenci sebenci bencinya beberapa pelajar yang menyakitkan matanya apabila dipandang.


Dan disebabkan perasaan itulah dia membantah keras bila satu2nya anak gadis kesayangannya memilih utk menjadi guru. Dia tidak mahu anaknya melayari kerjaya sepertinya kerana mesti Kama tak akan dapat lari dari bertembung dengan murid2 yang lebih kurang sama dengan yg pernah ditemuinya.


Alias, Sakinah dan Midun meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa ustaz tua ini. Dia benci ketiga-tiga mereka itu dan setiap satu mereka mempunyai kisah yang menyentuh hati, mengundang hiba.


Buku ini penuh dengan luahan perasaan seorang ustaz terhadap anaknya. Kisah2 teladan yg dia mahu anaknya tahu sebelum betul2 terjun dalam dunia perguruan.


Satu tragedi telah menemukan dia dgn Alias, Sakinah dan Midun yg menganggap kebencian sbg signal kasih sayang. Di jiwa mereka terpahat kenangan seorg ustaz yang garang yg telah mengubah hidup mereka.


Tragedi itu juga telah menemukan Kama dgn Dr Kamarul dan ustaz merestui mereka.


Membaca buku ni membuatkan saya teringat pada novel 'Menumpang Kasih Mengharap sayang' by salami simon. bukan sebab kisahnya serupa tapi perasaan yang saya rasa sepanjang membaca buku ini sangat sama :) novel yang mengharukan dan menyentuh perasaan.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:


Bukan aku hina profesion pilihannya. Dan, bukan aku benci pilihannya itu. Dia tidak faham... walaupun mewarisi profesionku, ia bukan kebanggaanku. Malah aku tidak merestuinya. Namun dia tetap dengan pendiriannya. sikap & kemahuannya cukup keras sekali.


Ya ALLAH apalah dayaku utk menegahnya daripada meneruskan cita2 itu. Aku semakin dipanjat usia, namun kedegilannya membuatkan aku dilanda stres dan halimunan yg tidak berkesudahan.


Perlukah aku meluahkan apa yg pernah kurasai selama ini? Adakah dia akan mengerti aku membantah?


"Anakku... masakan engkau akan faham jika buktinya tidak diketahui? Namun, mahukah engkau dengar apa yg pernah bapa rasai dan alami sepanjang bapa menjadi guru?"


Kekesalan itu sering menghantui diriku. Aku ingin menjadi murabbi yg dipandang mulia dgn keberkatan profesionku. Tapi perasaan itulah yg sering datang dlm usaha aku menghapuskannya jauh dari sanubari ini. Ya TUHAN... ampunilah aku...


Memoir Seorang Guru... diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yg menyentuh perasaan. Padat dgn mesej yg tersirat utk dijadikan renungan bersama.

No comments:

Post a Comment