Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, June 30, 2011

Review 438: Tak Mungkin Kuhindar by Ana Sofiya



Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Norhafedah Jamiyil / Sari Masrul
Cetakan Pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
9789673650149
628 mukasurat


"Kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?"

Kisah cinta mereka bermula dengan lakonan untuk menyelamatkan Maria/Lia dari gangguan Wan, bekas teman lelaki Maria. Hisyam kebetulan berada di situ lalu bermulalah lakonan mereka yang membawa kepada pertemuan demi pertemuan. Maria cuba untuk tidak mempedulikan Hisyam kerana dia masih kecewa dengan tindakan Wan yang mengahwini wanita lain.


Hisyam sudah lama berkawan dengan Salina tetapi dia tidak pernah ada perasaan kasih kepada Salina. Maria yang baru dikenali sudah mengajarnya erti rindu. Hisyam dengan sabar mengorat Maria. Huluran cintanya akhirnya bersambut tetapi keakraban mereka dicemburui Salina dan Wan. Fitnah Wan terhadap Maria sedikit sebanyak menimbulkan curiga di hati Hisyam sehingga dia hampir-hampir kehilangan Maria.


Maria mempunyai trauma perasaan terhadap lelaki bergelar bapa. Dosa bapanya tidak terampun baginya. Tindakan ibunya menerima bapanya semula telah mengguris perasaan. Kisah cabaran hidup rumahtangga Hisyam-Maria disulam kisah dilema seorg anak sama ada menerima semula bapanya yang dulunya seorg yang kejam.


Watak Salina yang hipokrit dan penuh kepura-puraan dilakarkan penulis dengan baik sekali sehingga membuat kita pun rasa geram dengannya. Watak Hisyam kelihatan sangat lemah berbanding watak Salina. Tindakan Hisyam kadang-kadang kelihatan seperti tidak logik juga. Dia lebih percayakan Salina, seorg perempuan yg mengakui menyintainya tetapi Hisham hanya mampu menerimanya sebagai sahabat, daripada isteri sendiri. Agak keterlaluan tindakan Hisyam.


Secara keseluruhannya kisah ini ada manisnya dan pastinya membuat kita tersenyum puas di hujung cerita :) Tak sangka Hisyam berjaya menjejak Maria sampai ke KULIM! Laaa naper tak singgah rumah den? haha.


Lepas baca buku ni terus rasa nak baca buku Ana Sofiya yang lagi satu :)


sure fine whatever
rinn




blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. dalam beci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.


Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri.


Semakin hari semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.


Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

No comments:

Post a Comment