Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 21, 2011

Review 638: Suara Kekasih by Afiqah Farzana


Suara Kekasih by Afiqah Farzana
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2007
RM15.90
300 mukasurat
isbn: 978983366987


Tak terasa buku ni setebal 300 mukasurat. Sekejap jer baca dah abis. Rasa sangat selesa baca novel ni mungkin sebab saya dh familiar dgn watak2 utama dalam cerita ini (ada kaitan Seindah Rahsia terbitan Buku Prima)

Sebenarnya ini bukanlah sambungan Seindah Rahsia. Penulis menceritakan kisah Atira dan Hakim dengan lebih terperinci dalam novel ini. Kalau dalam Seindah Rahsia, ianya lebih menumpukan kepada kisah Sri Atiya dgn Hadi.

Jika saya tidak membaca Seindah Rahsia dan tidak mengenali Hadi, mungkin saya akan syak jugak dgn perasaan Hadi pada Atira. Tapi memandangkan kita dah tau perasaan sebenar Hadi pada Atiya so, kita tak der la was2 dengan hadi ni bila bersama Atira.

Saya rasa tak ada masalah utk those yang tidak membaca Seindah Rahsia utk terus membaca novel ini, kerana ia seperti dua cerita berasingan.

Secara umumnya apa yg kita tau tentang Atira dalam Seindah Rahsia diperincikan dalam novel Suara Kekasih ini. So tak der la rasa kejutan sangat, cuma part Atira & Rostam tu saudara sesusuan tu memang tak sangka langsung!

Kisahnya tentang ATira yg baru melarikan diri sehari sebelum hari persandingannya setelah dirogol bapa tiri sendiri dan seorang pemiutang utk melunaskan hutang lama. Atira tahu Anuar sekeluarga takkan mahu menerima dirinya yg telah diragut maruah. Demi menyelamatkan Atiya dari turut menjadi mangsa, dia meminta Anuar memperisterikan Atiya.

Atiya terselamat dari bapa tirinya tetapi terperangkap dalam perkahwinan tanpa rela dengan Anuar & dia tidak bahagia walaupun setelah melahirkan Alisa.

Hakim setia menanti Atira yg begitu tabah meneruskan hidup. Lama jugak la hakim kena tunggu sebelum Atira yakin menerimanya sbg suami. Selain kemunculan semula Anuar dan bapa tirinya menggugat kedamaian Atira, sikap adik Hakim yg sentiasa mencurigainya juga membuat perasaan Atira berkocak, namun Hakim tu lelaki yg terlalu memahami Atira dan kepercayaannya pada Atira tidak berbelah bagi. Hadi pun macam tu jugak.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku

Atira menjadi mangsa kerakusan ayah tirinya. dia melarikan diri di hari persandingannya. Pertemuan dgn Hakim merubah kehidupan Atira. Pelbagai onak dan ranjau dilalui bersama. Selain Hakim, hadi sahabat karib Hakim juga banyak berkorban utknya. Dua insan ini telah menjadi tulang belakang utk atira bangun semula.

Kisah tentang kehidupan silamnya tersimpan rapi. Namun TUHAN itu lebih mengetahui dan TUHAN juga yg merancang semua ini. Satu demi satu kisah lama terbongkar. Atira akur, takdir TUHAN adalah dugaan utknya.

Kehadiran Syakilla menggugat hubungan Atira dgn abangnya, Hakim. malah rasa cemburunya bertambah-tambah lagi apabila mengetahui Atira juga kakitangan syarikat tunangannya, Rostam.

Ugutan ayah tiri membuatkan Atira hilang sabar. Dia tidak mahu melihat umi merana. Ugutan demi ugutan diterima. Kehadiran Soo Ling juga meninggalkan kesan dlm kehidupannya. Siapa Soo Ling?

Hakim dan Hadi sangat memahaminya. pertemuan dgn Atiya membuatkan kisah lama terbongkar sekali lagi. Si adik yg disngkanya begitu bahagia, rupanya menanggung derita. Atira bertekad menebus semula kesilapan percaturannya lima thun yg lalu.

Langkah demi langkah diambil. Semuanya perlu diperbetulkan. Atira juga perlukan sebuah kebahagiaan. Anuar yg masih mengejar byg2 nya perlu ditinggalkan. Mampukah Atira menolak cinta anuar dlm hatinya dan menerima cinta Hakim yg sekian lama terpendam?

"Tak terjangkau dgn kaki melangkah dan tak terucap dgn kata2 yg indah. Itulah irama kehidupan yg mengalunkan pelbagai emosi kita"

1 comment:

  1. Baca kedua dua novel ni sebab penulisnya teman belajarku, lambat faham jalan ceritanya mungkin sebab saya bukan peminat novel

    ReplyDelete