Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, June 13, 2011

Review 417: Saat Kau Kata Cinta by Anis Ayuni



Saat Kau Kata Cinta
Penulis: Anis Ayuni
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
518 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789831245194


"Hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara"


Perkenalan selama 3 bulan di PLKN menjadikan Nuril dan Darwina sahabat. Darwina menganyam impian bersama Hijaz yg dicintai sejak zaman sekolah namun apabila Nuril menunjukkan gambar-gambar mesra dirinya bersama Hijaz di luar negara membuatkan Darwina patah hati namun menyembunyikannya dari pengetahuan Nuril. Hijaz memberi alasan mengahwini Nuril utk membalas dendam pada Darwina yg tidak mengendahkannya selepas itu. Nampak sangat kaki kelentongnya. Masa berbual di telefon dengan Nuril siap bersayang-sayang dan "I miss you". Sia-sia saja sikap berani Hijaz mempertahankan cintanya di hadapan guru-guru di zaman sekolahnya.


Azril berjaya mengembalikan keceriaan dalam hidup Darwina. Darwina kembali bahagia membilang hari dia dan Azril akan dapat bersama-sama ke akhir hayat. Tetapi segalanya musnah dengan kemunculan isteri Azril yg dikahwini atas pilihan keluarga. Lagi sekali Darwina mengundur diri.


Hijaz tiba-tiba kembali dan cuba merayu kembali hati Darwina. Kemunculan Abg Syafi yang dikenalinya ketika bercuti di luar negara menjadikan Darwina ada tempat berlindung.


Perjalanan cinta Darwina diceritakan bersulam dengan travelog menarik membawa kita menyusuri United Kingdom bersama Abg Syafi dan Darwina :) Sememangnya antara Azril, Hijaz dan Syafi, Syafi lebih matang dan gentleman. Mungkin faktor usia menjadikan Syafi lebih berhemah dalam bercinta.

Selain kisah cinta Wina, Wina juga menghadapi masalah untuk menerima hakikat bahawa ayahnya berkahwin lain setelah ibunya meninggal dunia. Dia menolak mentah-mentah untuk mengenali ibu tirinya (Umi) yg sangat disenangi adiknya, Amar. Dia tak dapat menyelami kesunyian hati ayahnya apabila kedua-dua anaknya sudah dewasa. Sunyi hati ayahnya terubat dengan kehadiran umi. Emosi cerita aku rasanya paling kuat ketika Wina mula menyedari keikhlasan hati umi dan keluarganya menerima ayahnya seadanya. Sedangkan dia tidak langsung mengambil tahu. Dia hanya tahu hatinya kecewa bila ayahnya kawin lagi.


sure fine whatever
AlongSide




sinopsis/alongside/blurb


Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan utk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dgn Hijaz berakhir dgn kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dgn Azril. Lelaki itulah sandarannya utk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dgn Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yg tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yg merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yg diharap, derita yg tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dlm bercinta.


Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

No comments:

Post a Comment