Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 7, 2011

Review 627: Cinta Dua Jiwa by Rania Firdaus


Cinta Dua Jiwa by Rania Firdaus
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2009
RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-391-6


"Berpisah itu indah jika kita berbicara bahasa rindu"


Aisya Humayra seperti terpaksa mengahwini Hariz walaupun dia lelaki yang baik. Rasanya kalau dia tak bersedia, tak perlu lah kahwin. Ni kenapa nak kawin lepas tu letakkan syarat (yang biasa kita dengar). Nampak sangat sekadar nak menyedapkan cerita, especially utk menarik perhatian pembaca2 kisah cinta selepas kahwin. Saya rasa cerita ini mgkin lebih menarik sekiranya alasan Aisya Humayra berkahwin dgn Hariz tu lebih kukuh dan lebih kelihatan betul2 terpaksa, tidak boleh tidak, mesti kena kawin. Bila membaca kisah2 cinta selepas kawin, penyebab berlakunya perkahwinan itu mestilah kukuh dan believable. Kalau alasannya goyah dan boleh dielak, rasa macam main2 lah pulak. Perkara2 kecil beginilah yang mendorong saya utk terus membaca atau tidak.


Sukar mencari kelainan novel ini jika dibariskan dengan novel2 kisah cinta selepas kahwin yang lain. Plot penceritaan kemas dan teratur, tidak memeningkan. Agak mengkagumkan utk karya pertama penulis muda ini.


Ada disebutkan darah O sukar didapati? errr betul ke fakta tu? bukan ker darah O lah yang paling ramai orang. Cuma darah O-ve yang susah nak dapat. Bila sebut darah O sahaja biasanya merujuk kepada jenis O+ve.


Perubahan mendadak Ako dan Siti Fairuz sempena Ma'al hijrah tu mcm kelakar lah pulak kerana tak terasa watak2 tu mula insaf, macam tiba2 jer insaf dan bertaubat nasuha. tapi anjuran hijrah secara positif tu sangat bagus diterapkan dalam penulisan.


Ako tu memang dah sah2 tak bleh dekat ngan Humayra, biler dia dekat jer, mesti melibatkan tragedi hingga Humayra mengalami gegaran otak dan pendarahan. Bayangkan kalau betul2 dia kawin ngan Humayra, ntah berapa kali la Humayra tu boleh amnesia.


Cukupkah jangkamasa yg diberikan utk Humayra pulih dari amensia dan terus amik exam. hmm 'selected amnesia' kot.


Hariz menyintai Humayra dari jauh. Hubungan online membuatkan Humayra tidak mengenali siapakh Hariz/Archyhis. Tragedi telah menemukan mereka walaupun nyawa Humayra hampir melayang. hariz mengambil kesempatan itu utk mengenali dan mengasihi Humayra, malah mereka bekerja bersama.


Humayra menerima Hariz sbg suami dgn syarat tidak akan menyentuhnya selagi dia belum bersedia. Pada pendapat saya, kalau tak bersedia, jangan la kahwin lagi. alasan perkahwinan tu tidak meyakinkan.


Tapi bagi peminat setia kisah2 cinta selepas kahwin, mungkin cerita ini boleh memberi hiburan dan kepuasan kepada anda. Gaya penyampaian penulis ini sangat kemas cuma scene sedih tu tak cukup sedih la dan watak Humayra tu terlalu pemaaf. Kesian kat dia la... All the best to this writer and i look forward karya2 baru dari penulis ini :)


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.


Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.


Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...

No comments:

Post a Comment