Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, June 26, 2011

Review 423: Karina Kuntum Terlara by Putri Klasik


Terbitan Berita Publishing
Karina Kuntum Terlara by Putri Klasik
158 mukasurat.



Cerita yang sangat clear, sudah terang lagi bersuluh. Baca tajuk dah boleh agak kisah seorang wanita yang bernama karina yang hilang kehormatan diri dan terjebak dalam pelacuran. Ending pon macam boleh teka la bagaimana takdir yg akan menimpa Karina nanti. Buku yang nipis mungkin penyebab cerita menjadi agak pantas. Kalau penulis mengulas scene dan watak dengan lebih mendalam, kisah ini akan menjadi lebih menarik tambah-tambah lagi dengan adanya watak-watak hitam seperti Datuk Iskandar, Amelia dan Arshad.


Penulis bijak menyembunyikan pertalian Amelia/Arshad dengan Karina. Memang tak menyangka langsung mereka ada pertalian saudara. Arshad memerangkap Karina ke lembah pelacuran dan Datuk Iskandar yang menyiksan Karina hingga meragut nyawanya, hasil maklumat yg diberikan oleh Amelia.


Awal-awal lagi penulis telah berjaya mengejutkan saya bila Qai yang ikhlas ingin membawa Karina keluar dari dunia sbg seorang perempuan simpanan dan akan mengahwininya. Qai sanggup berhadapan dengan lelaki yang menyara karina. Kejutan besar buat Qai bila lelaki yang dia terpaksa berhadapan adalah bapanya sendiri dan Karina pula sedang mengandungkan anak bapanya.


Sure fine whatever



Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
Sinopsis Belakang buku:


Mengisahkan perjuangan seorang anak muda bernama Qaidar untuk menyelamatkan kekasihnya Karina daripada terus terjerumus di lembah pelacuran. Banyak rintangan yang dihadapi oleh Qaidar termasuk daripada ayahnya, Datuk Iskandar, ibunya sendiri, sahabatnya, Amelia dan Abang Amelia, Arshad. Namun begitu, takdir menentukan segala-galanya. Berjayakah Qaidar mendirikan mahligai bahagia yang diidam-idamkan bersama Karina? Dapatkah Amelia memenangi hati Qaidar? apakah reaksi Arshad dan Datuk Iskandar? Semuanya terjawab dalam kisah yang berakhir dengan tragedi ini.

1 comment:

  1. Saya baca buku ini ketika saya di Brunei watktu tu masih bersekolah menengah. Tingkatan 2 kalau tak silap.. Satu-satunya buku novel yg pernah saya habiskan. Sebelum tu tak pernah habiskan novel, selepas tu pn tidak pernah.. Selalunya saya baca separuh jalan dan rasa bosan.. Tapi Karina Kuntum Terlara lain.. Walau pn pada ketika tu sy tak tahu apa kah maksud Kuntum Terlara namun tetap boleh tamat membacanya.. Sekarang setelah lebih 10 tahun sy mula nk berjinak-jinak dalam membaca kembali.. Tajuk buku ni tak pernah lenyap dari benak.. BESHHH. . .

    ReplyDelete