Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, December 1, 2011
Review 583:Menumpang Kasih Mengharap Sayang by Salami Simon
Menumpang Kasih Mengharap Sayang by Salami Simon.
Terbitan Marwilis Publisher
RM6.50
150 mukasurat
Ni antara novel yang saya baca semasa berada di Kuala Lipis. :) Best gak tengok2 koleksi novel Diana. Banyak novel2 lama dan ada juga yang cover asal yang dah susah nak dijumpai seperti cover asal Jendela hati, Jauh dan Kisah Kasih.
Buku ni memang dah lama diana rekemen saya baca tapi tu la, cari tapi tak penahnya jumpa. Akhirnya dapat juga baca. Buku ni tak der lah tebal sangat, sekitar 150 muka surat sahaja tetapi isinya sangat padat, hebat dan sudah pastinya menyentuh hati. Kalau ini karya pertama Salami Simon, i'm really really impressed. Penyampaiannya amat mudah tetapi mendalam maksudnya dan sampai ke hati. Realiti kehidupan yang dialunkan dalam kisah terbitan tahun 1991 ini sangat hiba.
Perjalanan hidup dua anak yatim yg tidak pernah berpeluang mengenali ibu dan ayah mereka. Mereka terdera fizikal dan emosi. Sikap iri hati memburukkan lagi perjalanan hidup mereka. Memang luruh air mata menatap kisah ni.. tapi saya kena kontrol la sbb Diana ada.. kalau sorang memang aku dah uwaaa uwaaa dah.
Adil dan Siti adalah sepasang anak kembar yg kematian ibu dan kehilangan ayah. Nenek dan datuk mereka dipanggil bapa dan mak kerana itulah panggilan yang sering didengari. Mereka dikerah sbg anak tani. Saya tersentuh dgn kasih sayang Adil terhadap Siti yang sering pengsan2. Geramnya dgn cikgu Mahani yg perasan bagus tu dan suka menuduh tanpa usul periksa. Dia membawa fitnah ke pendengaran mak dan bapa sehingga teruk mereka kena dera dan beg2 buku Siti dibakar sbb dia dituduh jatuh hati pada guru kelasnya. Siti memg selalu ushar cikgu Ahmad tapi kerana wajah cikgu itu seiras dgn wajah bapa yg dirinduinya yang sering melawatnya dalam mimpi. malah cikgu tu seiras dgn Adil.
Adil kecewa kerana Siti tak dibenarkan ke sekolah lagi.. dia nekad mahu mendapatkan wang dan membelikan Siti beg dan buku2 baru. Dia terpaksa mencuri wang masjid utk memastikan itu berlaku, tetapi dia tertangkap. sudah lah diblasah di rumah, di sekolah pula dia dirotan di khalayak ramai oleh Cikgu Ahmad tanpa siasatan mendalam mengapa dia bertindak demikian. Adil pengsan hari tu.
Siti pulak memang dari awal cerita kelihatan seperti anak gadis yang lemah dan sering pitam. Mak sering menuduh dia sengaja buat2 sakit utk mengelak bekerja di ladang. Satu hari dia lena tak bangun2. Masa tu baru la kalut nak hantar dia ke hospital. Bayangan lambaian Siti di mimbar membuatkan Adil resah.
Geramnya biler dpt tau Cikgu Ahmad kawin ngan Cikgu Mahani.. aduih.. tak der calon lain ker.. tapi biler tau kisah seterusnya, barulah saya rasa memang padan pun cikgu Ahmad ngan cikgu Mahani tu. Masa Ckgu Ahmad dan cikgu Mahani melawat Siti di hospital, barulah tersingkap rahsia yang rupa2nya Cikgu Ahmad adalah bapa kandung Siti dan Adil, dialah lelaki yang bawak lari anak kesayangan datuk dan nenek kerana cinta yg membara. Nyawa Siti tak panjang.. aduih.. sedihnya masa Adil bawak bingka ubi tu.. Sebelum Siti menghembuskan nafas terakhir, dia sempat dimaklumkan mengenai Cikgu Ahmad. Siti pergi dgn tangannya erat dalam genggaman bapa kandung dan datuknya. Siannya Zaman, dah lama dia syok kat Siti. Kebencian mula tersemai di hati Adil.
"Namaku bukan Mohd Adil bin Ahmad. Namaku Mohd Adil bin Bapak."
Adil terpaksa mengikut Cikgu Ahmad dan Cikgu Mahani ke rumah mereka. Di sana, rahsia kelahirannya terbongkar dan menjadikan cikgu Ahmad lelaki yang paling hina di matanya, lebih hina dari dirinya yang digelar pencuri. dia menyesali pertemuan dgn Cikgu Ahmad, lelaki yang memulangkan tubuh kaku ibunya bersama sepasang anak kembar kepada datuk dan neneknya.
"terima kasih saya ucapkan kerana cikgu telah menderitakan hidup arwah emak saya dan sekali gus menjadikan saya sebagai pewaris segala penderitaan dan kesengsaraannya."
Kebenaran yang tersingkap membuatkan Adil terfikir, sampaikah doa2 dan bacaan surah al-Kahfi yang sering Siti sedekahkan buat arwah ibu sekiranya mereka adalah anak2 yang di luar ikatan perkahwinan.
sure fine whatever
rinn
Catatan belakang buku:
Salami binti Simon dilahirkan pada 16hb November 1968 di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangkasaan Dato' Maharaja Lela, Jeram. Di peringkat menengah pula, salami belajar di Sekolah Agama Menengah Rendah Jeram (hingga ke tingkatan 3) dan menyambungnya di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang.
Buat masa ini, Salami masih menuntut di tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam pengkhususan jabatan sejarah dan Pengajian Melayu.
Di dalam bidang penulisan, Salami merangkumi cerpen dan sajak. MENUMPANG KASIH MENGHARAP SAYANG merupakan novel pertama beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam puan... Saya pun pernah baca buku ni. Mmg bengkak mata menangis terutama masa siti nak meninggal tu... Kalau jumpa buku ni, nak bg anak2 pulak baca...
ReplyDeleteSalam puan..saya sedang mencari buku ini. Jika tidak dapat buku..salinan fotostat pun sanggup saya bayar.
ReplyDeleteMana boleh saya nak beli buku ni ye.. buku bacaan zaman remaja saya. Kalau bleh nk baca sekali lagi
ReplyDeleteMy fav book. Saya ada buku ni. Tp cover depan dah koyak. Saya simpan sejak 30 tahun dulu. Kalau baca skrg pun mmg menitik air mata. Buku untuk setiap lapisan umur.
ReplyDeleteuntungla awak masih ada simpanan, bertahun saya mencari novel ni, beberapa kedai buku lama sekitar penang pun sya mencari tapi belum rezeki... waktu sekolah dulu rasanya hampir 5 kali dah baca... tapi rindu nak baca lagi novel ni....
Delete