Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, December 5, 2011

Review 606: Kasih Tercipta by Muliati Abdul


Kasih Tercipta by Muliati Abdul
Terbitan Buku Prima
cetakan pertama 2007
RM15.90
316 mukasurat
isbn: 9789833669394


Lenggok bahasa indonesia yg digunakan dlm kisah ini lebih real dan tidak kekok membaca dialek itu. Sebab kdg2 bila baca novel malaysia yang ada diselitkan lenggok indonesia kelihatan seperti orang malaysia cuba cakap indonesia dan bukannya org indonesia walaupun watak itu sepatutnya orang indonesia... *garu pala* betul ker aku taip ni? aku pun dh confuse.


konflik cinta dalam kisah ini kelihatan biasa mungkin sebab sudah ramai penulis yg mengadun conflict begini dalam kisah cinta yg mereka bukukan. Penyampaian yang berhati-hati dan teratur tetapi tidak menyerlahkan kelainan utk highlight kisah ini dari kisah2 lain yang seperti ini. Cuma mungkin latar indonesia tu mungkin membantu. Kisah semasa diorang kat indonesia tu mengingatkan saya semula kepada kisah Sangkuriang tu. Dulu saya penah tengok movie pasai kisah ni. Menarik. Kisah cinta terlarang. huhu.


Semasa Ana berjumpa Armand di Indonesia dan Bakhtiar tu jeles, saya heran la kenapa Ana boleh memaksa dirinya balik bersama Bakhtiar seperti dikehendaki Bakhtiar dan meninggalkan tugas rasminya yg berbaki 2 hari. Apa yg saya faham Bakhtiar hanya peguam syarikat dan bukannya bos. Suka2 hati jer paksa Ana balik.


Bakhtiar ni suka menggunakan kepentingan peribadi utk mengugut. Contohnya dgn In dia mengugut akan menarik diri dari joint venture diorang kalau In terus menyakiti Riana. Dan bila Riana seperti jatuh hati kepada Armand, Bakhtiar mengugut pulak sekiranya Riana tak ikut dia balik dia akan membatalkan joint venture dia dengan In, Abg kepada Riana. Kebencian In pada Riana spt mudah sangat terlerai selepas dendamnya yang berapi-api sebelum ni.


Armand terpikat pada Riana yg sgt mirip arwah isterinya. Malah suaranya jugak sejibik sejibon suara Maya. Rupa2nya Riana menjadi kunci pencarian ibu kandung arwah isterinya.


sinopsis di kulit belakang novel ini menceritakan segala-galanya yg anda perlu tahu tentang kisah ini.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kuasa Allah tiada siapa yg boleh menghalang. Armand kehilangan Maya, isteri yg dicintainya akibat penyakit leukimia. walaupun hatinya terluka, namun dia harus akur pd ketentuan Ilahi.


Armand terus menutup pintu hati utk mencintai gadis lain. Pdnya hanya maya seorg shj gadis yg dicintai sehingga ke akhir hayat.


Setahun berlalu dlm diam setiausahanya, Tamara telah jatuh cinta pd Armand. Namun Armand hanya menganggap Tamara sbg teman sekerja tidak lebih dr itu.


Tanpa disangka kehadiran Riana di Bandung atas urusan kerja telah menemukan Riana dan Armand. Armand terpegun melihat Riana yg seiras wajah arwah Maya. tamara berasa cemburu dgn pertemuan itu.


Bakhtiar: sahabat baik Salihin iaitu abg Riana berasa kecewa bila mendapat tahu yg Riana mencintai lelaki lain. Bakhtiar mengugut Riana supaya meninggalkan Armand kalau tidak usahasama syarikat yg dibina bersama Salihin akan dibatalkan.


Riana dalam dilema. Dia tidak mahu menghancurkan harapan abangnya. Salihin dan meninggalkan Armand begitu sahaja.


Riana tersepit antara desakan cinta Bakhtiar dan memilih Armand cinta sejatinya. Mahukah Riana memenuhi permintaan Bakhtiar? Adakah Riana menemui cinta sejati yg selama ini dicari?

No comments:

Post a Comment