Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, December 4, 2011

Review 603: Akan Kutunggu by Sania Yasmin



Akan Kutunggu
Penulis: Sania Yasmin
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789831246078


"Biar seribu tahun, cinta ini tak mungkin akan pergi"


Entah berapa lama dah aku peram buku ni :) mungkin terpengaruh dengan tajuknya, iaitu 'Akan Kutunggu', so aku biarkan buku ini menunggu gilirannya di rak untuk dibaca biarpun dah banyak buku lain dah potong line queue untuk dibaca :)


Aku paling tak puas hati dengan watak Datin Noraini. Dia sungguh-sungguh nak bermenantukan Syamil walaupun anaknya sendiri (Nadia) menceritakan betapa buruknya perangai Syamil. Mungkin dia teringin nak berbesan sangat-sangat dengan keluarga Tan Sri? Kalau tidak mengapa dia menolak Taufik, adik angkat yang dikenalinya sejak kecil yang sudah terbukti baik budi pekertinya. Dia meragui taraf Taufik samada anak halal atau anak luar nikah. Nampaknya Datin Noraini ni lebih rela bermenantukan Syamil yg pemabuk dan kaki perempuan berbanding Taufik yang diragui tarafnya sedangkan ibunya sendiri mengesahkan bahawa Taufik ada ibu bapa yang sah. Cakap mak sendiri pun Datin Noraini tak percaya. Dia nak jugak Syamil yg buruk perangai tu jadi menantu dia. Memang nampak sangat menghantar anak sendiri ke neraka. Bakal jadi bahan sepak terajang sajalah si Ayu tu. Kesian...


Taufik dan Ayu saling menyintai tetapi percintaan mereka ditentang Datin Noraini kerana dia tak mahu keturunan suaminya dicemari oleh Taufik yang tak tentu mak bapak. Ayu terpaksa pasrah dengan hasrat ibunya.


Syamil. Memang bila nampak Ayu yang cantik tu, hatinya terus terpaut dan terus berazam nak jadi baik. Tapi nampak sangat tidak bersungguh tambahan pula apabila dia berbalas kata dengan Nadia. Walaupun Syam benar-benar insaf kemudiannya, kesalahannya terasa terlalu besar untuk dilupakan. Sorry Syamil, tiada maaf bagimu... huhu... nasib baiklah Ayu tu baik dan pemaaf orangnya. Walaupun tersiksa dengan Syamil, dia tak pernah mengadu kepada ibunya, Datin Noraini. Memang simpati giler lah dengan Ayu nih. Mertuanya sendiri terpaksa mendiamkan diri demi menjaga nama baik anak mereka, Syamil. Syamil tu bukan anak menantu, tapi anak hantu. 'Video itu' telah melukakan banyak hati dan meragut nyawa orang yang amat dikasihi Ayu. ;_;


Bagi aku, Sania sentiasa ada sentuhan yang menarik dalam melakarkan scene sedih yang menyentuh hati. Antara sebab mengapa aku gemar membaca karya beliau :) Tapi dalam citer ni, aku memang tak puas hati dengan Datin Noraini tu. Adusss kesian Taufik dan Ayu. ;_;


Walaupun Syamil yang diangkat sebagai hero untuk Ayu, aku tak berkenan langsung dengan dia. Memandang dia ni seorang yang pernah masuk sekolah agama sebelum berangkat ke luar negara, dia seperti memperlekehkan hukum Allah dan tidak memandang berat kenyataan bahawa setitis arak yang diteguk telah menyebabkan 44 hari amal ibadahnya tidak diterima Allah.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku


Ayu Rihana terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.


Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah Ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorg bekas 'teman tapi mesra' Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hinggal lewat pagi.


Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

No comments:

Post a Comment