Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, December 7, 2011
Review 625: Horizon Cinta by Umi Azrini
Horizon Cinta by Umi Azrini
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
cetakan pertama Tahun 2009
RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-404-316-6
"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"
Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. E-zo dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.
Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.
Tapi masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ada ka dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer aku.
Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.
Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.
Saya kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi saya dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Walaupun saya tak berminat tapi ianya mengkagumkan. tahniah. :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri-nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.
Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin-cah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di-minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.
Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.
Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment