Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, June 26, 2011

Review 420: Ratu Hatiku by Azlini Hassan


Ratu Hatiku
Penulis: Azlini Hassan
Terbitan: Creative Enterprise
RM18.90
346 mukasurat

"Kau barangkali tidak sedar tatkala gerimis membasahi hati kita. Namun aku merasa tempiasnya... sehingga basah hatiku kerana mencintaimu sebegitu lama..."


Gaya penulisan yang tidak mengelirukan dan agak straight forward walaupun ada bab yg diselitkan 'flashback' secara tiba2. ada sedikit kesalahan menggunakan peribahasa di seawal muka surat enam "Ambil yang keruh dan buang yang jernih". sepatutnya buang yang keruh ambil yang jernih.


Norazirawati atau Azi ni perwatakannya macam tak berapa kuat dan tak ada fokus. Kalau dia nak digambarkan sebagai seorang yg ego, tak terserlah sangat, kalau dia nak digambarkan seorang yang cepat salah faham ada masa2nya dia amat bertimbangrasa. RAsa simpati yang ingin ditimbulkan terhadap watak 'Azi' ni kurang berkesan. Bagaimana pun memang agak tertanya tanya ke mana arah hubungan Azi/Amir apabila Hairie muncul kembali menagih cinta Azi yang jelas masih ada rasa sayang kepada bekas tunangannya itu.


Rapat sangatkah hubungan yang terjalin antara Azi dan Tauke Lim yang sehingga mewasiatkan kedai perabotnya kepada Azie yang dianggap sebagai anak, kenapa tak dari awal2 lagi semasa Azi disindir sindir jiran tetangga kerana menjadi penganggur dan menumpang rumah bapa saudaranya selama bertahun tahun. Bila Azi dah membawa diri ke KL baru la Tauke Lim nak cari Azi nak bagi kerja, sepatutnya dah bertahun tahun yg lalu rasanya.. Azi seorang yg cepat membuat conclusion negatif, contohnya masa bapa saudaranya menyarankan dia ke KL dan semasa sepupunya memberitahu dia terpaksa berpindah rumah tu, Azi macam mementingkan diri sendiri dan tak memikirkan situasi orang lain.


serba sedikit tentang kisah ini: Azi seorang graduan yang menganggur dan tinggal bersama keluarga bapa saudara nya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia. dia disindir jiran tetangga kerana menumpang, tidak mempunyai pekerjaan dan masih belum berkahwin walaupun sudah berusia 27 thn. Bapa saudaranya tidak dpt lagi menanggung Azi kerana dia sendiri terpaksa menanggung isteri dan 7 anaknya, Azi membawa diri ke KL, selepas berpindah dari rumah sepupunya yg bakal mendirikan rumah tangga dia bekerja sbg pelayan restoran yg membawa pertemuannya dengan duda hensem, Amir. Mereka bercinta dan Zali, adik angkat Azi tidak suka amir yang sebenarnya mempunyai sikap yg tersembunyi, iaitu cemburu dan panas baran yg over.


Sinopsis belakang buku dan dia kulit depan buku adalah luahan hati Hairie yang masih menyintai Azi walaupun sudah lama putus tunang dengan Azi sbb dia ni dulu menagih dadah, tetapi telah insaf dan menjadi anak yang berjasa kepada ayah dan ibunya dengan mengembangkan perniagaan keluarga. Amir bekerja dgn Hairie dan cuba membawa Azi masuk bekerja dgn mereka tapi lepas tau Hairie bos kat situ, Azi menolak. Zali lebih senang dgn Hairie yang cepat mesra dan tidak tuduh melulu. Dia terang terangan meminta Azi memilih Hairie dan bukannya Amir sbb Azi ni macam seimbang saja cintanya antara dua lelaki tu.


Amir yang tidak penyabar dan membuat keputusan melulu berputih mata bila Azi mendapati Amir bermesra dengan Jes dan membuatkan Azi membulatkan hati siapa pilihan yang sepatutnya sebagai pasangan hidupnya.. Untungla dapat anak datuk yg betul2 sayang padanya. :)


Sure fine whatever


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.


Sinopsis belakang buku:


Tidak mudah untuk aku lemparkan kisah silam ini. Kerana di dalamnya ada cerita sedih yang menyentuh perasaan. Rasa kesal yang bukan sedikit... yang tidak pernah surut-surut malah terus membukit. Namun untuk menebusnya, aku rasa berdosa kerana terpaksa merampas dirimu daripada lelaki lain. Lelaki yang selama ini aku sangkakan tidak menyimpan perasaan padamu. Lelaki yang telah aku luahkan seluruh perasaan tentang cinta dan impianku untuk hidup bersamamu. Sedangkan aku tidak sedar sebenarnya... impian dan cintaku telah menghancurlumatkan hatinya. Kekasih... biarlah aku undur diri demi memberi peluang untuk kau mengecap bahagia bersama kekasih yang kau puja... kekasih yang kau sayang, yang terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya padamu. Jangan ada rasa bersalah padaku... kerana aku ikhlas melepaskan apa yang aku sayang demi sebuah pengorbanan.

No comments:

Post a Comment