Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, December 21, 2011
Review 639: Secarik Harapan by Zulaila Zakaria
Penulis: Zulaila Zakaria
Tajuk: Secarik Harapan
Terbitan Buku Prima
cetakan pertama: 2006
566 mukasurat
RM19.90
isbn: 9789833369096
Kisah cinta anak muda yang manis dan menarik. Namun pengakhiran cinta mereka yg manis telah melukakan seorg insan baik yg seperti dipermain-mainkan, membuat aku sedikit kecewa, tapi secara umumnya kisah ini memang menghiburkan.
Lia adalah anak Adham yg pernah menghampakan keluarga apabila meninggalkan tunang pilihan keluarganya lalu berkahwin dengan wanita asing di luar negara, Nattasha. Nattalia gembira kerana akhirnya dpt menemui Tuk Wa, nenek yg penuh dgn rasa kasih tapi hubungan kekeluargaan dgn Adham agak longgar. Adham seperti tidak mahu berusaha menjernih kan keadaan dgn berbaik2 dgn keluarga kakaknya yg turut terkilan dgn sikap Adham. Rasa benci sedikit terbias pada Nattalia.
Adham sebenarnya telah memusnahkan harapan utk TukWa mendpt hak ke atas tanah yg terletaknya rumah pusaka kesayangannya. Perjanjian telah dibuat yg setelah Adham berkahwin dengan Izzah hakmilik tanah itu akan menjadi milik ADham. NAmun harapan itu tidak pernah kesampaian, Izzah pun telah bertemu jodoh dgn orang lain.
Lia diselamatkan oleh Zaidi ketika hampir lemas di tali air. Masa tengah sibuk bagi CPR Zaidi kena debik dgn Adham. haha.. Adham tu tengok lain macam jer Zaidi bg CPR tu kot. Lia terus dibawa balik ke kota dan mereka tak pernah bertemu langsung selepas itu sehinggalah Lia habis belajar dan jadi peguam.
Kepulangan Lia menggembirakan Tuk Wa yg sudah lama merindu. Rupa2nya bukan Tukwa sorang menanggung rindu, Zaidi pun tumpang sekaki tapi rahsia hati tak siapa yg tahu. Setiap kali bersama Lia, mereka lebih banyak bertekak dari bersembang. Keluarga Lia dianggap jenis orang yg mgkir janji gara2 perbuatan Adham dulu. Sbb tulah mak saudara Lia benci sgt kat Lia dan ayahnya. Tapi Hanis sepupunya sgt baik hati malah Hakim, sepupunya juga turut menyimpan perasaan sayang pada Lia. Tapi Lia sudah lama jatuh hati pada lelaki yg telah menyelamatkan nyawanya ketika hampir lemas dulu.
Rahsia yg disimpan akhirnya dibongkarkan oleh ibu saudaranya yg sudah lelah menyimpan rasa marah lalu diluahkan pada Lia. Lia kini faham dengan sikap benci ibu saudaranya dan nekad mahu menggoda anak lelaki bongsu Hj Ibrahim dan berkahwin dgnnya supaya kesalahan bapanya dpt ditebus, namun dia hiba kerana terpaksa melupakan Zaidi yg seperti bg respond positif kat dia. Zaidi terkilan dgn niat Lia dan sering melengahkan pertemuan Lia dengan anak bongsu Hj. Ibrahim, merangkap Tuan D.O di situ. Kejadian terserempak dgn Hanis barulah membuat Lia terkejut kerana Zaidi atau Izzat Zaidi itulah anak bongsu Hj Ibrahim! Haha.. Rosak program Cik Lia!
Sebenarnya Hanis dah lama berkenan kat Zaidi dan kalau dia berkahwin dgn Zaidi pun, keadaan dapat dipulihkan. Mak Hanis pun memang bekenan sangat kat Zaidi, tapi masalahnya Zaidi takmo, dia syok kat orang lain. Dan org tu adalah Lia. Lia sangat kesiankan Hanis dan bermati-matian mengatakan dia tak ada apa2 perasaan pd Zaidi dan apa yg sedang dilakukannya adalah semata-mata cubaan utk memberikan Tuk Wa kesayangannya hak yang sepatutnya. Setelah segala2nya selesai, dia akan minta cerai dari Zaidi dan dia akan pastikan Zaidi jadi milik Hanis.
Adham mula2 mcm keberatan nak bagi Lia kawin ngan Zaidi, tapi bila Lia mentioned her plan, dia bersetuju lah pulak. So diorang pun kaaaawinlah. selepas beberapa bulan Zaidi tekejut biler dpt surat pguam yg LIa nak bercerai dan utk menyakitkan hati Lia dia meminang Hanis. Itulah yg Lia mahukan, tapi setelah Zaidi mengetahui kisah sebenarnya dari Tukwa, Zaidi tak jadi bertunang dgn Hanis dan kembali ke pangkuan Lia yg sedang mengandung 3 bulan.
Zaidi sanggup ikut Lia ke luar negara sbb Lia nak sambung belajar.
MEmang Adham telah mencalarkan hubungan persahabatan dua keluarga tapi bagi saya tindakan Lia dan Zaidi telah menghancurkan lagi hati ibu saudara Lia dan tentunya Hanis yg baik tu yg menjadi mangsa. Mungkin kerana tak ada sebarang babak utk resolve kan perasaan Hanis-Lia-Zaidi menyebabkan saya rasa ada yang tak habis bila menutup novel ni.
Blurb novel ini dah menceritakan part yang sepatutnya menjadi kejutan... so kurang la skit thrill biler membaca tu, sekiranya anda baca catatan belakang novel ini. dan saya rasa di blurb juga penceritaannya tidak mengikut kronologi sebenar dlm novel ini.
-----
nampaknya lepas sebulan lebih tak buat review, panjang giler aku citer pasai citer nih. haha.. rindu nyer nak taip review panjang-panjang...
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Tindakn Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dlm keluarganya yg telah merancang utk menjodohkan Adham dgn Izzah, anak Tn. Hj. Ibrahim. Akibatnya Adham bertindak menjauh kan diri dari keluarganya dan meninggalkan kampung halaman.
Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dlm kehidupan Tuk Wa, emak Adham. Dia mahu merapatkan kembali hubungannya dgn keluarga Haji Ibrahim. Kali ini Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dgn Izzat Zaidi, anak bongsu Hj Ibrahim utk mendapatkan kembali tanah pusaka.
Namun malang tidak berbau, semasa Nattalia tinggal bersama Tukwa di kampung, dia telah diselamatkan oleh Zaidi dari lemas sewaktu bermain di tali air. Berputik perasaan cinta antara mereka. NNamun Adham menghalang hubungan cinta mereka.
Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yg telah lama terpendam utk menjodohkan Nattalia dgn Zaidi? APa pula tindakn Adham sterusnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment